Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PERPISAHAN

Bissmillahirrahmanirahim,
Yang berusaha En. Ismail B. Md. Rejab, Guru Besar SK Dato Panglima Bukit
Gantang, Yang diraikan Pn. Hjh Masyitah Bt. Hj. Sujak, Mantan Penolong Kanan
Kokurikulum, Yang dihormati, Tn. Hj. Hamdan B. Abdul Wahab , Penolong kanan
pentadbiran, Pn. Hjh Fauziah Bt. Mohd Said, penolong kanan HEM, Guru-guru
serta rakan-rakan yangdikasihi sekalian..
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhwrt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadirat ilahi kerana dgn limpah izinnya kita
dapat bersama-sama berkumpul di dewan yang serba sederhana ini. Sebagai
pembuka Majlis,saya mempersilakan rakan saya
__________________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati.
Rakan-rakan sekalian pasti sudah tahu tujuan kita berkumpul pada hari ini. Kita
akan kehilangan seorang guru yang paling kita sayangi dan kasihi iaitu Pn. Hjh
Masyitah Bt.Hj. Sujak yang akan bertukar ke sk Changkat Larut. Sedih hati tidak
terkira..berat hatiingin melepaskan cikgu yang saya pasti semua orang
sayang..namun apa kan dayawalaupun dengan linangan air mata, kami tetap
merestui pemergian Pn Hjh Mashitahdengan restu dan doa..
Serangkap pantun saya hadiahkan,
Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap disanjung

Anda mungkin juga menyukai