Anda di halaman 1dari 25

Tajuk 1

Huraikan Gambaran
Kebudayaan Melayu Dalam
Institusi Politik, Ekonomi, Sosial,
Bahasa Dan Kesusasteraan

Pendahuluan

Sejarah bangsa Melayu bermula sejak abad pertama Masehi lagi. Ia ditandai dengan
wujudnya kerajaan-kerajaan besar dalam sejarahnya. Sejarah awal rumpun Melayu di
kepulauan Melayu terdiri daripada kerajaan Funan (Abad Pertama Masihi), Champa (Abad
Kedua hingga Ketujuh Masihi), Sriwijaya (Abad Ketujuh), Melayu-Brunei (Abad kesembilan),
Cilantan di Kelantan (1225M), Tatan di Terengganu (1365M), Kedah Tua (1400M), Gangga
Negara di Perak, Palembang (Abad ke-12), Majapahit (Abad ke-13), Temasik (Abad ke-13)
dan Kesultanan Melayu Melaka (1400 1511M).
Masyarakat

Melayu

merupakan

salah

sebuah

masyarakat

yang

terbesar

bilangannya di rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi
terutamanya di

bumi Malaysia.

Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak

sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun\ yang
lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat
yang

tinggi

ketamadunannya

kerana

dengan

wujudnya

empayar pemerintahan

Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka


telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar negara
terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.

Definisi dan Konsep Budaya

Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota
masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi,
pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material
dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu
dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara
simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu
dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.
Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.
Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun
unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnya
2

terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut
pengkaji. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi
yang sama atau serupa maknanya.
Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu
iaitu;

Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah
kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka
dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian

kepada permasalahan tersebut.


Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi
maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga
dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Hasil
gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa
budaya

merupakan

kebolehan

seseorang

individu menggunakan

kekuatan,

tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi
menyelesaikan

permasalahan

permasalahan tersebut.

dan

seterusnya

Penyelesaian tersebut

berupaya

menyelesaikan

pula boleh diterima semua ahli

masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama. Amalan yang yang terima ini
seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal
budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut beliau,
budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang
mampu memenuhi kehendak biologidan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan

keadaan

sekeliling.

Melalui

himpunan

daya intelektual tersebut masyarakat

membentuk nilai yang dapat diterima bersama.


Manakala Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya
merupakan alat penghasilan

karya

seni,

rasa,

dan

penciptaan

dalam

sesebuah

masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai


bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

Kesimpulan yang boleh dibuat

mengenai

budaya adalah,

budaya dari

aspek

bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini.
Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh
kebanyakkan

orang

termasuk

pemikiran,

nilai

kepercayaan, pandangan dan tabiat

sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya juga boleh dikaitkan
dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya
merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang
boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah
laku mereka.
Ciri-ciri Budaya
Masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri.

Budaya yang menjadi amalan

masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut.


Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya
masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti yang berikut:
i.

Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini
bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan

hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.


Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung.
Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia
masa lampau.

ii.

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari


Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung
kepada beberapa faktor iaitu:
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi
latihan dan sebagainya.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat
itu.
Umur seseorang.
Tahap pendidikan
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

iii.

Perkongsian

Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan

didokong oleh sekumpulan manusia.


Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat
menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia

kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian..


Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak
termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud
dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan
individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

iv.

Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki

kebudayaan.
budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor

pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.


Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua
budaya iaitu:
peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
sistem sosial.
bahasa.
kesenian.
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.

v.

Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami


perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan

rumah beratap rumbia.


Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti
perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,

vi.

perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.


Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
pertambahan bilangan anggota masyarakat.
pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.

Pandangan Semesta
5

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran

terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.


Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian

yang rapat dengan alam sekitarnya.


Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian
seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta,
sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa serta
Kesusasteraan

1.0

Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik
membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk
kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan
berkembang menjadi kerajaan.
Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku,
kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu
kelompok. Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh
menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut Ahmad
Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan,
persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan
politik masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk di
Malaysia yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada era
penyesuaian kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudal
dan menuju kearah yang lebih sivil.

1.1 Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman
Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya,
iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat
Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan
Laksamana.

(jawatan yang paling utama dan


kanan dalam pemerintahan
Melaka dan merupakan ketua
eksekutif bagi seluruh mekanisme
kerajaan Melaka. .)

Penghulu Bendahari
( Tugas utamanya ialah
memagang dan menjaga
harta benda dan hasil
mahsul kerajaan)

Bendahara

Sultan

( Jawatan Temenggung itu


sebagai majistret (hakim) dan
ketua pengawal )

Laksamana
( Tugas utamanya ialah dalam
bidang ketenteraan)

Temenggung

Rajah 1 : Carta Hierarki Sistem Perintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan
kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi: Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga
unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan
budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara.
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta menjelaskan
sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan kolonial ke Tanah
Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang
memerintah

dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada

golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat
jelata.
Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan
martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan
7

bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang
terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap
sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang
demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang
sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa.
Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak
berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja
Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.
Raja diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil
dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa
yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan
itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan
daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993).
Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patronclient, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan
struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin).
Terdapat tiga unit politik diwujudkan untuk melicinkan penyelarasan pentadbiran
tradisional iaitu pertama, negeri yang diperintah oleh raja; kedua, daerah yang diuruskan
oleh pembesar dan ketiga, kampung yang dijaga oleh penghulu. Peringkat negeri
merupakan peringkat unit yang terbesar yang menunjukkan faktor geografi dan sungai
sebagai sempadan negeri dan juga jalan perhubungan yang utama . Ibu negeri
kebiasaannya terletak di tepi atau kuala sungai. Ini adalah untuk memudahkan kawalan dan
urusan keluar masuk negeri. Pemerintah tertinggi bagi unit ini ialah Raja atau Sultan dan
dibantu oleh pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana ,Penghulu
Bendahari, dan Syahbandar. Peringkat daerah merupakan unit yang mengawal beberapa
buah kampong dan juga menjadi jalan penghubungan. Unit ini ditadbir oleh pembesar
tempatan seperti Dato. Unit ini berfungsi sebagai pentadbiran tempatan , menjaga
keamanandaerah, memungut cukai , menjadi utusan raja dan perantara pemerintah kepada
rakyat. Pada peringkat kampong pula penghulu merupakan penghubung/perantara yang
menghubungkan rakyat dan pemerintah . Penghulu juga berperanan dalam memungut cukai,
menjaga keamanan, perantara dengan pembesar daerah dan mempunyai kuasa mengerah
anak buah bagi melaksanakan perintah orang atasan.
Kesimpulannya, sistem pentadbiran kerajaan

Melaka adalah berasakan hierarki

ataupun feudal iaitu raja berkuasa mutlak. Terdapat juga peraturan dan undang-undang yang
8

diwujudkan untuk menitikberatkan jurang antara pemerintah dengan rakyat. Kesultanan


Melayu Melaka telah mencetuskan tamadun berpolitik yang tinggi.

1.2 Sistem Demokrasi

Sebelum kedatangan kolonial, bentuk politik di Tanah Melayu adalah bersifat tradisionalisme
dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultan merupakan pemimpin
mereka yang unggul.

Mereka percaya bahawa Sultan berusaha untuk

menegakkan

keadilan dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagai wakil Allah yang
diharapkan untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatan rakyatnya
Namun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula kepada
demokrasi dan telah mewujudkan beberapa ideologi politik yang mula menghakis sistem
beraja di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan baru
dalam sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini meresapi
jiwa orang Melayu ketika itu lebih-lebih lagi ketika usaha-usaha

untuk mendapatkan

kemerdekaan daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya politik Melayu,
sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti yang diamalkan
sejak zaman Melayu tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik Melayu pada
zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul sebagai satu
bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris di
Tanah Melayu sehingga tertubuhnya UMNO pada11 Mei 1946 yang telah membawa evolusi
baru dalam budaya politik Melayu.
Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik
Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang dalam membawa kemerdekaan
Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah
Melayu 1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan
cara melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih
setiap 5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budaya
politik Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep Raja
Berpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan di posisi tinggi dalam masyarakat
Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam
perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu.
9

Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik
Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.
Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran
kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan
Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu
ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz
Deraman membuat kenyataan yang berbunyi: Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa
bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan
sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong
kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara
yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.

2.0

Ekonomi Masyarakat Melayu

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia jugai tentang individu dan masyarakat dalam
membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah,
buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.

2.1

Ekonomi

berasaskan

Hasil

Perdagangan

Antarabangsa

di

Zaman

Kesultanan Melayu Melaka

Masyarakat Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan
Melaka pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka
telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa
besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan
sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan
yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
10

bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini
demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan
16 yang berbunyi: Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan
semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada
abad ke-15.
Ketika
masyarakat

ini
yang

boleh

dikatakan

tinggi

bahawa

ketamadunannya

masyarakat
kerana

Melayu

dengan

adalah

wujudnya

antara
empayar

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di


negeri Melaka se telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang-pedagang
dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi. Walaupun
pada permulaannya aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara sistem barter
atau bertukar barang namun ia telah berevolusi sehingga wujudnya sistem mata wang.
Bertitik tolak daripada terciptanya sistem mata wang ini, kegiatan ekonomi di Tanah Melayu
semakin berkembang maju.

2.2 Sistem Berasaskan Sara Diri

Sejak berabad lamanya, masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem
ekonomi teratur yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan-kegiatan ekonomi
yang dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi
memenuhi keperluan hidup seharian. Sistem ekonomi masyarakat Melayu Tradisional
bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan.
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional mempunyai hubungan rapat
dengan kawasan penempatan. Mereka mendirikan penempatan dekat dengan laut, pinggir
siungai atau hutan Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian dan perikanan. Kekuatan
ekonomi utama ialah pertanian. Tanaman utama ialah padi dan tanaman sampingan ialah
sayuran dan buah-buahan, Menternak, memburu, dan mengumpul hasil hutan juga
merupakan salah satu cara bagi masyarakat Melayu menyara diri selain pertukangan dan
kraf tangan. Manakala

mereka yang

tinggal berhampiran dengan pelabuhan pula

melibatkan diri dalam perdagangan.

11

2.2.1 Sistem Berasaskan Sara Diri Melalui Pertanian

Pertanian sara diri ialah seperti tanaman utama iaitu padi sawah dan padi huma.
Penanaman padi diusaha secara taradisional yang bergantung kepada air sungai dan hujan.
Terdapat taliair dan terusan yang dibina contoh; Terusan Wan Mat Saman di Kedah dan
terusan di Kerian, Perak. Negeri utama penanaman padi ialah Kedah, Seberang Prai, Perlis
dan Kelantan. Alatan tradisi yang digunakan pula seperti tajak,cangkul dan tenggala juga
binatang ternakan seperti kerbau dan lembu untuk membajak tanah. Tanaman lain yang
ditanam secara sampingan disekitar rumah untuk kegunaan sendiri seperti pisang,ubi kayu,
buah-buahan dan sirih. Selain itu, masyarakat juga Melayu mengutip hasil hutan seperti
rotan, damar, getah perca, jelutong kayu kayan, akar-akar kayu ubatan dan buluh (kegiatan
ini dipanggil meramu) untuk menyara diri. Hasil-hasil bersumberkan hutan ini akan ditukar
dengan barang keperluan lain seperti beras, garam dan kain.

2.2.2 Sistem Berasaskan Sara Diri Melalui Penternakan, Berburu Binatang dan
Pertukangan

Masyarakat Melayu juga menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau sebagai
sumber makanan,membajak sawah dan menarik kayu. Aktiviti berburu juga dijaiankan untuk
mendapatkan sumber makanan. Antara binatang yang diburu ialah kancil, rusa, dan ayam
hutan. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah sangat berguna sebagai
binatang pengangkutan. Perikanan pula merupakan kegiatan utama penduduk di pinggir
laut, sungai dan tasik. Nelayan biasanya menukar ikan dengan beras dikampung-kampung
yang menanam padi. Cara penangkapan ikan berbeza dan bergantung kepada keadaan
sunagai atau taut dan jenis ikan yang ditangkap. Antara atat penangkapan ikan taradisi ialah
bubu. Iukah, serkap, jala dan ketong. Penangkapan ikan laut biasanya dijalankan di negerinegeri pantai timur semenanjung terutamanya butan Mac dan Oktober. Pada musim
tengkujuh nelayan tidak ke laut dan penangkapan ikan tertumpu di kawasan sungai ,sawah
padi dan tasik. Lebihan hasil tangkapan taut biasanya dibuat ikan kering, keropok, betacan
12

dan budu. Hasil taut yang turut diperdagangkan seperti ikan kering,mutiara dan agar-agar
yang mendapat permintaan tinggi dikalangan orang-orang Cina.
2.3 Sistem Berasaskan Komersil
Selepas kedatangan Barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi komersial turut
diperkenalkan. Pertanian komersial dijalankan di Negeri-Negeri Selat dan Johor. Di Johor
sistem kangcu diperkenalkan. Melalui sistem ini, orang Cina dari Singapura diambil untuk
mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam. Hasil gambir dan lada hitam dipasarkan ke
luar negara melalui Singapura dengan menggunakan tongkang. Hasil tanaman tradisional
yang dikomersialkan adalah seperti ubi kayu, tebu, gambir dan lada hitam. Tanamantanaman ini diusahakan oleh orang Cina dan mendapat pasaran yang baik di Eropah.
Masyarakat tempatan juga menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa. Kegiatan
perdagangan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi masyarakat Melayu.
Jelaslah bahawa sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bukan sahaja berbentuk
sara diri, malah juga berbentuk ekonomi komersial sebelum campur tangan British. Keduadua bentuk sistem ekonomi ini dijalankan serentak.

3.0

Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek
persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat
secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek
yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian,
undang-undang, adat resam dan bahasa.

3. 1 Nilai-nilai murni

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu
ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah

13

satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar
untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran harga,
harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian
dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu
seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.
Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,
kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif
yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai
yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.
Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka.
Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam
kenyataan yang berbunyi: Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan
emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri .
Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai ialah
asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan
sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini
dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan
berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu
nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya.

Nilai : Berbudi.
Nilai pertama yang

dapat

dilihat

dalam masyarakat Melayu

ialah

berbudi.

Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini


sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling bergantungan
antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu terutamanya telah

dibiasakan dengan nilai-nilai budi.


Nilai : Kasih Sayang.
Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk
masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira
sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk memupuk
kasih sayang. Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat disifatkan
sebagai nilai

budaya

yang

amat

dititkberatkan

agar

masyarakat yang harmoni melalui nilai kasih sayang ini.


Nilai : Patuh kepada perintah agama.
14

dapat

membentuk

Nilai

yang seterusnya

yang terdapat

dalam masyarakat

Melayu

ialah

nilai

kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur


agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam
proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang
menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada
syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah
berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak
dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]

3.2.0 Kesenian

Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian,
nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda
kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan,
anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori
seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga
memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar. Hasil seni Melayu
jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna bersamanya.
Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi: Dalam
kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran
tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya
kita.

3.2.1 Kemahiran Seni Halus

Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah
hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan.
Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Kesenian kita baik seni
lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan,
anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan
tamadun kita. Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan
contohnya dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian
bertukang emas, perak, kraf tangan).
15

3.2.2 Seni Busana/ Pakaian

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu
pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada
mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh
masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa
ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa
Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara.
Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan
tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima
dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya
berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu
aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang
berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh
dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang
mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan
zaman.
Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an,
1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas.
Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan
oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon
masyarakat Melayu yang berbunyi: Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya
16

Melayu mencipta gerak tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta
gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak
dan diolah menjadi nada lagu.

3.2.4 Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu
pada waktu lapang. Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi
Malaysia bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat,
gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti
permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya.

3.2.5 Seni Suara

Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada
sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam
masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni
suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.
Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di
kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan
dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan

Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang,
adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan dalam warisan masyarakat Melayu.
Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahliahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yang
melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.
17

Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat


sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Adat merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut. Adat memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa
sekalipun. Dalam masyarakat dan budaya Melayu adat tersebut bermula dari dalam perut
ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian.
Dalam masyarakat Melayu dahulu, adat sebagai hukum dan undang-undang dalam
negara dan masyarakat umum.
kesalahan dalam masyarakat

Misalnya, hukuman yang dikenakan terhadap pelbagai


ataupun undang-undang adat dalam masyarakat adat

perpatih serta pelbagai hukum kanun lama dari zaman Melaka hingga abad ke-20.
Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya,
seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan
tanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan dalam
pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkan
sistem kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga, ada masyarakat
yang membahagikan harta serta pemilikan secara faraid dan ada yang secara sama rata.
Institusi

dan

organisasi

kemasyarakatan

sebagai

prinsip

penyusunan

masyarakat

merupakan makna terunggul dalam konsep adat di seluruh Alam Melayu.


Bagi pelbagai masyarakat di seluruh Alam Melayu seperti Iban, Dusun, Dayak,
Batak, Toraja, adat masih membawa makna yang amat luas dan serba merangkumi, iaitu
adat sebagai suatu kebudayaan. Dalam konsep ini, adat adalah keseluruhan corak hidup
atau kebudayaan manusia di alam nyata dan juga menghubungkan manusia dengan alam
kosmik yang simbolis dan sejagat. Adat menjadi ciri kehidupan, bukan sahaja manusia
dalam lingkungan alam tabiinya, bahkan dalam kalangan semua makhluk seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Malah, ciri adat terdapat dalam pergerakan alam tabii itu sendiri,
seperti kejadian semula jadi, ribut dan petir, serta segala-galanya dalam kosmos adalah
kerana mengikut adat alam. Maka, hukum alam adalah juga adat.
Namun, apabila agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7
melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab, telah berlaku perubahan dalam
adat budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Agama ini telah membawa kepada
bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan
masyarakat Melayu hingga kini.

18

3.4.0

Bahasa dalam Masyarakat Melayu

Bahasa merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang
membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat
melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi
kehidupan di alam ini. Nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam
dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada
suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang
dapat dibezakan satu dan lainnya sebagai acuan prilaku dan tanggapan atas apa yang akan
terjadi atau sedang terjadi. Nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi
misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan pokok moto suatu lingkungan atau
organisasi.
Bila memperkatakan tentang bahasa Melayu, bahasa Melayu mempunyai nilai
sastera, budaya dan agama yang tinggi. Semangat dan nilai yang terdapat dalam bahasa
Melayu boleh menjadi pendorong yang kuat kepada pengamalnya untuk menggerakkan
perkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama
untuk membangunkan masyarakat. Collins (1999) dan Awang Sariyan (2000) menjelaskan
bahawa kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 dan ke-17, telah mencapai taraf bahasa
antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagi bahasa diplomatik, lingua franca,
bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar di dunia dan bahasa
sastera. Oleh itu, bahasa dan sastera tidak boleh dipisahkan.
Bahasa Melayu Klasik telah digunakan pada abad ke-14 hingga ke-19. Sepanjang
abad ini bahasa ini mencapai kegemilangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan
zaman Kerajaan Johor-Riau. Bahasa ini juga telah menjadi bahasa baku dalam
pemerintahan negara yang berpusat di istana dan hubungan dengan dunia luar. Pada zaman
ini peranan agama Islam sangat penting untuk membawa kepada perkembangan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini dapat dilihat apabila Islam menyumbang dan
memperkenalkan sistem tulisan Jawi dan kosa kata Arab. Sebelum kedatangan Islam
bahasa ini tidak mempunyai tulisan yang lengkap selepas kedatangan kemasukan agama
Islam, Sistem tulisan Jawi telah diperkenalkan dan diistiharkan sebagai tulisan rasmi di
kepulauan tersebut. Selain daripada perkembangan ilmu undang-undang, sejarah, dan
agama kerana kedatangan tulisan ini, ilmu kesusasteraan merupakan ilmu yang paling
berkembang dengan mengunakan tulisan jawi. Selain daripada sumbangan Islam dalam
19

bidang tulisan, Islam turut memperbanyakkan lagi kosa kata bahasa Melayu malahan
menurut Zaba kosa kata yang diperkenalkan lebih banyak daripada kosa kata bahasa
Sanskrit.
Perkembangan bahasa dalam budaya Melayu dapat dilihat daripada melalui
beberapa buah karya penting yang dihasilkan pada zaman Melayu Klasik. Karya-karya
penting ini seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu,
Sejarah Melayu, hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Suluh Merah Muda, dan
Hikayat Panji semerang dapat memperlihatkan perkebangan bahasa dalam budaya Melayu
hasil daripada beberapa peradaban yang diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu
seperti bahasa Sanskrit, Arab dan lain-lainnya. Menurut Abdullah Hassan, (1940 : 32 )
sesuatu bahasa hidup lama ialah keupayaan bahasa itu menerima unsur-unsur daripada
bahasa asing dan menjadikan unsur miliknya sendiri. Manakala bahasa yang mati ialah
bahasa yang tidak mahu mengambil unsur-unsur asing. Bahasa Melayu merupakan bahasa
yang hidup kerana menerima pelbagai unsur-unsur asing dalam bahasanya.
Mohd Yusof Haji Othman menyatakan bahawa bahasa tidak mungkin dipisahkan
daripada amalan hidup seseorang. Bahasa bukan semata-mata alat komunikasi tetapi jauh
daripada itu, bahasa ialah pembina budaya dan pandangan alam seseorang. Seseorang
yang mengabaikan bahasanya, bermakna ia mengabaikan budaya hidup diri dan
masyarakatnya. Seseorang yang mengagungkan bahasa juga harus mengagungkan budaya
atau sastera bangsanya. Lebih tinggi taraf kebahasan yang digunakan dalam kehidupan
lebih tinggi nilai kebudayan atau sasteranya dan lebih besar pula sumbangan yang dapat
diberikannya untuk membangunkan diri, keluarga dan negara. Oleh itu dapat kita katakan
bahawa bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia
hingga kini.

Kesusasteraan dalam Budaya Melayu

Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau ialah gambaran jelas
tentang sejarah silam bangsa itu sendiri. Terbukti dalam sejarah telah wujud satu bangsa
yang bernama Melayu yang amat mementingkan adat resam, bahasa dan kebudayaan
bangsanya. Sejarah juga telah membuktikan wujud sebuah kerajaan yang bernama
Sriwijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno. Pada zaman awal itulah munculnya

20

berbagai-bagai bentuk sastera seperti sastera rakyat, sastera berunsur sejarah, lagenda dan
kesan-kesan peninggalan kerajaan Melayu pada zaman silam.
Sastera Melayu pada awalnya adalah bercirikan kesejahteraan dan berkonsepkan
hiburan serta pengajaran. Cerita-cerita juga disampaikan secara lisan. Begitu juga dengan
puisi Melayu lama yang banyak memuatkan mesej tentang akal budi dan pandangan hidup
masyarakat Melayu. Puisi Melayu Tradisional juga telah lahir melalui tradisi lisan dan tulisan.
Pengucapan bahasa diolah mengikut pengalaman, peraturan, pengaruh, dan persekitaran.
Oleh sebab itu, kita menemui Puisi Melayu Tradisional yang asli, iaitu pantun, teromba,
talibun, dan peribahasa berangkap. Yang mengandungi pengaruh Hindu ialah gurindam,
rejang, seloka, dan mantera manakala yang mengandungi pengaruh Arab-Parsi ialah dikir
atau zikir, endoi, rubai, nazam, masnawi, ghazal, dan qitah.
Tradisi lisan dalam budaya masyarakat Melayu adalah bahagian dari kebudayaan
yang diciptakan, disebarluaskan dan diwariskan dalam bentuk lisan seperti cerita rakyat,
ungkapan dan sebagainya. Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang
disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang
dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu
generasi secara lisan. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau
secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau
penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara
lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokoktambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi
setempat. Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran
secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis.
Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan
kepada bentuk bertulis. Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun
tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun
telah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih
mengekalkan ciri-ciri kelisanannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita
boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan
media cetak.
Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
a.

Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)


21

b.

a)

Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)

Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)

Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia
terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut;

Cerita Lipur Lara (panglipur lara)


Cerita Jenaka
Cerita Binatang
Cerita Asal usul
Cerita Hantu
Cerita Teladan
Cerita-cerita mitos dan legenda.

b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif)
Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;

Pantun
Gurindam
Seloka
Teka-teki dan Nyanyian Rakyat
Jampi, Mantera dan Serapah
Pepatah dan Perbilangan Adat
Peribahasa, Bidalan

Agama Islam yang sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah juga telah
memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan,
dan kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengenalan huruf-huruf Arab kepada
penganut-penganut agama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru di
dalam penulisan berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di dalam
bahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam. Dengan wujudnya sistem tulisan
22

bermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula dengan penulisan yang berbentuk
bukan kreatif, iaitu penulisan kitab-kitab bercorak agama yang membicarakan mengenai
fikah, tafsir Al-Quran, tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan penulisan kreatif.
Bidang ini bermula dengan munculnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad,
Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya. Hikayat
Nabi-nabi itu berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang terdapat di dalam AlQuran.

Oleh itu, kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya

kecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera


sebagai alat penyebarannya.

Kesimpulan

Kebudayaan Melayu merujuk kepada keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh
masyarakat Melayu. Dalamnya terkandung unsur sosial, ekonomi, politik, kepercayaan dan
organisasi serta meliputu hal-hal tentang bahasa, agama, kesusasteraan yang menjadi milik
bersama masyarakat Melayu. Justeru, budaya Melayu dalam konteks Malaysia kini
merupakan sebahagian besar inti pati budaya Malaysia itu sendiri.
Maka, dengan keadaan sistem kerajaan Melayu seperti itu, ternyata pembinaan
konsep sebuah negara-bangsa negeri Melayu adalah berdasarkan kebudayaan Melayu. Ini
adalah disebabkan pembinaan sebuah kerajaan dan negara didasarkan kepada Raja
Melayu, negeri Melayu, dan rakyat Melayu.
kesemua negeri Melayu yang lain.

Inilah unsur-unsur yang menjadi tiang seri

Tidak terdapat unsur bukan Melayu di dalamnya.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dengan raja sebagai pemerintah, adat lembaga
sebagai sistem undang-undang, pentadbiran dan politiknya, adat istiadat sebagai sistem
budayanya, konsep sebuah negara yang berdaulat dan merdeka telah diwujudkan sebelum
kedatangan penjajah Barat ke atas Tanah Melayu. Kesemuanya itu telah digunakan sebagai
23

satu sistem dan gambaran kebudayaan Melayu yang berpadu dan bebas tanpa dipengaruhi
oleh sesiapa pun.

Bibliografi
1) A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2) Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
3) Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.
4) Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5) Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
6) Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu
(Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)

24

Rujukan Internet
1. http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/12/asal-usul-bangsa-melayu.html
2. http://temanteras.wordpress.com/futhuhat/sejarah-kebangkitan-melayu/

25

Anda mungkin juga menyukai