Anda di halaman 1dari 3

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Minit Mesyuarat Penubuhan dan Pemilihan AJK Tahun 2011


Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

26 Januari 2011
4.20 5.00 petang
Bilik J-QAF Sk Jenderam

Kehadiran

Guru 5 orang (2 orang guru praktikum)


Murid 24 orang

Agenda

1. Ucapan Guru Penasihat


1.1
Pengenalan kelab / Persatuan
1.2
Pengenalan Guru Penasihat
2. Panduan dan peraturan mesyuarat
3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan
4. Peraturan persatuan
5. Persetujuan kutipan sumbangan / derma keahlian
6. Perancangan aktiviti tahunan
7. Hal-hal lain

1. Ucapan Guru Penasihat


Pn Fauziatul Durra mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kedatangan semua
ahli Kelab Pencegahan Jenayah SK Jenderam ke mesyuarat kali pertama.
1.1 Pengenalan kelab / Persatuan
Pn Fauziatul Durra juga memberi sedikit penerangan ringkas kepada semua ahli
tentang pengenalan kelab, serta fungsinya.
1.2 Pengenalan Guru Penasihat
Pn Fauziatul Durra memperkenalkan 5 orang guru yang akan bertindak sebagai guru
penasihat kepada semua ahli kelab sepanjang tahun 2011. Guru-guru tersebut adalah :
(a) Pn Fauziatul Durra bt Ahamad Fauzi
(b) Pn Khairiani bt Karim
(c) En. Zubil b Salleh
(d) Cik Noraini bt Tumiran (guru praktikum)
(e) Cik Intan Maizatul Asyiqin bt Kasron (guru praktikum)
2. Panduan dan peraturan mesyuarat
Guru Penasihat (Pn Fauziatul Durra) mengingatkan semua ahli untuk setiap perjumpaan/
mesyuarat yang diadakan, ahli perlu menepati masa, memakai pakaian yang sesuai serta
membawa bersama buku log pendek berkulit biru.
Guru Penasihat juga menerangkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini diadakan adalah
untuk melantik AJK Kelab Pencegahan Jenayah bagi tahun 2011. Guru Penasihat
menerangkan tatacara serta prosedur pemilihan AJK bermula dari mencadang, menyokong
1

dan seterusnya mengira undian.


3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan
AJK telah dipilih berdasarkan undian yang telah dibuat.AJK yang telah dilantik adalah
seperti berikut :
Pengerusi:
Asy-Syifa bt Zamsari (Thn 6)
N. Pengerusi:
Muhammad Nur Helmi b. Mohd Sariff (Thn 6)
Setiausaha:
Syahratul Aufa bt Shaharuddin (Thn 6)
Penolong Setiausaha: Nurillya Dayana bt Sahrul Nizam (Thn 6)
Bendahari:
Amzar Aiman b. Abdullah (Thn 4)
AJK:
(1) Muhammad Nazirul Hanif b. Abdul Ghani (Thn 6)
(2) Farhan Osama Laden b. Abdul Halim (Thn 6)
(3) Illya Syahira bt Kamal (Thn 5)
(4) Hariz Zulhilmi b. Sani (Thn 5)
(5) Muhammad Adib Aiman b. Rusli (Thn 4)
(6) Nurul Adilla bt Syamsuir (Thn 4)
Juruaudit:
Izzah Syahirah bt Hazman (Thn 6)
4. Peraturan persatuan
Guru penasihat memaklumkan peraturan kelab akan diterangkan dari semasa ke semasa
kepada semua ahli. Ini memandangkan tujuan utama perjumpaan kali pertama ini adalah
untuk pemilihan dan pelantikan AJK Tahun 2011. Peraturan juga tidak dapat diterangkan
kerana kesuntukan masa.
5. Persetujuan kutipan sumbangan / derma keahlian
Semua ahli sebulat suara bersetuju untuk membuat kutipan sebanyak rm0.50 untuk setiap
kali perjumpaan bagi kegunaan kelab.
6. Perancangan aktiviti tahunan
Guru penasihat juga meminta sebarang cadangan sebarang aktiviti yang boleh dijalankan
bagi ahli Kelab Pencegahan Jenayah tahun 2011.
Antara cadangan yang diterima adalah :
1. Sesi percambahan minda mengenai gejala sosial dan cara menanganinya: membuat esei
dalam kumpulan.
2. Mengadakan pertandingan buku skrap yang mengandungi artikel-artikel dan keratan
surat khabar tempatan tentang jenayah yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun
2010/2011.
3. Mengadakan pertandingan menghasilkan poster dengan tema Bersama Mencegah
Jenayah.
4. Pameran Pencegahan Jenayah.
5. Ceramah Anti Jenayah.
6. Treasure Hunt
7. Tayangan Video
8. Kuiz Mengenali Kelab Anda
7. Hal-hal lain
Tiada ha-hal lain yang diutarakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang ke satu
tarikh yang akan ditentukan kemudian. Guru penasihat mengucapkan terima kasih sekali
2

lagi di atas kehadiran ahli.


Mencegah lebih baik daripada Memerangi
Dicatat oleh,
...............................................
(SYAHRATUL AUFA BT SHAHARUDDIN)

Setiausaha,
Kelab Pencegahan Jenayah,
SK Jenderam.

Disahkan oleh,
............................................
(FAUZIATUL DURRA BT AHAMAD FAUZI)

Guru Penasihat,
Kelab Pencegahan Jenayah,
SK Jenderam.

Anda mungkin juga menyukai