Anda di halaman 1dari 2

Stress atau tekanan seperti yang diterangkan sebelum ini

boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah


rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca
stres di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.
Punca profesional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di
kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh
menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah
yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu
pendidikan dalam negara.
2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan
jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan
seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan
peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam
diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti
masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik
dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung
berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris
untuk memenuhi kurikulum pendidikan.
Punca peribadi
1. Kesihatan Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku
kematian dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini,
misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang
baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini
boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan
aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan

memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah
sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Anda mungkin juga menyukai