Anda di halaman 1dari 35

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LAPORAN TUGASAN KERJA KURSUS


Pelajar dikehendaki mengisi bahagian ini:
Nama
Laporan ini mengandungi
No.metrik
tugasan berikut:
(tandakan )
No KP
Kumpulan/Unit
Kod kursus
Saya
Nama Kursus
laporan
adalah
saya
Nama Pensyarah
tidak
bahandiplagiat.

DEVARANI A/P KALI


IPG/KPT/PPG/2011/MT/W004/028
Tugasan Bahagian A
Tugasan Bagaian B
820826-14-5868
Tugasan Bahagian C
PPG Ambilan Khas Februari 2014
Unit : Matematik :
Refleksi keseluruhan tugasan
(sila bulatkan)
Lain-lain (sila nyatakan) ________________________________
BMM 3043E
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
En.ABDUL RAHIM MOHD YASIN

Tanda tangan: _______________________________________________

mengaku
tugasan
ini
hasil
kerja
sendiri
dan
mengandungi
bahan yang

Tarikh ____________

KEGUNAAN PEJABAT
Tarikh diserah : ------------------------------------------------BIL

Diterima oleh :

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Isi kandungan

2.

Borang Kolabrasi

3.

Biodata

4.

Penghargaan

5.

Pengenalan

6.

Soalan 1
A.Karangan tentang pendekatan, kaedah dan teknik
kemahiran mendengar dan bertutur

7-28

7.

Soalan 2
B. Bahan bantu , gambar dan Rakaman video

29-34

8.

LAPORAN PENILAIAN MURID

35-38

9.

Rumusan

39

8.

Refleksi

40

9.

Bibliografi

41

10.

Lampiran

42

11.

Sekian Terima Kasih

43

BORANG KOLABORASI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN KHAS FEBRUARI 2014
BMM 3043E / Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

NAMA PELAJAR

DEVARANI A/P KALI


820826-14-5868

KOD& NAMA KURSUS


NAMA PENSYARAH PENYELIA
TARIKH

16.08.2014

AKTIVITI
Saya telah mendapat
tugasan dan
diterangkan oleh
En.Ab.Rahim
Kami diberi penerangan

BMM 3043E / Pengajaran Kemahiran Bahasa


Melayu Sekolah Rendah

EN.ABDUL RAHIM BIN MOHD YASIN


KOMEN

TANDA TANGAN

Dapat mengenali keperluan


tugasan ini.

Mencari maklumat di
pusat sumber awam.
Perbincangan dengan
kawan-kawan sekelas.
Mencari maklumat
tentang
Kaedah,pendekatan

Dapat menyenaraikan
langkah-langkah penting
bagi tajuk tugasan.

Mencari maklumat
teknik kemahiran
mendengar dan
bertutur.
Buat penyemakan
daripada rakan sejawat

Mendapat kepastian tentang


tugasan yang dihasilkan dan
draf tentang soalan 2

18.09.2014

Membuat refleksi
tugasan

Dapat menyeneraikan
rintangan yang dihadapi.

27.09.2014

Menghantar tugasan

Dapat menyiapkan tugasan


ditetapkan.

20.08.2014

25.08.2014

08.09.2014
12.09.2014

Nama

saya dapat menghasilkan


draf untuk soalan 1.

Dapat mengenalpasti
kesilapan

Pn.Devarani a/p Kali

No.IC

820826-14-5868

Umur

32 Tahun

Hobi

Membaca buku Cerita /Memasak

Pengalaman

No/HP

9 Tahun dalam bidang Perguruan ini.

019-6208276

Anak

Nama Suami

Sekolah

1Lelaki ( Dasmendra Pillai) 4 Tahun

1 Perempuan ( Sri Hamshavani Pillai) 1 Tahun

Sanker Pillai a/l Selvarajoo

SJK ( T ) Ladang Cheroh Raub Pahang

1.0 PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan bersyukur tuhan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan tugasan bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan

semester 5. Tugasan

ini banyak memberi pengetahuan tentang kemahiran

mendengar dan bertutur serta pendekatan kaedah dan teknik mendengar dan bertutur dan Pengajaran kemahiran
Bahasa Melayu 3043E .Sebagai seorang guru, pengisian ilmu perlulah diperbaharui seiring dengan perkembangan
pendidikan masa kini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, En.Abdul Rahim
bin Mohd Yasin yang telah bertungkus-lumus dan sentiasa memberikan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini.
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Saya mendapat banyak faedah daripada tugasan ini
terutama dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dan pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas Dengan kerjasama dan bimbingan yang telah dicurahkan oleh beliau amatlah dihargai. Dengan ini
saya juga merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan yang amat menyumbangkan idea, bantuan,sokongan dan
dorongan supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini melalui sesawang dan whatss up. Bagi rakan- rakan
seperjuangan yang turut menyumbangkan idea, jasa mereka amatlah dihargai. Segala kebaikan yang diberikan
akan dapat balasannya.
Sebelum saya melangkah jauh, saya bersyukur kerana dapatlah saya menyelesaikan tugasan ini dengan
sempurna. Akhir kata, saya berharap agar puan mendapat kepuasan dalam kerja kursus ini apabila menyemak
tugasan yang saya sediakan.Saya juga berharap hasil kerja ini dapat membantu semua yang membaca tugasan
saya. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan
saya ini., segala kekurangan harap dimaafkan.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari tuhan dan yang buruk
itu datangnya dari kelemahan saya sendiri..

SEKIAN, TERIMA KASIH


4

2.0

Pengenalan

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewuju dan manusia itu sendiri. Bayi
dan kanak-kanak memperoleh bahasa secara semula jadi dan dipengaruhi oleh alam sekitar. Ia berlaku sedikit
demi sedikit dan berperingkat-peringkat mengikut perkembangan otaknya. Kanak-kanak akan belajar bermula
dengan bunyi-bunyian pada peringkat bayi, diikuti dengan perkataan iaitu hasil gabungan beberapa bunyi dan
seterusnya membentuk ayat secara langsung dan tidak langsung tanpa kita sedari.Keupayaan individu berbahasa
dengan berkesan dapat melahirkan komunikasi yangamat diharapkan. Ini adalah kerana bahasa telah wujud
sebagai alat berkomunikasi antara satu sama lain seiring dengan kemajuan manusia. Perhubungan sesame
manusia adalah melalui bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi.Melalui bahasa, manusia dapat
menyampaikan idea, pemikiran atau perasaan dengan lebih berkesan.Dalam hal ini,bahasa merupakan alat
perhubungan yang sangat penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan.
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menekankan beberapa iaitu kemahiran lisan iaitu
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran
ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.Sebagai seorang guru , kita perlu
memahami apa sahaja masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh sebab itu , guru perlu memahami
bagaimana seorang kanak-kanak memperoleh bahasa dan menggalakkan mereka menggunakan bahasa yang
bersesuaian untuk berhubung dengan berkesan. Guru juga perlu sentiasa sedar dan mencari jalan untuk mengatasi
masalah-masalah kemahiran berbahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak agar proses pembelajaran berjalan lancar
dan mencapai objektifnya .

1.0 KEMAHIRAN BERTUTUR


Pengenalan
Dalam pendidikan bahasa Melayu, penguasaan kemahiran bertutur begitu ditekankan. Melalui
pelaksanaan kurikulum, penekanan aspek itu digambarkan melalui kemahiran berkomunikasi dan
melahirkan idea dengan meminta pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang dirancang.

Sebagai penutur natif bahasa Melayu, pelajar pelajar Melayu tidak menghadapi banyak masalah
dalam menguasai kemahiran itu. Hal ini disebabkan mereka sudah biasa menggunakannya dalam
pertuturan harian. Namun, mereka sering menghadapi kesukaran dalam menuturkan wacana ataupun
tajuk perbincangan yang memerlukan perngorganisasian idea supaya kelihatan lebih tersusun dan mudah
difahami. Kelemahan ini perlu ditangani dengan memberikan pendedahan pada tajuk yang mahu
dibincangkan serta latihan.
Sesetengah pelajar yang sedang belajar bahasa berfikir mereka perlu menunggu bagi menguasai
kemahiran bertutur sehingga mereka menguasai kemahiran asas tatabahasa dan perbendaharaan kata.
Mereka menganggap demikian kerana bimbang membuat kesilapan dan pertuturannya tidak akan
difahami. Walau bagaimanapun, cara bagi mempelajari tatabahasa dan perbendaharaan kata sesuatu
bahasa yang baru adalah dengan berlatih menggunakan dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, sekiranya
tujuan pelajar mahu belajar sesuatu bahasa, ia sepatutnya memulakan latihan bertutur secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, pelajar tidak boleh mengharapkan penguasaan kemahiran bertutur yang begitu
cepat terutama yang melibatkan keupayaan bertutur bagi berkomunikasi.

Tujuan bertutur
Pertuturan

adalah

menjadi

asas

kepada

hampir

semua

pembelajaran

bahasa.pertuturan

mendahuluibacaan dan latihan bertulis.murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea
dalam pertuturan sebelum ia membuat latihan menulisgerak kerja lisan memang ada dilakukan oleh
guru pada setiap pembelajaran bahasa.
Aspek-aspek pertuturan
Sebutan : Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyibunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat ayat. Hal ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan
tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

Tekanan :

Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan

tekanan pada tempat tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan
untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan
Jeda( persendian) : Unsur ini disebut juga sebagai persendian. Ia di gunakan untuk memisahkan elemen
elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat ayat. Dalam sesebuah ayat diucapkan,
jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsure ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia
digunakan.
Intonasi : Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan.
Ia kadang kala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Malaysia biasanya tidak sama
dan berbeza - beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Ia boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan
sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula
mempunyai intonasi yang menurun.

Tatabahasa : Tatabahasa adalah satu system, peraturan atau undang undang menggabungkan kata
untuk membentuk ayat. Peratutan peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri
daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan walaupun lumrahnya aspek
tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan
baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.
Kelancaran : Kelancaran bermaksud murid murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas
dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa
percakapan itu berlangsung.
Kefasihan : Kefasihan bererti murid murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,
licin, teratur dan lancar tetapi mereka juga bolah menyembunyikan kata atau menyebut perkataan dan
ayat ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti penutur jati yang
terpelajar.
Laras bahasa : Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid murid boleh menggunakan bahasa dalam
berbagai bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid murid boleh
menggunakan bahasa itu untuk tujuan tujuan berkomunikasi secara berkesan.

Faktor faktor yang mempengaruhi pertuturan


Kecerdasan : Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan
bahasa.
Kesihatan : Ini bermaksud jika seseorang kanak kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil,
penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak kanak yang lemah dan sakit tidak
mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
Fizikal : Pertuturan biasanya terhasil daripada organ organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya
didapati organ organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka pasti kanak kanak itu tidak boleh bertutur
dengan baik.
Alam sekeliling : Biasanya factor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi
perkembangan bahasa kanak kanak.
Jantina : Melalui kajian kajian yang telah dijalankan didapati kanak kanak perempuan lebih dahulu
bercakap daripada kanak kanak lelaki. Hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak kanak
perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak
kanak lelaki.
Dwibahasa : Kanak kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak
kanak dwibahasa. Ini disebabkan oleh gangguan gangguan bahasa ibunda ( pertama ).

Peringkat peringkat kemahiran bertutur


Peringkat awal
Pada peringkat awal kita haruslah melafazkan pengucapan tatabersusila. Selain itu, kita harus
mengajukan perkataan dan ayat ayat didengar. Kita juga harus menyoal untuk mendapatkan maklumat.
Tambahan lagi, kita harus membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Pelajar juga harus
menyoalkan soalan soalan mudah berdasarkan situasi situasi tertentu. Pelajar harus bertindak
terhadap soalan soalan mudah. Justeru pelajar juga memberi arahan dan membuat ayat mengenai diri
sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya dan juga membuat ayat daripada gambar gambar.
Peringkat pertengahan
9

Pelajar membuat deskripsi tentang objek atau gambar. Pelajar haruslah bercerita berdasarkan satu siri
gambar atau gambar gambar bersiri. Tambahan lagi, pelajar mestilah mendeskripsi pengalaman atau
sesuatu peristiwa dan member satu siri arahan untuk membuat sesuatu. Menyoal dan menjawab soalan
soalan berhubung dengan peribadi seseorang masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
Pelajar membaca iklan, peraturan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah dan mengambil
bahagian dalam perbualan mudah yang dapat membantu meningkatkan proses pertuturan.
Peringkat maju
Pelajar mendeskripsi, sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan
sebagainya. Pelajar bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. Pelajar bertanya kepada kepada guru
untuk mendapatkan maklumat. Memberi ceramah , syarahan yang disediakan. Pelajar haruslah
mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain lain.
Mengambil bahagian dalam lakonan, drama atau mendeklamasi puisi, dan menyampaikan komen,
loparan atau ulasan.
Jenis jenis aktiviti bertutur
Aktiviti berbual
Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak
semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun
atau meminta murid murid sendiri memilih kawanya. Mereka akan berbual bual mengenai tajuk yang
telah ditetapkan oleh guru bahasa mereka. Dengan ini setiap murid berpeluang bercakap dalam satu
waktu.
Dalam perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri tang menceritakan hal dirinya
atau keluarganya atau lain lain mengikut tajuk yang menceritakan semula apa yang telah diceritakan
oleh rakan bualannya itu.
Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi :
1. Guru menyenaraikan isi isi yang telah disebutkan oleh murid murid dalam perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan secara
lebih mendalam
Aktiviti bercerita
10

Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja dikalangan kanak
kanak malah juga di kalangan orangorang dewasa

2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR


Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan,
soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang
paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).
Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar
dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh
mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal

11

pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang
dipelajari itu.
Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna
dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang
melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan
iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran.
Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar
adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di
sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar
penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan
mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai
semua mata pelajaran ketika di dalam kelas.
Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum
mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan
makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki
kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai
kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan
tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas.
Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses
komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan
orang.
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada waktu tidak tidur kita dalam
sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala
30% lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda
digunakan untuk bacaan dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat
oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui
pendengaran.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu Perspektifperspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan , kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi
pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk
mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.
Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran
mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.
12

Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman
dan pemprosesan maklumat yang didengar.
Definisi Kemahiran Mendengar
Terdapat perbezaan antara listening dan hearing. Kedua-dua perkataan bahasa Inggeris
tersebut mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun sebenarnya hearing adalah
mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada suara yang didengari oleh telinga kita, namun tidak
diperhalusi oleh fikiran kita, jadi apa-apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan.
Listening pula melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang kita
dengar melalui telinga kita.
Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti listening dalam Bahasa Inggeris yang
merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya dengan mengandalikan kebiasaan,
refleks atau perasaan. Mendengar yang efektif adalah upaya untuk menghubungkan titik-titik yang
kadangkala menyatakan nasihat yang tersembunyi yang perlu kita tahu.
Sayangnya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar secara efektif, sehingga
seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah menerima maklumat atau tindak balas dari
pendengar yang tidak diharapkan.
Salah satu penelitian menunjukkan rata-rata orang menghabiskan satu pertiga daripada waktunya dalam
organisasi untuk mendengar. Sehingga jika kita memiliki kecekapan mendengar yang baik, waktu yang
kita habiskan untuk mendengar akan lebih bermakna.
Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat
pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahsa yang hampir sama seperti b dan p yang
mewakili badang dan padang., d dan t yang mewakili datang dan tatang.
Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa,
klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman
budaya dan sikap pendengar itu.
Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman seperti
pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta
bagaimana bahasa digunakan. Sejurus itu adalah pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan
yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami unsur bahasa yang
didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah suatu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti
13

mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan
apa yan difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana
berlaku tindak balas selepas mendengar.
Implikasi kurangnya perhatian pada kecakapan mendengar secara efektif adalah fakta bahawa menjadi
pembicara yang efektif sudah seringkali kita dengar, namun latihan untuk mendengar yang efektif rasanya
jarang kita temui. Padahal kecekapan mendengar sangatlah penting. Orang bijak mengatakan kita
dikurniakan oleh Tuhan dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan hanya satu mulut untuk
lebih sedikit berbicara.
Aspek-Aspek Penting Dalam Kemahiran Mendengar
Konsep-konsep Penting dalam Pendengaran.
Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu pendengaran merupakan gabungan
segala yang didengari, difahami dan diingati. Pedengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang
dilakukan secara berperingkat-peringkat. Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada
melalui kecerdasan otaknya.
Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran Pendengaran yang
cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan.
Juga , pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan
bukti. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan,
drama dan lain-lain bahan kreatif. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis
terhadap bentuk dan isi.
Proses Mendengar
Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi.
Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu yang pertama, mendengar
deretan bunyi-bunyi bahasa, kemudian memahami bunyi-bunyi tersebut, menilai bunyi-bunyi tersebut dan
yang keempat bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi
Kita sedia maklum organ pendengaran manusia terdiri daripada dedaun telinga, gegendang telinga,
bendalir, alat-alat deria telinga tengah dan telinga dalam. Organ yang sensitif dan kompleks ini
menangkap dan menafsir pelbagai bentuk bunyi sehingga membolehkan kita mendengar sesuatu bunyi.
14

Pendengaran adalah satu unsur komunikasi dan tanpa seseorang pendengar sesuatu komunikasi
lisan tidak akan lengkap. Penutur yang merupakan punca sesuatu komunikasi akan menubuhkan kod-kod
tertentu bagi mesej yang hendak disampaikan itu di dalam otaknya (encode). Kemudian menerusi alat
pertuturannya, kod-kod tersebut akan disampaikan sebagai bunyi bahasa. Bunyi tersebut akan diterima
sebagai gelombang bunyi yang menggentarkan gegendang telinga pendengar dan di situ bermulalah satu
getaran yang berakhir di bahagian telinga dalam pendengar.
Sehingga kini proses pendengaran yang berlaku hanyalah bersifat fisiologikal. Pendengaran
dengan kefahaman belum berlaku sehingga mesej yang diterima itu dianalisis dan ditafsir oleh otak.
Sebenarnya rangsangan bunyi tersebut sampai ke bahagian otak dan saraf tunjang secepat kilat, sebagai
satu desakan saraf yang bertindak sebagai elektrokimia. Di bahagian otak, rangsangan bunyi itu mula
diterima sebagai bunyi berasingan ataupun sebagai satu kumpulan bunyi yang mesti ditempatkan di
dalam satu konteks tertentu. Kemudian barulah ia dikenali sebagai simbol perkataan yang bermakna
dalam sesuatu bahasa.
Seterusnya bahagian otak pendengar akan memadankan bunyi perkataan tadi dengan
pengalaman dan kumpulan makna yang telah sedia ada di dalam otaknya, kemudian barulah pendengar
dapat menjangka maksud sebenar bunyi bahasa yang didengarnya. Secara sedar atau tidak ia telah
menilai bunyi tersebut berdasarkan sikap, nilai dan kepercayaannya sebelum memberi reaksi terhadap
mesej penutur tadi. Segala pengalaman dan maklumat yang diterima akan disimpan di dalam otak dan
dalam keadaan tertentu ia dapat diingat kembali.
Daripada model pendengaran tadi, kita dapat melakukan beberapa kesimpulan bahawa makna
atau maksud sesuatu ujaran itu didapati oleh seseorang pendengar berdasarkan tanggapan,
pengetahuan, pengalaman dan penghargaan sendiri tentang perkataan itu, tidak semestinya sama
dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penutur. Ketepatan maksud yang ditanggap oleh
pendengar bergantung kepada beberapa faktor lain seperti tahap kemesraannya dengan penutur,
suasana sekeliling, bahan pertuturan, kesediaan mendengar, penumpuan dan motivasinya.Perhatian,
penerimaan dan persepsi pendengar merupakan kemahiran yang boleh dilatih dan dikuasai.
Kebiasaan dan tatatertib komunikasi merupakan beberapa perlakuan tertentu daripada penutur
dan pendengar supaya perhubungan itu dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kebiasaan
mendengar yang buruk boleh merosakkan persefahaman, tetapi ini dapat diperbaiki dengan kesedaran
dan latihan.

2.1.5 Jenis - Jenis Kemahiran Mendengar


Terdapat dua jenis kemahiran mendengar. Yang pertama adalah mendengar secara aktif.
15

Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif
melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif
semasa sesi perbualan tersebut.
Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan
tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah
merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar
secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, masa yang sedikit
diperuntukkan tidak dapat membantu pelajar secara maksimum penguasaan kemahiran itu. Pelajar tidak
berpeluang menjadi pendengar yang baik. Hal ini disebabkan guru lebih banyak meperuntukkan isi
pengajarannya bagi menyediakan pelajar dengan keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan
dengan peperiksaan. Penekanan ini juga menjadikan pelajar diabaikan dalam aspek kemahiran
mendengar. Penguasaan untuk menguasai kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh
mengakibatkan pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran mendengar tersebut dalam
kehidupan seharian
Dari segi kenyataan, aktiviti mendengar wujud dalam situasi yang berbeza dengan penutur yang
berbeza. Fikirkan semua individu berbeza yang sudah bertutur dalam jangka masa 24 jam dengan kita.
Anda sebenarnya mendengar beberapa individu bertutur dengan cara yang berbeza. Berdasarkan
kepelbagaian pengalaman dalam aktiviti mendengar, pelajar sebenarnya memerlukan latihan tambahan
untuk menyediakan diri sebagai pendengar yang baik.
Pendengaran secara aktif juga merupakan suatu kemahiran dan seperti kemahiran yang lain,
latihan dan amalan adalah penting. Kita boleh mempelajarinya untuk berbuatnya secara baik serta
berkesan. Tambahan pula, kita boleh menambahbaikkannya sepanjang hayat kita.
Pendengaran aktif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kita. Kita perlu
mengubah tabiat buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang pendengar aktif yang baik. Anda
menjadi pendengar aktif apabila anda membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai hujah atau
alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat
penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat
,kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi
halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.
Dalam mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi pelbagai
cara dan kaedah boleh digunakan. Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa yang
diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang
didengar. Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi pendengar yang aktif.
16

Mendengar tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja. Sebagai panduan, adalah wajar
seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan dari segi Intensif,
empati membina kemahiran mendengar yang efektif, membina kemahiran bertindak balas

Berikut merupakan kemahiran mendengar :


a) Intensif
Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang
diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama mampu menganalisis beribu jenis maklumat.
Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya
empat kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini memberi peluang kepada minda
untuk berfikir semasa mendengar.Otak manusia juga dapat meringkaskan dan mengintegrasikan apa
yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.
b) Empati
Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif
sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur. Cabaran
kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan
menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap. Pendengar
juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia emberi
buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.
c) Membina kemahiran mendengar yang efektif
Terdapat beberapa ciri penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif. Antaranya ialah
dengan mengadakan interaksi secara berhadapan.
Selain itu, individu perlu mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan. Tanda
17

pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya juga peerlu
ditunjukkan Juga, individu perlu mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.
Elakkan diri dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.Juga, individu tidak keterlaluan ketika
berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar. Aliran maklumat yang
sempurna antara penutur dan pendengar perlu diwujudkan.
d) Membina kemahiran bertindak balas
Tindak balas yang diperlukan dalam kemahiran mendengar ialah tindak balas yang positif
bukannya tindak balas yang negatif. Untuk membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu
perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian
serta- merta terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat
pujian. Jika dia membuat kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat
diperbaiki .
Selain itu, menjadikan tindak balas tersebut sesuatu yang tidak formal dengan tidak mengkritik
orang lain secara individu atas sesuatu kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi
seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang membina dan dapat diterima oleh penutur. Hal
ini juga dikatakan tindak balas yang positif dalam kemahiran mendengar.
Untuk membina kemahiran bertindak balas secara positif, seseorang itu perlu menjadikan tindak
balas tersebut bertepatan dengan masa supaya tindak balas tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini
juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar.
Jenis yang kedua adalah mendengar secara pasif. Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindak
balas secara langsung oleh pendengar. Seringkali juga wujud situasi mendengar secara pasif ini dalam
kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang mendengar semasa
guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang
didengar.
Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar perlu bersedia
dengan situasi itu. Hal ini terjadi di mana pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan
ataupun ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci dari penyampai.
Mendengar jenis ini dipanggil juga sebagai mendengar secara tidak interaktif. Secara ringkasnya,
pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperli
mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem ataupun siaran langsung.

18

Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar


Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar. Pada peringkat awal kemahiran mendengar, pelajar
akan diajar untuk mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka juga diajar untuk mendengar dan
mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat dalam petikan. Pada peringkat ini juga, pelajar
akan melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh oleh guru. Sebagai contoh, guru menyuruh pelajarnya
menggayakan gaya seekor kucing, maka pelajar tersebut akan bertindak balas dengan menggayakan
aksi seekor kucing mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pada peringkat awal ini, pelajar cepat
bertindak terhadap soalan yang mudah. Para pelajar juga dapat mengingat dan memadankan perkataan
dan ayat-ayat mudah dengan tepat.
Pada peringkat kedua atau peringkat pertengahan dalam kemahiran mendengar ini, pelajar
didedahkan untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Pelajar juga
diajar untuk mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus. Sebagai contoh, guru
memberitahu pelajar tentang sebuah kemalangan yang terjadi baru-baru ini. Hal ini dapat meningkatkan
pengetahuan pelajar serta pelajar dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan kemalangan itu. Pada
peringkat ini juga, pelajar didedahkan untuk mengenali sebab dan akibat sesuatu tindakan yang dibuat.
Selain itu, pelajar ini akan diajar untuk mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dalam
kehidupan sosial serta diterapkan ilmu dalam aspek mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.
Mereka akan dipupuk untuk menjadi seorang pendengar yang baik dengan sentiasa menumpukan
perhatian terhadap penyampai. Hal ini adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut menjaga perasaan
penyampai serta ilmu dan maklumat yang disampaikan itu dapat memberi manfaat kepada pelajar
terbabit.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat maju dalam kemahiran mendengar. Pada peringkat ini, pelajar
dilatih untuk mengenal isi-isi penting. Sebagai contoh, dalam sebuah karangan, guru akan mengajar
bagaimana untuk mencari isi-isi utama dalam karangan tersebut. Pelajar akan dapat mengenal peranan
dan perhubungan orang yang bercakap.
Selain daripada itu, pelajar akan diajar untuk mentafsirkan maksud orang yang bercakap. Pelajar
tersebut juga dapat membezakan tekanan dan intonasi dalam sesebuah pertuturan. Contohnya, dalam
sukatan pelajar Tahun Empat, pelajar diajar mendengar dan mengecam intonasi yang betul dalam soalan
tanpa kata tanya. Mereka juga diajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang
didengar sama ada merujuk kepada guru atau kawan-kawan.
Pada peringkat ini juga, pelajar akan dididik untuk mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
serta mereka dapat menafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu.

19

Bentuk - Bentuk Kemahiran Mendengar


Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa
menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia boleh
dibahagikan kepada sembilan kategori. Antaranya adalah mendengar Secara pasif.
Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini
pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan yang diucapkan dalam sesuatu
pertuturan atau percakapan yang didengarinya. Pendengar juga kurang memahami dan mengingati serta
menyebutkan semula perkataan yang didengar itu.
Banyak perkara yang dapat mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya adalah mungkin
bahan yang diperdengar itu kurang menarik minat mereka atau mungkin kerana bahan itu terlalu sukar
untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran
mendengar dalam sesuatu bahasa tentu tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan bahasa tersebut.
Keadaan menjadi lebih buruk lagi jika mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda, dialek, terhadnya
perbendaharaan kata atau sebagainya.
Yang kedua adalah mendengar Secara Bertelau-telau. Mendengar secara bertelau-telau ini
biasanya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau mereka yang mempelajari bahasa asing.
Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya berbanding dengan kemahiran mendengar secara pasif. Dalam
kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam
sesuatu pertuturan. Mereka tidak berjaya untuk membentuk konsep dan gagal memahami ujaran yang
diperdengarkan kepada mereka itu.
Keadaan ini biasanya berlaku kerana pelajar tersebut masih lemah dalam bahasa yang dipelajari.
Mereka kurang didedahkan dengan suasana berbahasa dalam bahasa tersebut serta kurang biasa
mendengar dan bertutur serta berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Seterusnya adalah mendengar tanpa tindak balas.Mendengar tanpa tindak balas bermaksud
pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana
pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna antara perkataan yang diucapkan dalam ayat. Dengan kata lain, mereka
tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, gembira, simpati dan sebagainya.
Juga adalah mendengar secara menebuk-nebuk. Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa
pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk perkataan atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya
untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu
masih rendah.
20

Kemahiran mendengar yang menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan pelajar bahasa
ibunda. Hal ini kerana mereka sudah pasti yang mereka berupaya memahami dan mampu menggunakan
bahasa sendiri. Walhal, kadar kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih
lemah.
Seterusnya adalah mendengar dengan beremosi. Pada peringkat ini, pendengar sudah mula
mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Pendengar sudah dapat merasakan sesuatu
sehingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah mula mendengar, memahami dan bertindak
terhadap ujaran yang didengarinya itu.
Walau bagaimanapun, implikasi daripada keadaan emosi yang marah itu mungkin menyebabkan
orang-orang yang terlibat akan bertindak positif, iaitu dengan meningkatkan tekad untuk bekerja keras
dan berjaya dalam hidup mereka. Namun, ada kemungkinan juga akan berlaku tindak balas negatif
seperti berlakunya pergaduhan, pertengkaran dan sebagainya.
Mendengar secara beremosi ini berlaku kerana perkataan yang dilafazkan membawa makna yang
berbeza-beza. Kemungkinan orang yang menuturkannya tidak tahu atau faham adat resam, tradisi dan
budaya orang yang mendengarnya. Perkataan yang dilafazkan secara tidak berhati-hati dan tidak
mengambil kira lingkungan geografis dan budaya boleh menimbulkan salah faham apabila pendengar
tersilap membuat tafsiran.
Juga adalah mendengar secara berhati-hati. Mendengar pada peringkat ini memerlukan seseorang
itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya
terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat dalam sesuatu pengucapan
itu. Tujuan mendengar setiap ujaran yang dilafazkan dengan teliti adalah untuk menentukan supaya
setiap butiran yang dituturkan dapat difahami dengan tepat dan betul.
Kemahiran mendengar secara berhati-hati ini boleh dicapai dengan memberikan banyak latihan
mendengar kepada pelajar. Mereka dilatih untuk mempelajari bahasa lisan secara formal lebih berkesan
daripada pembelajaran yang dilakukan secara tidak formal.
Seterusnya adalah mendengar Secara kritikal. Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah
seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran
mendengar telah mencapai tahap yang tinggi.
Pendengar bukan sahaja dapat memahami sesuatu pertuturan dengan baik, bahkan berupaya
memilih dan menentukan perkara-perkara yang benar dan yang palsu. Seseorang dapat menentukan
kesahihan sesuatu faktor yang didengarnya dan menyedari akan sesuatu kelemahan yang terdapat
dalam pertuturan dan sebagainya.
Mendengar secara kritikal memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan analitis. Untuk mencapai ke
21

peringkat ini, pelajar harus diberi latihan mendengar dan berfikir secara intensif. Kemahiran ini boleh
dilakukan melalui proses pembelajaran secara tidak sengaja.
Juga adalah mendengar dengan pengamatan. Kemahiran mendengar jenis ini biasanya berlaku
dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna
apabila proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman pendengar. Hal ini bermakna, pendengar
akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan apabila ujaran-ujaran itu ada pertalian
dengan pengalamannya.
Yang seterusnya adalah mendengar secara kreatif. Kemahiran mendengar secara kreatif ini pula
merupakan kemahiran yang paling tinggi dan ia menjadi matlamat pengajaran dan pembelajaran lisan di
peringkat mendengar. Pada peringkat ini, pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta
sesuatu setelah dia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan itu. Hal ini bermakna dia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik.
Seseorang itu juga dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen
yang bernas dan jitu. Biasanya pelajar yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri
daripada mereka yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah mempelajari dan
menguasai bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik.
2.8 Faktor- Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
Salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar adalah faktor fizikal. Kanak-kanak
normal mempunyai pendengaran yang semula jadi sejak dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza
antara seseorang ada yang mempunyai pendengaran tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka
tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

Faktor yang seterusnya adalah jantina. Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanakkanak lelaki dan perempuan. Apabila kanak-kanak lelaki berumur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang
kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya
dengan mereka.
Yang ketiga adalah status ekonomi. Latar belakang keluarga seperti kemudahan rumah, pengaruh
ahli keluarga serta interaksi antara ahli keluarga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar kana-kanak.
Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap
apa yang didengar.
Juga adalah gangguan bunyi. Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan seperti persekitaran
dan bunyi bising. Ini mempengaruhi pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu.
22

Yang terakhir adalah mental. Kemahiran mendengar ini berkait rapat dengan daya pemikiran
seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk
bertindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar

23

3.0 HARI PERTAMA


GAMBAR-GAMBAR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

GAMBAR-GAMBAR HARI KEDUA

24

GAMBAR-GAMBAR HARI KETIGA

25

26

4.0

27

5.0

28

Nama : M.Linggeswaran
Tahun : Tahun 2
Masalah : Kemahiran Mendengar (kurang peka) dan Kemahiran Bertutur ( pelat)

Sebelum Bimbingan secara Analitik


Melalui tugasan yang saya perolehi, saya telah mengambil seorang murid tahun 2 yang mengalami
masalah perdengaran dan bertutur. Murid mempunyai masalah sejak kecil lagi. Murid berada dalam
lingkungan murid linus di sekolah. Murid ini mengalami kesusahan untuk berkomunikasi kerana
mengalami pelat. Daripada analisis yang saya buat murid ini tidak diperuntukan masa dengan baik
dirumah dan tidak mempunyai bimbingan yang kukuh daripada ahli keluarga. Tambahan lagi, keteraturan
gigi murid ini tidak sama yang menyebabkan ketika dia berkomunikasi dia mengalami masalah pelat. Oleh
itu, murid ini mengalami masalah kekeliruan dalam membezakan bunyi yang menyebabkan murid ini tidak
dapat menguasai perkataan dengan baik. Contoh perkataan yang telah dianalisis seperti perkataan
badang dan padang dimana membawa bunyi yang sama maksud. Selain itu, gangguan bunyi semasa
proses pembelajaran di dalam kelas boleh menyebabkan proses ini terbantut. Murid akan lebih cenderung
kearah bunyi yang menyebabkan mereka tidak akan fokus pada bunyi perkataan yang menyebabkan
kelemahan murid dalam memahami apa yang didengar. Justerunya kemahiran mendengar berkait rapat
dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental
untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar
mereka. Murid ini juga mempunyai masalah dalam mentafsirkan maklumat yang didengar dan hal ini
meyebabkan murid ini tidak berkomunikasi atau membaca.

Selepas Bimbingan Analitik


Setelah saya sudah mentafsir masalah yang dihadapi oleh murid saya. Saya telah menggunakan satu
kaedah berbentuk audiolingual. Kaedah ini bermaksud dua gabungan kemahiran iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Biasanya kemahiran ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti
kemahiran mendengar dan bertutur yang mempunyai masalah dalam kemahiran ini. Dalam kaedah ini
29

saya menggunakan beberapa bahan bantu mengajar boleh membantu mengatasi masalah murid ini.
Antara bahan yang saya gunakan ialah pita perakaman dan juga kad gambar bagi menyatakan bunyi
telah selepas mendengar pita rakaman. Melalui kaedah ini murid dapat mengingat dan memudahkan
mereka mengingat maklumat yang didengar dan boleh mentafsirnya. Kaedah ini merupakan satu kaedah
didik hibur kepada murid-murid. Oleh itu, saya menjalankan kaedah ini terhadap murid disekolah saya.
Kaedah banyak memberikan perubahan kepada diri murid tersebut. Antara perubahan yang ketara yang
dapat saya lihat pada diri murid ini ialah dari aspek sebutan. Murid ini dapat membunyikan huruf dan suku
kata dengan jelas mengikut bunyi yang didengar dari pita rakaman. Aspek ini sangat penting terutamanya
melibatkan perkataan yang mempunyai sama ejaan. Tambahan lagi, guru juga membuat penekanan yang
khusus terhadap murid untuk menyebut dan memberi tekanan yang kepada perkataan bagi tujuan
menegaskan keras dan lembutnya sesuatu pengucapannya. Selain itu, murid juga bertutur dengan lancar,
kemas dan baik dimana ia mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung. Murid
ini juga dapat menguasai aspek tatabahasa dengan baik. Aspek tatabahasa amat penting kerana ia dapat
meluaskan perbendaharaan kata murid ini dan boleh digunakan semasa bertutur. Aspek tatabahasa ini
juga dapat meningkatkan dan memantapkan fonologi, semantik dan sintaksis yang juga boleh digunakan
untuk aktivit menulis. Bagi murid ini, aktiviti yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan tahapnya yang
bersesuaian dengan murid tersebut. Guru ini mempratikikan huruf vokal kepada murid tersebut. Beliau
menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk audiolingual dengan menggunakan telefon bimbit
dan juga kad huruf vokal. Aktiviti ini adalah bagi mempratikikan murid untuk memahami huruf vokal
melalui proses pengulangan selama 3 hari dengan pelbagai kaedah dan teknik diaplikasikan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid tersebut. Contoh huruf vokal yang digunakan ialah
huruf vokal a dan i. Kesimpulannya, murid ini dapat memberi impak yang positif ketika guru menjalankan
proses pembelajaran dan murid ini dapat memberitahu huruf vokal dengan betul melalui proses
pengulangan yang dilakukan dengan audiolingual.

30

6.0 RUMUSAN

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa dan. Bertutur
dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas. serta Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat
dalam

menguasai

kemahiran

mendengar

dan

bertutur.

Ia juga Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan kemahiran. dan
Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa. Maka Laras bahasa yang
digunakan mesti bersesuaian dengan konsep dan keahiran yang digunakan .Kemahiran mendengar
hendaklah dijalankan bersama-sama supaya kemahiran yang diajar itu boleh dikecapi serta dapat
mengurangkan masalah murid yang sering dihadapi dalam kemahiran mendengar dan bertuturnya.
Murid di beri latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan sesuatu sesuatu tugasan yang boleh
membawa kepada sesuatu aktiviti. Manakala Setiap aktiviti dan kemahiran , membolehkan murid
menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Guru harus
memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan
motivasi dan bahan bbm yang menarik serta berfaedahnya.

31

7.0 Refleksi
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya dapat
menyempurnakan tugasan kursus BMM3043E

dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan

sempurna mengikut jadual yang telah disediakan.


Walaubagaimanapun, saya mengakui agak tertekan dalam menyiapkan tugasan ini lantaran hambatan
masa dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sama ada tanggungjawab di sekolah atau di rumah.
Tugasan kali ini agak mencabar minda saya kerana saya perlu

menghuraikan kemahiran bahasa,

pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa serta kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur.Bukan itu sahaja , malah perlu menganalisis masalah mendengar dan bertutur seorang murid
tahap 1 dan menggunakan salah satu kaedah ini bagi menyelesaikan masalah murid ini.
Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya didapati bahawa dalam mengenalpasti masalah
murid sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh dibuat sambil lewa sahaja. Strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyelesaikan masalah kemahiran
mendengar dan bertutur..
Saya juga dapati bahawa kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis adalah saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Harus diakui bahawa dalam
satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-empat kemahiran tersebut mesti ada. Hanya yang
membezakan kemahiran tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sama ada aktiviti lisan(dengar dan
tutur), bacaan atau tulisan.
Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang boleh
menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran berbahasa dan
mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu menjadi murid yang berketerampilan
32

berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial
dan memperoleh ilmu.

8.0 Bibliografi
Abd. Aziz Abd. Talib ( 2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan Teknik. Kuala
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Lumpur:

Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti
Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin bin Jeon, Zainal Arifin bin Yusof, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusop, Napisah binti
Muhammad, Bahasa Melayu tahun 4 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sekolah Kebangsaan Tahun 4.
Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip,
Napisah binti
Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Nasar bin Sukor,Syamsul Yusli bin Mohamad Yusop,Mohamad bin Musip,
Napisah binti
Muhammad, Bahasa Melayu tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buku Panduan Guru.Dewan Bahasa dan
Pustaka
http://www.scribd.com/doc/30396978-Pendekatan-Kaedah-Teknik-Dan-Strategi (22.02.2012)
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar.
Oxford Fajar Sdn.Bhd
Khairuddin Mohamad, (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, (1999). Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Buku panduan perlaksanaan program
pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.

33

34

35

Anda mungkin juga menyukai