Anda di halaman 1dari 12

UJIAN DIAGNOSTIK

MTE 3112

DEFINISI
satu alat pengukuran yang membolehkan
guru mengesan punca dan kawasan
kelemahan secara terpeinci yang dihadapi
oleh seseorang murid.

TUJUAN
1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru
mengenalpasti
secara
khusus
kesulitankesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru
mengenal pasti punca kegagalan murid untuk
menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru
mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut
kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran
yang dihadapi oleh murid.

4. Ujian
diagnostik
bertujuan
membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus
pada
individu
atau
kumpulan
dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian
diagnostik
bertujuan
membolehkan guru merancang dan
membina program dan bahan bantu
mengejar
yang
bersesuaian
mengikut tahap murid.

MEMBINA UJIAN
DIAGNOSTIK
Sebelum membina sesuatu ujian
diagnostik, beberapa perkara utama
perlu ditentukan :
1.1 Objektif ujian
1.2 Kemahiran yang hendak diuji
1.3 Bagaimana hendak menguji
individu atau kumpulan.
1.4. Siapa yang hendak diuji sasaran.

Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan


sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih
adil terhadap murid. Oleh itu, borang JPU perlu
disediakan.
Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk
menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran.
Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia
diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari
senang ke susah.
Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran
yang telah diperincikan terlebih dahulu.

PELAKSANAAN & PANDUAN


MENTADBIR
1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan
setelah guru mengenal pasti murid-murid
yang dipilih mengikuti untuk diuji.

2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara


individu,
sementara ujian diagnostik
bertulis dijalankan secara kumpulan kecil
tidak melebihi empat orang dalam satu
masa.

3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut


turutan kognitif yang paling rendah kepada yang
paling tinggi pengetahuan, pemahaman,
penggunaan,
maka
hendaklah
dimulakan
dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian
bertulis.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya
seseorang yang di uji itu didapati gagal
menjawab semua item dengan betul dalam TIGA
kemahiran berturut-turut.
5. Setiap jawapan murid
hendaklah direkodkan.

dalam

ujian

lisan

6. Keputusan ujian diagnostik dapat


memberi panduan kepada guru untuk
menyusun satu program pengajaran
kepada murid tersebut.
7. Berikan masa yang cukup kepada murid
untuk menjawab soalan supaya mereka
dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi


yang penting ialah keterangan-keterangan
atau data-data yang diberi cara mana murid
belajar.
9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru
supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu
dan di manaa kesilapan mereka.
10.Setiap kesalahan dan kesilapan murid
hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan
kepada guru pada satu masa yang lain.

ANALISIS UJIAN
DIAGNOSTIK
Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang
dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan
dalam borang analisis.
Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas
kepada guru untuk merancang Rancangan
Pengajaran
Kumpulan
(RPK)

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai