Anda di halaman 1dari 2

Nurul Najwa Binti Azmi,

Sekolah Kebangsaan Seri Negeri,


Jalan Ayer Hangat,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
Kepada :
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 dan 4,
Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putraj

8 DISEMBER 2013

Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH BAGI
SESI JANUARI 2014 ( No Permohonan : K20140813 )
Saya Nurul Najwa Binti Azmi (NRIC: 850802-02-5068), ingin membuat rayuan
permohonan pertukaran sekolah ke daerah Kota Setar.
2. Untuk makluman tuan, permohonan saya kali ini TIDAK DILULUSKAN dan
pertukaran ini sangat penting bagi saya, keluarga dan juga kerjaya saya. Permohonan ini
dibuat berdasarkan beberapa sebab iaitu :
a) Saya sudah berkhidmat di daerah semasa (Langkawi) selama 4 tahun sejak
penempatan pertama tahun 2010 sehingga sekarang Disember (2013).
b) Untuk makluman pihak tuan juga, saya disahkan menghidap penyakit
Endometrosis pada bulan Jun 2012. Sejak itu, saya telah dirujuk ke Klinik
Pakar Gynae Hospital Sultanah Bahiyah kerana tenaga kepakaran tersebut
hanya terdapat di hospital ini sahaja. Saya juga telah menjalani
pembedahan di hospital yang sama pada bulan September 2012. Tetapi
keadaan penyakit saya ini tidak berubah dan perlu menjalani rawatan
seterusnya sehingga kini. Rawatan terhadap diri saya memerlukan saya
berulang-alik dari Langkawi ke Alor Setar sebanyak 2 kali sebulan.
Perjalanan menaiki feri yang mengikut jadual yang terhad untuk berulangalik menyebabkan saya terpaksa pulang sehari awal sebelum tarikh
temujanji tersebut. Apabila laut bergelora, saya akan muntah beberapa kali
dan menjadi tidak bermaya sehingga terpaksa berehat di rumah sehingga
keadaan saya stabil. Urusan perjalanan ulang-alik saya ini menyebabkan
saya terpaksa mengambil MC dan cuti rehat yang kerap dan ini
mengganggu urusan kerja saya terutamanya proses pengajaran dan
ppembelajaran di sekolah kerana saya kerap tidak hadir ke sekolah.

c) Saya juga mengalami gangguan emosi apabila dikriktik dan disindir oleh
rakan-rakan guru dan staf di sekolah setiap kali saya tidak hadir ke sekolah
atas alasan kesihatan saya ini. Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana
saya tidak pernah meminta keadaan seperti ini terjadi kepada saya. Saya
memahami perasaan rakan-rakan guru yang terpaksa mengganti kelas saya
tetapi apakan daya kesihatan saya juga perlu diutamakan.
3. Oleh itu, besar sangatlah harapan saya agar pihak tuan dapat menyokong rayuan
permohonan pertukaran saya ke Daerah Kota Setar atas sebab-sebab di atas. Dengan
pertukaran tersebut, saya pasti dan yakin dapat memberi sepenuh tumpuan kepada
kerjaya saya dalam bidang perguruan dengan emosi yang tenang dan aman tanpa perlu
memikirkan masalah peribadi yang saya hadapi.
4. Segala sokongan dan keprihatinan dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.

Yang benar,
...............................................
( NURUL NAJWA BINTI AZMI )
No. Telefon : 019-2820048

Anda mungkin juga menyukai