Anda di halaman 1dari 2

Kesakitan dan lain-lain masalah pada sendi berkemungkin menyebabkan pergerakan yang terhad pada

sendi yang terlibat. Bincangkan punca dan kaedah untuk mengatasi masalah ini.

Utama.

Punca kesakitan pada sendi adalah seperti berikut;


1) Kecederaan secara langsung pada sendi.
2) Kecederaan berhampiran sendi, seperti kepatahan.
3) Jangkitan kuman dalam sendi.
4) Jangkitan virus herpes zoster (kayap) berhampiran sendi.
5) Masalah perubatan lain seperti kencing manis dan penyakit tisu perantara.
6) Sakit sendi kronik seperti osteoartritis dan artritis rheumatoid.
7) Strok.
8) Penyakit cakera tergelincir dan sendi faset pada tulang leher.
9) Sendi bahu tidak bergerak dalam masa yang lama
Kaedah untuk mengatasi masalah kesakitan sendi adalah;
1) Suntikan pada titik rangsangan atau radiofrekuensi pada otot yang sakit dan kejang.
2) Suntikan steroid pada tendon otot yang berlaku keradangan.
3) Rawatan radiofrekuensi pada saraf supraskapular untuk membantut isyarat sakit dari sendi.
4) Mobilisasi sendi secara pasif dan pesakit diberikan bius setempat.
5) Suntikan ubat pelincir atau steroid dalam sendi.
6) Rawatan radiofrekuensi pada cakera tergelincir atau sendi faset leher.
7) Fisioterapi.
8) Ubat penahan sakit dan pelembut otot
Jawab 1
Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf
atau sendi itu sendiri. Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi
engsel (lutut, siku) dan banyak lagi. Antara punca kesakitan itu adalah;
1.
Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan
sendi.
2.
Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan
berlebihan
3.
Faktor usia cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi
berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit.
4.
Berat badan berlebihan boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Kaedah untuk mengatasi masalah kesakitan sendi adalah;
1.
Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi
lemah
2.
Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
3.
Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :

Glucosamine membantu pembentukan kartilaj

Kalsium dan mineral membantu pembentukan sel tulang yang sihat

Omega 3 bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi

Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium

Vitamin C bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Jawab 2
Punca kesakitan sendi adalah seperti berikut;
Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak
sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak
elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
Berat badan berlebihan.
Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki.
Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya).
Penyakit sendi seperti arthritis.
Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit).
Penyakit tulang.
Ketumbuhan.
Jangkitan kuman.
Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya.
Penyakit kronik.
Ubat-ubatan.
Kaedah untuk mengatasi masalah kesakitan sendi.

Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi
tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan splint (pengampu).

Kerap mengenakan cold pack(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang
tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan
kemerahan(keradangan)

Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara
lembut juga boleh membantu

Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.

Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis non-steroidal
anti-inflammatory (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di
farmasi.

Kurangkan berat badan.

Guna kasut bertumit rendah.

Bijak menangani tekanan.

Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus.

Anda mungkin juga menyukai