Anda di halaman 1dari 2

Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik

dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan
tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat
menghuraikan makna yang sebenar berbanding semantik. (100)
(36)
Utama
Semantik ialah kajian berkenaan dengan makna sesuatu ayat yang dikhususkan oleh nahu
sahaja. Berdasarkan definisi yang berbagai pragmatik adalah kajian tentang hubungan
antara bahasa dengan konteks ditatabahasakan atau yang dikodkan pada struktur bahasa.
Ia juga adalah kajian tentang hubungan antara bahasa dengan konteks yang menjadi dasar
untuk mengertikan bahasa itu. Seterusnya pragmatik adalah kajian tentang kemampuan
pemakai bahasa untuk mengaitkan ujaran dengan konteks yang sesuai sehingga ujaran
tersebut dapat dimaknai. Ciri-ciri pragmatik ialah pertama skop yang menyentuh bidang
kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai; kedua skop
yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks; ketiga skop yang
menyentuh sesuatu yang ada kaitan dengan yang tidak ternyata dalam komunikasi;
keempat skop yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi.
Jawab 1
Menurut George Yule (1997) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan
penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca.
Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada
memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan,
memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik,
menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar ialah
individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau
perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan
sesuatu perkara. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah
bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai.
Perkara inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar
berbanding semantik.
Jawab 2
Pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks.
Kajian sebegini memerlukan seseorang itu melibatkan pentafsiran terhadap apa yang
dimaksudkan mengikut konteksnya. Bagaimanapun, pentafsiran itu dapat difahami dengan
sempurna jikalau penyampai itu mampu menyusun maklumatnya dengan baik atas
kesedaran bahawa dengan siapa dia berurusan, dengan kanak-kanak, remaja, atau guru.
Selain itu, penafsiran itu dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan
suasana atau keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan
tersebut mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan
dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks. Dengan adanya konteks, segala
penginterpretasian ujaran dapat dihasilkan sejajar dengan hajat sebenar si penutur. Perkara
inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding
semantik.

Jawab 3
Pragmatik ialah kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan yang
tidak ternyata dalam komunikasi. Dimana ada kalanya penerima itu akan membuat pelbagai
tafsiran bagi membolehkannya memahami maksud yang tersurat atau yang tersirat atas
sesuatu yang didengarnya atau yang dibacanya. Kemampuan penerima membuat
penginterpretasian terhadap apa yang tidak ternyata, iaitu yang tidak terucap atau tidak
tertulis oleh penyampai atau penulis itu merupakan sebahagian daripada maklumat yang
bermakna dalam komunikasi daripada penyampai kepada penerima. Di sini, penerima perlu
menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan yang tersedia ada untuk menyelami isi dan
maksud yang tidak ternyata itu. Bagi meneruskan penginterpretasian ujaran, kita
memerlukan konteks. Konteks adalah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara
psikologi oleh pendengar. Perkara inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan
makna yang sebenar berbanding semantik.
Jawab 4
Pragmatik ialah kajian yang menyentuh kejarakan hubungan bagi sesuatu ekspresi. Dalam
mendekati dan mentafsir sesuatu maksud antara yang ternyata dengan yang tidak ternyata,
kadang-kadang kita dengan pelbagai kemusykilan untuk memilih dan menentukan maksud
sebenar. Ada sesetengah daripada kita mungkin akan terus mempertimbangkan yang
tersurat atau kita mungkin memihak dengan yang tersirat. Soalnya, kenapa pertimbangan
yang kita pilih itu berbeza? Sehubungan dengan persoalan itu tidak dinafikan bahawa aspek
persamaan memainkan peranan penting dalam pemutusan, iaitu persamaan kebudayaan
dan persamaan cara hidup, pegangan agama yang serupa, pengalaman, pengetahuan dan
keakraban hubungan antara penyampai dan penerima. Ringkasnya, ini bermakna Perkara
inilah yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan makna yang sebenar berbanding
semantik.

Anda mungkin juga menyukai