Anda di halaman 1dari 3

Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa

hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Sila jelaskan maksud kurikulum
futuristik dan bagaimanakah kurikulum tersebut ditransformasi dalam sistem
pendidikan di Malaysia? 5 jawapan
Utama

Pendidikan futuristik adalah pendidikan yang dapat melahirkan generasi


berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini,
serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan
masa kini. Satu agenda dalam program pendidikan futuristik sebagai
persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah
Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang
meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan
pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan
guru. Kurikulum futuristik dapat ditransformasi dalam sistem pendidikan di
Malaysia dengan cara para pendidik, perlulah dilengkapkan dengan ciriciri berikut pula:
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkiniUntuk menentukan kehendak ciri-ciri
manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,
Jawab 1
Kurikulum Futuristik ialah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
yang memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek antaranya
aspek teknologi, pedagogi, keperluan
sumber manusia dan perubahan ideologi. Kurikulum futuristik dapat
ditransformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia menerusi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid yang membolehkan
mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta
berupaya belajar sepanjang hayat. Pengalaman belajar direka untuk
membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya
bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi,
deduksi dan menganalisis. Pengalaman belajar memberikan murid
peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi
membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk
pemikiran kritikal, kreatif dan futuristic serta penyelesaian masalah
seperti Kajian Masa Depan.
3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:
1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian
dengan menggunakan pelbagai strategi.

2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian


jaringan.
3. Bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai
sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.

Jawab 2
Kurikulum Futuristik ialah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
yang memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek antaranya
aspek teknologi, pedagogi, keperluan
sumber manusia dan perubahan ideologi. Menerusi kemajuan yang pesat
dalam bidang teknologi maklumat atau infotek mengubah cara manusia
berkomunikasi, berurus niaga dan cara kita melihat dunia ini (Mahathir
Mohamad, 1992) dan yang lebih penting cara kita mereformasi dan
mentransformasikan sistem pendidikan bagi memastikan anak bangsa
kita sekarang dan di masa akan datang berupaya mengharungi hidup
dengan penuh kesejahteraan. lnilah cabaran baru yang begitu hebat ke
atas sistem pendidikan yang perlu kita tempuhi secara pertembungan
bersemuka. Ertinya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hanya
terhad di dalam bilik darjah perlu ditukar kepada suatu bentuk yang
menjangkau keluar daripada persekitaran bilik darjah. Bentuk pendidikan
untuk generasi baru perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang
lebih terbuk.a dengan visi yang lebih meluas melalui keupayaan berfikiran
kritikal, inovatif, reflektif dan mempunyai ketrampilan yang diperlukan
bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan arus globalisasi
dunia (Wan Mohd Zahid Nordin, 1995).
Jawab 3
Kurikulum Futuristik ialah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
yang memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek antaranya
aspek teknologi, pedagogi, keperluan
sumber manusia dan perubahan ideologi. Perkembangan infotek yang
begitu pesat mengakibatkan ledakan maklumat serta prasarana
maklumat menjadi begitu hebat. Hal ini berubah secara langsung senario
pendidikan di setiap penjuru glob ini. Menurut Stonier (1981, dalam
Perkins, 1992), tenaga kerja yang terlatih akan belajar memanfaatkan
teknologi, manakala golongan yang selesa di bawah tempurungnya akan
menjadi mangsanya. Justeru itu, negara turut mengorak langkah
mengatur strategi melakukan transformasi dalam apa jua bidang
termasuk sektor pendidikan untuk dihayati bersama gelombang siber ke

era globalisasi. Mudah-mudahan sedikit masa lagi, generasi muda


berupaya membincangkan dengan yakin tentang konsep 'dunia tanpa
sempadan', 'sistem langit terbuka', 'ekonomi maklumat' dan berbagaibagai lagi konsep global lain yang menjadi realiti baru yang terpaksa
ditempuhi nanti (Wan Mohd Zahid Nordin, 1995).
Jawab 4
Kurikulum Futuristik ialah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
yang memenuhi kehendak masa hadapan dari pelbagai aspek antaranya
aspek teknologi, pedagogi, keperluan
sumber manusia dan perubahan ideologi. Kurikulum futuristik dapat
ditransformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia menerusi era
teknologi siber telah berubah pendekatan pembelajaran yang mana
pembelajaran secara tidak formal ini sedikit demi sedikit akan mengubah
peranan yang dimainkan oleh guru. 'Dinding- dinding bilik darjah akan
runtuh' kerana pembelajaran yang bersifat 'Iangit terbuka' melalui
perisian multimedia, internet, e-mel, audio-video tele conferencing dan
sebagainya (Lee Ong Kim, 1997). Guru-guru yang sepatutnya berperanan
sebagai fasilitator jika enggan berubah akan termangu-mangu dalam
senario pendidikan yang semakin asing. Peranan guru bukan lagi seperti
pendita di atas pentas yang proses pembelajarannya berpusatkan guru
tetapi perlu berubah kepada pembimbing di sisi (guide by the side) yang
berpusatkan pelajar (Perkins, 1992).

Anda mungkin juga menyukai