Anda di halaman 1dari 68

2.

Kod Etika dan


Akauntabiliti
Keguruan

Konsep Etika
Kod Etika Keguruan
Malaysia
Konsep Akauntabiliti
Integriti Guru

Konsep Etika

Etika berpunca daripada perkataan


Greek ethos yang bermaksud
perwatakan atau kepribadian.

Mengikut pengertian Kamus


Dewan(1995), etika bermaksud satu
sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan.

Pengertian dari sudut Islam pula


menyatakan etika adalah akhlak.

Dalam konteks pekerjaan, etika


merujuk kepada tingkah laku baik
sewaktu menjalankan setiap amanah
yang dituntut oleh syarak.

Menurut sarjana barat, J.L. Mackie,


etika sebagai disiplin yang dapat
menerangkan nilai baik dan buruk
sesuatu perbuatan serta menyediakan
garis-garis perbezaan antara kebaikan
dan keburukan seseorang.

Menurut A.R.Licey dan W.L. Reese,


etika dikatakan sebagai kegiatan
aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta
aspek niat dan kecenderungan
seseorang atau masyarakat dalam
melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Mustafa Haji Daud, 1994,


mendefinisikan etika sebagai sains
moral dan prinsip-prinsip moral.

Etika dalam erti lain ialah mematuhi


nilai moral.

Etika merupakan akauntabiliti dan


tingkah laku seseorang melalui
profesionnya terhadap masyarakat.

Menurut INTAN, 1991, etika bermaksud


akauntabiliti dan akibat tingkah laku
seseorang profesion terhadap
masyarakat.

Kualiti dalam perkhidmatan boleh


dilihat dalam pelbagai bentuk dan
cara.

Penjawat awam yang berkualiti akan


perlu memiliki nilai-nilai etika berikut:
Perkhidmatan yang cepat dan bersopansantun
Kebolehpercayaan yang tinggi
Mengutamakan keselesaan dan
keselamatan pengguna
Menepati masa dan keperluan fakta
Pengeluaran barangan mengutamakan
kualiti

Etika yang perlu dilaksanakan oleh


penjawat awam:

Meningkatkan mutu perkhidmatan

Bekerja dengan penuh tanggungjawab

Berusaha mengikiskan sikap mementingkan diri

Bekerja dengan muhibah dan kemesraan

Bekerjasama dalam membanteraskan kelemahan


dan musuh negara

Berpegang teguh kepada agama

Etika kerja adalah nilai-nilai penting


yang perlu dilaksanakan dalam
sesebuah organisasi.

Menurut KPM, etika kerja perguruan


yang diwujudkan oleh kerajaan akan
dapat martabat profesion perguruan.

Menerusi kod etika, guru dapat


meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara rasmi.

Dari sudut pandangan ahli falsafah


pula, etika merujuk kepada pengajian
moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.

Etika boleh disimpulkan sebagai


prinsip-prinsip tingkah laku yang
berakauntabiliti, dimana ia
menentukan tindakan individu yang
boleh diterima dari segi moral.

Kod
Etika Profesion

Etika profesion merujuk kepada

etika dalam sesuatu profesion


dan bidang yang profesional.
Profesional ini boleh ditakrifkan

dengan keupayaan dan kecekapan


dalam melaksanakan sesuatu
akauntabiliti berdasarkan kepada
ilmu dan latihan serta kepakaran.

Etika profesion ditafsirkan sebagai

satu panduan dan tatacara yang


menentukan kualiti moral, bidang
tugas dan nilai.
Ia bertujuan meningkatkan tahap

kualiti, produktiviti dan disiplin dalam


perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan

Kod etika profesion merupakan

peraturan untuk membantu


para guru yang profesional
mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub.
Bertujuan memastikan para

guru tidak melakukan sesuatu


yang tidak diingini serta

Tiga aspek yang merupakan fungsi utama

Kod Etika Profesion:


Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam

profesion mengenai prinsip profesionalisme


yang dirangkakan.
Merupakan kawalan sosial untuk masyarakat

atas profesion yang berkaitan.


Membantu para profesional mencegah campur

tangan pihak luar organisasi tentang hubungan


etika dalam keanggotaan profesion.

Kod Etika
Keguruan
Malaysia

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa


tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pementukan warganegara yang
berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke
arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat


dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka,
memperolah pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman-berzaman dan
menyediakan mereka untuk cabaran
pada masa depan.

Dengan menyedari betapa besarnya


tanggungjawab membimbing anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuhnya,
maka dengan ini kamu menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk
kami menyempurnakan profesion kami ke
taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

Kepentingan kod etika perguruan:

Garis

panduan dirujuk dan diamalkan oleh

guru ( tingkah laku guru)


Membantu

guru lebih memahami tentang

tanggungjawab mereka

Kandungan Kod Etika Perguruan Malaysia


berbeza dengan negara lain, membantu
guru menilai dan melihat keunikan etika
yang diamalkan

Kecemerlangan profesion boleh dilihat


menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan

Tanggungjawab

terhadap murid-murid

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.

Bersikap adil kepada semua murid

Merahsiakan maklumat ikhtisas mengenai murid


kecuali pada mereka yang berhak mengetahui.

Membimbing dan mengajar murid dalam kelas tanpa


bayaran.

Menunjukkan teladan yang baik

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas


supaya pengajaran kita mencapai mutu.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa:

Menghormati hak utama ibubapa terhadap


anak-anak mereka

Menwujudkan hubungan mesra dan kerjasama

Menganggap semua maklumat yang diberi oleh


ibubapa sebagai sulit

Memberi maklumat kepada ibubapa demi


kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diberi oleh
ibubapa dengan teliti

Mengelakkan diri daripada menggunakan


atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa

Tanggungjawab terhadap masyarakat


dan negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan


sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan murid, atau bertentangan dengan
Rukun Negara.

Memupuk dan membimbing murid untuk


menjadi warganegara yang bertanggungjawab
dan menghormati pelbagai agama dan
budaya.

Menghormati masyarakat dan mengambil


bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.

Mengalakkan kerjasama dan


persefahaman antara guru dengan
ibubapa.

Memberikan sumbangan cergas untuk


meninggikan kehidupan moral

Berpegang kepada tingkah laku yang

Tanggungjawab terhadap rakan


sejawat:

Mengelakkan diri daripada membuat ulasan


yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang.

Tidak terlibat dalam sebarang kegiatan yang


akan menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan


tanggungjawab .

Bersedia membantu mereka yang baru


atau pun mempunyai masalah.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak


mencemarkan nama baik profesion
keguruan

Prinsip-prinsip yang dipatuhi untuk


menjayakan Etika Keguruan:

Niat yang betul

Kelakuan yang baik

Pengerak ke arah kebaikan

Memperkotakan apa yang dikatakan

Berdisiplin dan beradab

Menghargai dan bertanggungjawab hasil


usaha organisasi

Nilai-nilai guru:

Taat setia

Amanah, bersih, jujur

Berakauntabiliti

Berkecuali

Adil dan saksama

Prestasi yang cemerlang

Ketepatan masa

Perkhidmatan ramah mesra

Bersikap positif, responsif, berdaya cipta dan enterprising

Secara

keseluruhannya Kod Etika

Perguruan memerlukan guru


bertindak atas pengetahuan dan
kemahiran mereka sebagai penjawat
awam yang profesional. Antaranya
seperti berikut:

a)Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa


sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya
dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.
b)Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa
yang oleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
c)Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur.

d)Tanggungjawab utama guru ialah terhadap


muridnya.Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,
persatuan atau persendirian.
e)Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi
pengajaran kepada setiap muridnya tidak kira bangsa
dan agama atau kepercayaan.
f) Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa'
dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah
matlamat yang diterima oleh masyarakat.

g)Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan


secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa,
agama, tempat asal, keturunan dan lain-lain.
h)Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan
individu di kalangan muridnya dan membimbing
mereka memperkembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
i)Guru harus menghormati hak setiap murid supaya
maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu
kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

j)Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap


muridnya begitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
k) Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang
boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
l)Guru haruslah menanamkan sikap yang baik
terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat
setia dan berguna.

m)Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat


sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan
diri murid dan ibu bapa terhadapnya.
n)Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa
supaya menjadi 'role model' kepada muridnya
o)Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran
daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran
yang disahkan.

p)Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk


kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
q)Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan,
keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
r)Guru tidaklah harus meminta atau menerima
hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas profesionalnya.

s)Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik


guru lain.
t)Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja
(iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan
pekerjaan.
u)Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya
dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion
perguruan

KONSEP
AKAUNTABILITI
KEGURUAN

Kamus Dewan, 2007 : Sifat bertanggungjawab


kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan dan sebagainya serta
bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi
yang diperlukan.

Tanggungjawab yang harus difahami dan


dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap
profesionalisme keguruan

Akauntabiliti keguruan termasuk: pelajar, diri


guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan
negara, rakan sejawat dan profesion keguruan.

Perbezaan Akauntabiliti
Dengan Tanggungjawab

Memberi makna yang sama tetapi membawa


maksud yang berbeza.

Bertanggungjawab terhadap sesuatu tetapi tidak


perlu akauntabiliti terhadapnya.

Cth: Seseorang bertanggungjawab terhadap


anak-anak sebagai ibu bapa. Namun begitu, jika
dia tidak berupaya menghantar mereka ke luar
negara untuk bercuti, seseorang itu tidak perlu
justifikasi terhadap kegagalannya.

Akauntabiliti Terhadap Pelajar

Mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang


dalam akademik di samping membentuk
potensi mereka secara menyeluruh.

Mendidik pelajar ke tahap moral yang tinggi


agar menjadi warganegara yang baik dan
berguna.

Menggunakan amalan-amalan pengajaran


dan memilih bahan untuk semua pelajar.

Mewujudkan persekitaran bilik darjah


yang kondusif, selamat dan suasana
sosioemosi yang sesuai.

Memberikan penjelasan jika


pencapaian akademik pelajar merosot.

Mengutamakan kebajikan dan


keselamatan murid

Bersikap adil terhadap setiap murid


tanpa mengira faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi sosial, keturunan
atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau


sulit mengenai murid kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.

Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri

Berpengetahuan luas dan berketerampilan


dalam bidang mata pelajaran.

Sentiasa mengemaskini diri tentang


perkembangan baharu.

Menguasai pengetahuan tentang psikologi


kanak-kanak, perbezaan individu dan
pedagogi

Mempunyai komitmen terhadap tugas,


bersikap positif, melaksanakan tugas secara
adil serta memberikan peluang pembelajaran
yang sama kepada semua pelajar.

Menampilkan diri sebagai rol model yang


mempunyai perwatakan mulia, warga negara
yang patriotik dan mempunyai daya tahan
yang tinggi.

Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa

Mewujudkan perhubungan yang erat


dengan ibu bapa supaya mendapat
sokongan ibu bapa.

Meraih kepercayaan daripada ibu bapa


supaya ibu bapa akan berbincang
masalah secara bertanggungjawab dan
telus.

Mengelakkan diri daripada


mengeluarkan kata-kata atau sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan
murid terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.

Akauntabiliti Terhadap Masyarakat


Dan Negara

Memenuhi hasrat negara sebagai rakyat


Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Melaksanakan tugas sebaik mungkin demi


mencapai cita-cita dan aspirasi dalam FPK.

Peka terhadap persekitaran komuniti dan


menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsurunsur negatif

Bersikap positif untuk meningkatkan martabat


profesion keguruan dalam khalayak
masyarakat.

Mengemaskini diri demi membawa perubahan


kepada pelajar dan melahirkan generasi masa
depan yang dinamik dan proaktif sejajar
dengan FPK dan Wawasan 2020.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap


pelajar supaya dapat membimbing dan
membentuk mereka menjadi warganegara
yang baik

Menghormati masyarakat di tempat guru


berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat.

Menyesuaikan diri serta mengamalkan


sikap kesopanan semasa melibatkan diri
dalam aktiviti sosial dalam komuniti.

Akauntabiliti Terhadap Rakan


Sejawat Dan Profesion Keguruan

Menjalin hubungan baik sesama rakan sejawat


serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam
profesion yang disandang.

Bekerjasama sesama rakan sejawat demi


menjaga imej profesion.

Bersedia membantu rakan sejawat yang baharu


dalam profesion.

Meningkatkan profesionalisme diri dengan


melalui pelbagai strategi.

Menggunakan bantuan teknologi dalam


pembelajaran, akses kendiri dan cara
pengolahan penulisan hasil daripada
pembacaan input-input secara maya.

Mengambil kesempatan menggunakan


sepenuhnya kemudahan di pusat kegiatan
guru, pusat sumber dan perpustakaan
setempat bagi meningkatkan kualiti pengajaran
dan memartabatkan profesion keguruan.

Integriti Guru

Bermaksud wholeness atau completeness,


iaitu kesempurnaan.

Nillsen, 2004: soundness of moral principle


merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran.

Institut Integriti Malaysia (2004): kualiti unggul


yang wujud secara keseluruhan dan padu
kepada individu dan organisasi.

Integriti berlandaskan etika dan pencerminan


etika dalam tindakan sehari-hari.

Integriti guru sebagai penjawat awam


membawa makna bahawa guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan.

Guru perlu mengamalkan dan menghayati


Kod Etika Profesion dan piagam pelanggan
demi mewujudkan budaya kerja organisasi
yang bersistem.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan


tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keprihatinan kepada pelajar.

Dari segi P&P, guru perlu bertanggungjawab


dan mempunyai kewajipan untuk memberi
yang terbaik kepada pelajar.

Pengajaran yang baik tidak semestinya


bergantung kepada teknik sahaja tetapi
pengajaran yang baik ialah hasil daripada
identiti dan integriti seseorang guru.

Guru yang baik berkongsi satu tret iaitu


meletakkan heart and soul dan passion
dalam tugasnya.

Guru yang efektif mempunyai integriti dan


etika untuk bertanggungjawab atas segala
tugas yang diberi tanpa pilih kasih.

Pelajar yang holistik dari aspek penguasaan


ilmu pengetahuan, sikap proaktif,
mempunyai moraliti tinggi serta mempunyai
imej yang disanjung tinggi akan dapat
dibentuk.

Pelan Integriti Nasional (PIN)

Dilancarkan pada 23 Apr 2004


Selaras dengan cabaran keempat
Wawasan 2020 iaitu : Membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh dan
ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif Yang Diharapkan:


I.

II.

Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai


sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang
bersatu padu, berharmoni, berintegriti,
bermoral dan beretika.
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan
kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti manjadi
budaya masyarakat dan diamalkan dalam
semua bidang

III.

Menggalakkan semangat berakauntabiliti dalam


kalangan anggota masyarakat serta mendorong
perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak
caergas menegakkan integriti.

IV.

Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas


moral masyarakat dan negara dan peningkatan
kesejahteraan hidup anggota masyarakat

V.

Meningkatkan daya saing dan daya tahan


Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad
ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan
lebih berkesan

Sasaran PIN:
1.
2.

3.
4.
5.

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan


dan salahguna kuasa secara berkesan.
Meningkatkan kecekapan dalam sistem
penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi karenah birokrasi.
Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika
perniagaan.
Memantapkan institusi keluarga.
Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat.

Amalan Integriti Yang Perlu Dilaksanakan

Sentiasa memikirkan masa depan


murid

Ada tahap kesabaran yang tinggi

Bersifat pengasih dan penyayang

Pupuk suasana seronok belajar

Beri pengharapan baharu

Bentuk roh dan sahsiah terpuji

Ada kapasiti mengubah murid menjadi baik

Fungsi guru memupuk integriti:


Sebagai pendidik
Sebagai seorang penyumbang motivasi yang

baik
Sebagai seorang jurulatih yang baik
Sebagai pendakwah yang baik

SEKIAN,
TERIMA
KASIH!

HOO YEE MIN


LIM XIU YEE
TOH CHENG FAN
WONG SOOK LIAN

Anda mungkin juga menyukai