Anda di halaman 1dari 2

RBT 3120

BCN 4 YAP FUI YEE

REFLEKSI
Bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun
dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya,
apabila menerima tugasan bidang teknologi pertanian ini, saya berasa begitu
bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia
ada mengenai teknologi pertanian amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran
dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan
tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui buku
dan internet . Di sini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut maklumat yang
berkaitan dengan kerja amali yang bakal dilaksanakan
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan secara
amali iaitu membuat cantuman baji. Pada mula-mulanya, saya berasa risau
untuk menemui pakar dalam kemahiran cantuman baji. Akhirnya, saya dapati
salah seorang pekerja sekolah saya iaitu mak cik Hilah, beliau sanggup memberi
tunjuk ajar tentang cara-cara cantuman baji kepada saya. Apabila saya
menjalani amali, beliau memberikan tunjukan yang begitu jelas, dan beliau sabar
untuk menunggu saya mengikuti cara-cara yang diberi. Saya berterima kasih
kepada Mak Cik Hilah.
Terdapat juga kekangan dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti
pembahagian masa yang tidak teratur disebabkan oleh terdapat banyak kerja
kursus lain yang perlu disiapkan pada masa yang sama. Penambahbaikan yang
perlu saya lakukan agar masalah yang sama tidak berulang pada masa hadapan
ialah saya perlu membahagikan masa dengan lebih baik agar proses penyiapan
tugasan ini dapat berjalan dengan lancar.
Namun dengan usaha gigih yang di lakukan, banyak ilmu yang saya
perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup di sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini

RBT 3120
BCN 4 YAP FUI YEE

akan dapat membantu saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya
diberi peluang untuk mengajar subjek ini.
Akhirnya, saya juga berterima kasih kepada Encik Amran, beliau
memberikan maklumat tentang kerja kursus ini kepada kami.

Anda mungkin juga menyukai