Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Umum mengetahui harga minyak adalah mengikut kadar pasaran semasa dan
mengikut keluaran yang dapat menampung kehendak pengguna minyak sedunia. Ratarata dunia merujuk harga minyak mentah sebagai panduan nilai naik turun harga minyak
dalam Dolar Amerika. Ada beberapa faktor yang dikatakan menjadi pencetus utama
kepada kenaikan harga minyak dunia semenjak kebelakangan ini. Antara faktor tersebut
membabitkan kegagalan mekanisma pasaran minyak dunia untuk memenuhi permintaan
ke atas komoditi bakar itu semakin meningkat. Secara ringkas, harga minyak mentah di
pasaran dunia ditentukan melalui mekanisma yang bertunjangkan konsep permintaan

serta penawaran di antara pengeluar serta pengguna menerusi sistem ini, harga akan
menjadi murah jika jumlah penawaran oleh pengeluar melebihi jumlah permintaan di
kalangan pengguna. Akan tetapi, keadaan menjadi sebaliknya jika terdapat lebihan dari
segi permintaan jika dibandingkan dengan jumlah pengeluaran. Kenaikan harga minyak
dunia menyebabkan harga bahan bakar mentah (BBM) di dalam negera meningkat.
Kerajaan melakukan subsidi untuk menyesuaikan harga bahan bakar mentah (BBM)
tetapi subsidi BBM ini telah mula dikurangkan. Secara nyata pengurangan subsidi ini
adalah ketika dinaikkan harga BBM. Dengan berkurangnya subsidi itu, harga BBM
menjadi semakin tinggi. Keadaan ini menyebabkan kerajaan Malaysia memantau harga
minyak mengikut harga pasaran semasa. Di kawasan-kawasan terpencil ketika krisis ini
memuncak kesan kenaikan harga BBM terutama diesel lebih teruk. Pengolahan minyak
bumi yang berpusat menyebabkan masyarakat di kawasan tersebut mengalami kesulitan
mendapatkan bekalan BBM
Keadaan ini sungguh menarik perhatian, lebih-lebih lagi kebergantungan
Malaysia terhadap bahan bakar fosil sangat besar. Hal ini terjadi daripada aktiviti
masyarakat seharian yang tidak lepas dari penggunaan bahan bakar seperti
pengangkutan. Keadaan ini nyata sukar ditangani memandangkan dunia kini belum
pulih daripada krisis bekalan makanan yang turut melanda sejak kebelakangan ini.
Justeru bukanlah suatu perkara yang menghairankan jika fenomena kenaikan harga
minyak kini turut mendorong kebimbangan di kalangan rakyat di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat serta negara-negara Eropah, yang rata-ratanya tidak
mengenakan subsidi ke atas bahan bakar tersebut.

Ini bermakna jika diteruskan

penggunaan dan tidak lagi menjumpai cadangan minyak baru atau penemuan teknologi
baru untuk meningkatkan pemulihan minyak bumi, diramalkan minyak bumi di
Malaysia akan habis dalam masa 22 tahun akan datang.
Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan diluar
kawalan Malaysia.

Organization Of The Petroleum Experting Country (OPEC)

memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan
mempengaruhi harga pasaran minyak.

Biotenaga (biodiesel) adalah bahan bakar alternatif terbaru yang berpotensi untuk
dikembangkan tidak hanya kerana harga minyak bumi dunia melonjak naik seperti
sekarang ini, tetapi juga kerana terhadnya penghasilan minyak bumi Malaysia. Lebihlebih lagi dengan keadaan sumber tenaga Malaysia ketika ini yang semakin mendesak
untuk segera dilaksanakan pengembangannya.
Adanya tenaga fosil yang diramalkan tidak akan bertahan lama lagi dan
diperlukan penyelesaian yang tepat iaitu mencari sumber tenaga alternatif disamping
dapat mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar.

Sekarang terdapat

beberapa jenis tenaga pengganti minyak bumi yang ditawarkan antaranya ialah tenaga
bateri (fuel cell), panas bumi (geothermal), tenaga ombak (ocean power), tenaga
matahari (solar power), tenaga angin (wind power), arang batu, nukleur, gas campuran
bio fuel. Di antara tenaga-tenaga alternatif tersebut, biotenaga (biodiesel) adalah sesuai
untuk mengatasi masalah tenaga kerana beberapa kelebihan.
Kelebihan tenaga biotenaga, selain boleh diperbaharui adalah bersifat mesra
alam, boleh diuraikan, mampu mengurangkan kesan rumah hijau, bekalan bahan mentah
yang terjamin. Biodiesel adalah biotenaga bahan bakar tumbuh-tumbuhan yang dibuat
dari minyak tumbuhan samaada minyak baru mahupun minyak masak yang telah
digunakan melalui proses transesterifikasi. Biodiesel digunakan sebagai bahan bakar
alternatif pengganti BBM untuk motor enjin diesel. Biodiesel dapat diaplikasikan baik
dalam bentuk 100% (B100) atau campuran minyak petrol pada tahap kepekatan tertentu
(BXX) seperti 10% biodiesel dicampur dengan 90% petrol (B10)

1.2 Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan samaada minyak masak terpakai (used
cooking oil) dapat menghasilkan biodiesel yang mampu menggantikan bahan bakar
petrokimia (diesel) di mana semakin lama bekalan diesel ini akan habis digunakan.
Menentukan samaada penggunaan biodiesel ini memerlukan pengubahsuaian dalam
enjin diesel dan adakah ia sesuai untuk digunakan, selain mampu mengelakkan dan
mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui 5 jenis bahan pencemar udara yang
utama di Malaysia.

1.3 Objektif kajian

Produk biodiesel merupakan salah satu produk alternatif yang mesra alam dan
dihasilkan bagi menggantikan sumber bahan bakar diesel yang sedia ada bagi suatu
sistem pembakaran. Di samping itu, dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang
berlaku kini. Objektif yang ingin dicapai dalam projek ini adalah :
1. Untuk menghasilkan biodiesel daripada minyak masak terpakai (waste cooking
oil WCO)
2. Untuk menguji sifat biodiesel hasil dari minyak masak terpakai dari segi pH,
kenyalaan dan ketumpatan minyak dengan membuat perbandingan dengan
minyak diesel.
3. Untuk menguji kebolehgunaan biodiesel yang telah dihasilkan daripada minyak
masak terpakai untuk digunakan dalam enjin sebagai bahan bakar

1.4 Skop Kajian

Bagi menjalankan kajian ini skop kajian kami ambil adalah di kawasan kampung
di sekitar Pekan Parit Baru iaitu di rumah Encik Abdullah bin Mat, Caf Teluk Rhu milik
Puan Masitah binti Hamin yang menjalankan perniagaan kedai makan. Ini memudahkan
bagi mendapatkan bekalan minyak masak terpakai untuk menghasilkan biodiesel.
Seterusnya kajian ini diteruskan dengan menjalankan prosedur-prosedur amali tertentu
untuk penghasilan biodiesel di makmal alam sekitar dan disertakan dengan ujikajiujikaji yang lain di makmal seperti :

Ujikaji nilai pH
Ujikaji ketumpatan
Ujikaji kebolehnyalaan
Ujikaji penggunaan biodiesel dalam enjin diesel

Anda mungkin juga menyukai