Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Transformasi Kurikulum bertitik tolak daripada keputusan Jemaah Menteri Bil 6/2008
yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha
penambahbaikan Sisitem Pendidikan Negara terutamanya di Peringkat Sekolah Rendah perlu
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan mampu memenuhi keperluan dan cabaran
semasa serta akan datang. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan
transformasi kurikulum sekolah rendah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan mengambil kira cabaran abad ke-21, Model
Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
tonggak utama pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk mengetahui ( learning to know),
belajar untuk bertindak ( learning to do ) , belajar untuk hidup bersama ( learning to live
together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran Matematik Tahun 3
adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan idea
serta kemahiran Matematik secara lebih efektif dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
Dalam pembelajaran Matematik terdapat dua jenis pengiraan yang digunapakai iaitu
Algoritma Pengiraan Standard dan Pengiraan Mental. Teknik pengiraan mental atau congak
merupakan komponen penting dalam Matematik. Pengiraan mental memerlukan kefahaman
mendalam tentang nombor, penguasaan fakta asas, celik nombor dan berkeupayaan untuk
menaakul. Pengiraan Mental adalah satu proses untuk mendapatkan jawapan tepat dengan
hanya berfikir tanpa menggunakan pensil, kertas atau bantuan alat mengira yang lain.
Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid
menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan
rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan
algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya
1

seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas
matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan
rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah
rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).
Algoritma pengiraan standard adalah merupakan satu kaedah atau langkah pengiraan
yang digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah di dalam setiap operasi yang terlibat.
Algoritma pengiraan standard ini juga lazimnya dikenali sebagi pengiraan dalam bentuk
lazim.

2.0 ALGORITMA PENGIRAAN STANDARD BAGI NOMBOR BULAT UNTUK


TAHUN 3
Dalam pengajaran Matematik, pelbagai teknik dan kaedah digunakan untuk
memudahkan murid-murid memahami dengan lebih mudah terhadap topik yang
diajarkan. Pelbagai cara penulisan algoritma standard digunakan untuk memudahkan
proses pemahaman murid.
2.1 Algoritma Pengiraan Standard untuk Operasi Tambah
Bagi pengiraan algoritma standard yang menggunakan operasi tambah, contoh
pengiraan boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam soalan berikut:
Contoh Soalan
Encik Ismail mengutip 3 501 biji cili merah pada hari Sabtu dan 3 478 biji cili merah
pada hari Ahad. Berapa bijikah cili merah yang dikutip pada kedua-dua hari itu?
Untuk melaksanakan pengiraan bagi soalan di atas,

contoh algoritma pengiraan

standard adalah seperti yang ditunjukkan di bawah;

Algoritma 1
2

3
3
6

5
4
9

0
7
7

1
8
9

Pengiraan algoritma standard seperti ini sering digunakan untuk operasi tambah dan
ianya juga sering dikenali sebagai pengiraan bentuk lazim . Guru lazimnya akan
bertanya kepada murid-murid tentang maksud pengiraan ini. Sebagai contoh, untuk
menambah 3 501 + 3 478, guru lazimnya akan mencerakinkan nombor tersebut
mengikut nilai tempat.

3 501 = (3000) + (500) + (00) + 1


3 478 = (3000) + (400) + (70) + 8
Kemudian, murid-murid akan menambah setiap nilai mengikut tempat dan
kemudiannya mendapat jawapan seprti yang ditunjukkan;
(3000 + 3000) + (500 + 400) + (00 + 70) + (1+8) = 6000 + 900 + 70 + 9 = 6979
Oleh itu, jawapan yang diperolehi adalah 6 979. Cara dan kaedah yang sama juga
boleh digunakan untuk operasi tolak. Apa yang penting dalam kaedah atau teknik ini,
murid-murid memahami pola atau cara untuk menambah menggunakan teknik
pengiraan algoritma standard ini. Apabila murid-murid telah menguasai corak atau
cara pengiraan, mereka boleh beralih kepada pengiraan yang melibatkan operasi
tolak.

2.2 Algoritma Pengiraan Standard untuk Operasi Tolak

Bagi pengiraan Standard untuk Operasi Tolak, contoh pengiraan boleh dilihat seperti
yang ditunjukkan dalam soalan yang berikut:
Contoh Soalan
Puan Ling mempunyai 7 899 ketul bata. Dia menggunakan 6 487 ketul bata untuk
membina kolam. Berapakah bilangan bata yang tinggal?

Untuk menjawab soalan ini, contoh pengiraan algoritma standard seperti yang
ditunjukkan di bawah boleh digunakan;
Algoritma 2

7
6
1

8
4
4

9
8
1

9
7
2

Cara pengiraan juga adalah sama seperti operasi tambah di mana nombor akan
dikembangkan mengikut nilai tempat seperti yang ditunjukkan dalam contoh di
bawah;
7 899 = (7000) + (800) + (90) + (9)
6 487 = (6000) + (400) + (80) +(7)
Selepas itu murid akan menolak nombor mengikut nilai tempat seperti yang berikut;
(7000 6000 ) +(800 400) + (90 80 ) +( 9 7 ) = 1000 +400 + 10 + 2 = 1 412
Cara dan kaedah masih sama seperti operasi tambah cuma yang berbeza adalah
nombor ditolak mengikut nilai tempat seperti yang ditunjukkan di atas.

2.3 Algoritma Pengiraan Standard untuk Operasi Darab

Bagi algoritma pengiraan standard yang melibatkan operasi darab, guru perlu
memulakan dengan mengajar pengiran yang melibatkan operasi darab yang tidak
melibatkan pengumpulan semula. Ini adalah untuk memudahkan murid menguasai
pengiraan darab itu terlebih dahulu, sebelum memberikan mereka pengiraan yang
lebik kompleks. Contoh algoritma pengiraan standard bagi operasi darab adalah
ditunjukkan seperti yang berikut;
Contoh Soalan
Di dalam sebuah bilik bacaan terdapat 3 rak buku. Setiap rak buku mempunyai 73
buah buku. Berapakah jumlah buku di bilik bacaan tersebut?

Untuk membuat pengiraan, algoritma pengiraan standard seperti di bawah boleh


digunakan;
Algoritma 3

7
X
2

3
3
9

Semasa melakukan pengiraan algoritma ini, guru perlu menunjukkan kepada murid
bahawa pendaraban adalah penambahan berulang seperti contoh yang berikut;
73 X 3 = ( 73 + 73 + 73 )
Guru perlu menekankan kepada murid-murid tentang kepentingan menambah
mengikut nilai tempat agar tidak berlaku salah kiraan atau sebagainya.

2.4 Algoritma Pengiraan Standard untuk Operasi Bahagi

Pengiraan algoritma standard bagi operasi bahagi juga lebih kurang sama seperti
pengiraan algoritma untuk operasi darab. Lazimnya, cara mengira untuk operasi
bahagi adalah lebih panjang. Contoh pengiraan boleh dilihat seperti yang di bawah;
Contoh Soalan
Tina mempunyai 64 naskhah majalah lama. Dia ingin memasukkan majalah itu sama
banyak ke dalam 8 kotak sebelum dihantar ke pusat kitar semula. Berapa naskhahkah
majalah yang perlu dimasukkannya ke dalam setiap kotak?
Untuk membuat pengiraan. Algoritma seperti di bawah boleh digunakan;

Algoritma 4
8
86 4
6 4
1

Seperti pengiraan algoritma untuk operasi bahagi yang lazim, pengiraan dibuat
daripada kiri ke kanan. Anak panah juga digunakan untuk memudahkan murid agar mereka
tidak keliru semasa membuat pengiraan.

3.0 ALGORITMA ALTERNATIF


6

Selain daripada pengiraan algoritma standard yang sering digunakan di atas, algoritma
alternatif juga boleh digunakan dalam pengiraan untuk setiap operasi tambah, tolak , darab
dan bahagi. Guru tidak hanya bergantung kepada satu cara pengiraan algoritma sahaja, malah
mereka perlu kreatif dalam mencari algoritma alternatif yang lain untuk mengukuhkan lagi
kefahaman murid dan mengurangkan kesilapan semasa melakukan pengiraan.
Berikut ditunjukkan dua algoritma alternatif yang boleh digunakan untuk operasi
tambah dan darab.

Contoh Soalan
Encik Ismail mengutip 3 501 biji cili merah pada hari Sabtu dan 3 478 biji cili merah pada
hari Ahad. Berapa bijikah cili merah yang dikutip pada kedua-dua hari itu?
Selain daripada algoritma pengiraan yang ditunjukkan sebelum ini, berikut ditunjukkan
algoritma alternatif lain yang juga boleh digunakan oleh guru untuk memudahkan proses
pengiraan.
Algoritma 5

3
3

5
4

0
7

6
6

9
0
9

7
0
0
7

1
8
9
0
0
0
9

Contoh pengiraan algoritma alternatif ini lebih mudah kerana murid-murid terus
menambah mengikut nilai tempat. Melalui pengiraan algoritma ini juga. Murid-murid
boleh melihat terus jawapan dan kesilapan semasa mengira dapat diminimakan.
Satu lagi contoh pengiraan algoritma alternatif akan diberikan, kali ini operasi darab
digunakan dengan menggunakan soalan yang sama seperti algoritma pengiraan untuk
operasi darab yang digunakan di atas.
7

Contoh Soalan
Di dalam sebuah bilik bacaan terdapat 3 rak buku. Setiap rak buku mempunyai 73
buah buku. Berapakah jumlah buku di bilik bacaan tersebut?

Untuk soalan ini, algoritma alternatif lain yang boleh digunakan ditunjukkan seperti di
bawah;
Algoritma 6

7
X
+
2
2

1
1

3
3
9
0
9

Algoritma pengiraan bagi operasi darab ini juga didarab mengikut nilai tempat. Ini
bertujuan untuk membudahkan murid melakukan pengiraan juga mengurangkan
kesilapan lazim semasa melakukan pengiraan.

Algoritma alternatif seperti yang ditunjukkan di dalam kedua-dua operasi amat sesuai
digunakan kerana ianya amat mudah diikuti dan dapat meminimakan kesilapan semasa
mengira di kalangan murid-murid.

4.0 KEBAIKAN DAN FAEDAH MENGGUNAKAN ALGORITMA PENGIRAAN


STANDARD.
Proses pengiraan algoritma standard banyak memberikan manfaat dan faedah kepada
guru dan murid. Antara kebaikan yang boleh diperolehi ialah murid-murid boleh melatih otak
mereka untuk membuat penganggaran terlebih dahulu sebelum melakukan proses algoritma.

Selain itu,kesilapan semasa mengira juga dapat diminimakan dan sekaligus dapat
memahami konsep nilai tempat dalam nombor bulat melalui pengiraan algoritma standard
yang ditunjukkan. Oleh kerana, Matematik merupakan ilmu yang terdapat dalam diri manusia
semenjak azali lagi, maka setiap murid mempunyai peluang untuk maju dalam bidang ilmu
Matematik. Justeru, pembinaan keyakinan diri melalui proses pengiraan algoritma standard
sedikit sebanyak boleh membantu murid-murid untuk lebih percaya dan yakin diri. Ini dapat
dilihat apabila murid-murid berjaya melakukan satu proses pengiraan algoritma dengan betul,
mereka lebih bersemangat dan yakin diri untuk melakukan pengiraan yang selanjutnya.
Mulligan dan Mitchelmore (1997) telah menyatakan bahawa strategi pendaraban
nombor bulat yang digunakan oleh murid-murid ialah membilang secara terus, membilang
secara berulang dengan cara yang teratur, membilang secara melangkau, membilang secara
berulang-ulang dan melaksanakan pengiraan algoritma pendaraban.

Kenyataan ini jelas

membuktikan bahawa penggunaan algoritma standard dalam pengiraan banyak membantu


murid dalam memahami dan mempelajari sesuatu topik dalam matematik.
Penulisan algoritma standard juga dapat mengurangkan masalh miskonsepsi di
kalangan murid-murid. Ini kerana , melalui penulisan algoritma standard murid dibimbing
untuk membuat langkah-langkah pengiraan secara sistematik untuk mengurangkan masalah
silap cuai semasa mengira dan miskonsepsi nilai tempat.
Melalui penulisan algoritma juga, guru dapat menganalisis kesilapan murid dan dapat
dijadikan sebagi rujukan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid. Justeru, guru
harus mengkaji ralat dalam langkah pengiran murid untuk mengenal pasti kesilapan yang
sering dilakukan oleh murid. Dengan cara ini, guru dapat membimbing murid untuk
memperbaiki kesilapan tersebut.
Baretta- Lorton (1997), menyatakan bahawa penyelesaian masalah matematik yang
lazimnya memerlukan tahap pemikiran yang tinggi dapat diselesaikan dengan mudah dengan
melaksanakan proses pengiraan.

5.0 KESIMPULAN
Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah harus sentiasa
berubah mengikut suasana persekitaran pembelajaran murid. Guru perlu bertindak sebagai
pemudahcara dan sering melakukan perbincangan dengan murid-murid untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh mereka. Guru juga perlu mengambil kira latar belakang dan
keperluan murid semasa proses pembelajaran.

Isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru Matematik perlu ditangani dengan
baik untuk memastikan generasi yang bakal lahir akan mampu bersaing dengan arus
pemodenan Negara.
Kekuatan dari segi pemantapan penyampaian ilmu Matematik yang lebih abstrak dan
kompleks

itu harus diseimbangkan dengan penyediaan infrastuktur atau prasarana

pendidikan dan sokongan daripada pihak pentadbir sekolah.


Bagi menjamin masa depan Negara, kajian terperinci dan pendekatan yang lebih
berkesan perlu dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran Matematik dari peringkat awal
persekolahan lagi.

6.0 RUJUKAN

Angela Anthonysamy,(1998).Perkembangan pemikiran Matematik Pada Peringkat Awal


Kanak-kanak: satu pendekatan Konstruktivisme: Universiti Malaysia Sarawak.
Carl B. Boyer, (2007). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia Bhd.
10

Chong Liep Kiong et al, (2007). HBMT2203 Teaching of Elementary Mathematics Part 11.
Selangor: Open University Malaysia.
Heah Swee Ching, (1997).Keberkesanan Kaedah Pengiraan Menggunakan Teori Jari dalam
Membantu Pencapaian Aritmetik Kanak-kanak Antara 6 12 Tahun: Universiti Putra
Malaysia.
Marsyaza Hashim, (2012). Kajian Tindakan Matematik 2012: Open University Malaysia.
Noraini Idris, (2005).Pedagogi dalam Pendidikan matematik.Kuala Lumpur:Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Philomina Naomi Bayang, (2009). Penggunaan Kaedah Side-Counting Bagi Membantu
Murid Pemulihan Tahun 3 Menguasai Kemahiran Menambah Melibatkan Pengumpulan
Semula. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pemulihan, 62 77.
Sabri Ahmad & Tengku Zawawi ,(2006). Isu-isu Dalam pendidikan Matematik . Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai