Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI KONSTUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA >> KEPENTINGAN

KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa pengetahuan dibina sendiri secara aktif oleh
individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan
yang disamaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru
dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam
mindanya.

Teori konstruktivisme memberikan impak yang besar terhadap pembelajaran kanakkanak dari zaman-berzaman. Ia melihatkan keupayaan murid-murid untuk berfikir dan
kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah mereka dan orang lain. Teori ini juga
diguna pakai di zaman sekarang iaitu juga di Malaysia. Pada zaman sekarang, teori ini
dilihat diguna pakai oleh majoroti guru untuk mendidik. Jika seseorang guru itu
menggunakan teori ini mengikut peringkat-peringkat yang dikemukakan oleh tokoh teori,
ia amatlah sesuai dengan gaya perkembangan pendidikan zaman sekarang.

Jika kita lihat di peingkat universiti atau mana-mana institusi, konsep konstruktivisme
dijalankan sepenuhnya. Pada mulanya pelajar diberikan maklumat dan tunjuk ajar,
selepas itu mereka hendaklah melakukan tugasan atau kerja-kerja dengan
mengeluarkan idea-idea mereka sendiri. Di Malaysia, banyak institusi yang seratus
peratu mengamalkan konsep konstruktivisme. Sebagai contoh di Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Pengajaran dan pembelajaran masih menggunakan teori konstruktivisme iaitu mengikut


peringkat kemahiran yang dapat dilakukan oleh murid-murid. Sebagai contoh
matapelajaran Sains. Murid-murid didedahkan dengan alam sekitar dan perlu mengkaji
sendiri perubahan atau keadaan di sekeliling mereka. Mereka belajar berdasarkan
pemikiran mereka sendiri dengan mendapat sedikit bantuan dan tunjuk ajar daripada
guru matapelajaran. Penyiasatan dan kajian yang dilakukan akan dapat memberikan
murid-murid kefahaman tentang cara dan sebab kejadian atau sesuatu bentuk kajian
yang dibuat. Contohnya, murid-murid diminta untuk menanam kacang hijau dan
mengkaji bagaiman ia membesar. Murid-murid membuat pemerhatian dari peringkat ke
peringkat untuk melihat bagaimana keadaan kacang hijau membesar dalam keadaan
suhu atau keadaan tempat yang berbeza. Hal ini akan dapat meningkatkan keupayaan
berfikir kanak-kanak dan jelaslah bahawa konsep pengajaran yang berasaskan
konstruktivisme berjaya menjadikan murid-murid sebagai aset kepada kemajuan
pendidikan di Malaysia.

Bagi kanak-kanak yang baru menikmati alam persekolahan, mereka diberikan


pengajaran berasaskan permainan iaitu mereka diajar cara bermain dengan betul. Hal
ini kerana bermain dapat meningkatkan daya pemikiran mereka di mana mereka dapat
berusaha dengan sendiri. Pada ketika ini, kanak-kanak sudah dapat mengadaptasikan
pengajaran berasaskan konstruktivisme yang dilakukan oleh guru mereka. Konsep
adaptasi ini dapat dikaitkan dengan Teori Jean Piaget di mana telah meningkatkan tahap
kematangan kognitif kanka-kanak secara kreatif. Selain itu, contoh konstruktivisme
seperti permainan kumpulan (play group) iaitu mengambil pengalaman daripada aktiviti
permainan secara berkumpulan. Hal ini akan meningkatkan tahap kecerdasan mereka
kerana dapat berkongsi pendapat dengan rakan-rakan. Mereka akan berusaha
bersama-sama. Dengan pelbagai idea yang disumbangkan oleh rakan-rakan mereka,
berkemungkinan idea-idea tersebut dapat dikaitkan dengan ilmu baru untuk mereka.

Selain itu, pendidikan Prasekolah. Prasekolah sekarang lebih menekankan bermain


sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dan
guru mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan
bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.
Oleh sebab itu, guru diamanahkan supaya memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran seterusnya menghidupkan atau melatih
murid-murid berfikir dengan memberikan mereka latihan berkumpulan yang mudah.
Murid-murid perlu diasah bakatnya supaya dapat membiasakan diri mengeluarkan ideaidea yang tepat dan bernas. Oleh itu, mereka tidak akan merasakan ketinggalan dalam
pelajaran.

Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.


Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu
dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk
meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak
dapat mengawal 85 situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka
dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Hal ini
dapat dilihat berdasarkan aktiviti-aktiviti bermain di dalam sukatan pembelajaran
prasekolah di Malaysia. Kanak-kanak prasekolah gemar untuk bermain dan mereka
diajar daripada permainan seperti menyusun puzzle, menyusun blok-blok kayu dan juga
bermain pasir. Mereka perlu dipenuhi segala kemahuan dan juga diajar berdisiplin pada
masa yang sama. Semangat inkuiri kanak-kanak akan menjadi semakin tinggi dan jika
ini berlaku, maka berjaya pengajaran guru tersebut yang menggunakan asas atau
konsep kemahiran konstruktivisme.

Melalui pengajaran ini, ia akan meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak


dengan aktiviti bersosial. Hal ini ada disebut oleh tokoh kognitif iaitu Lev Vygotsky yang
menekankan kognitif murid dipengaruhi oleh sosial kendiri mereka. Kanak-kanak yang
diajar untuk berinteraksi di dalam sesebuah kumpulan akan dapat menguasai pelbagai
kemahiran belajar dan mereka akan dapat menjayakan pengajaran guru pada masa itu.
Ini juga ada disebut dalam teori Jean Piaget di mana setiap individu cenderung untuk
memahami persekitaran mereka dan proses ini dikenali sebagai proses mencapai
keseimbangan atau semangat ingin tahu dan mencuba dalam diri mereka tinggi. Setiap
kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalamanpengalaman tersebut dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema.
Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi.

Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar di kalangan guru dan pengajar di Malaysia
juga semakin meluas. Ramai tenaga pengajar masa kini juga lebih suka memilih untuk
menggunakan kemudahan teknologi berbanding pengajaran secara konvensional.
Pendidikan atau pengajaran ini juga disertakan ke dalam standard pembelajaran terbaru
iaitu KSSR di mana dunia Sains dan Teknologi menjadi kepentingan kepada muridmurid. Hal ini akan dapat menguatkan lagi interaksi guru dan murid dan mereka akan
belajar daripada sekeliling mereka iaitu teknologi. Murid-murid juga dapat bergerak aktif
bertanya dan menjawab soalan dan permasalahan yang mereka sendiri hadapi.
Pengajaran ini bertepatan dengan teori Vygotsky di mana menekankan perkembangan
kognitif kanak-kanak melalui persekitaran dan sosial. Melalui penggunaan teknologi ini,
kanak-kanak akan berkeupayaan untuk belajar sendiri tanpa bantuan guru.

Selain itu, pengajaran konstruktivisme juga dikenali juga sebagai pengajaran yang
berpusatkan murid. Pengajaran ini lebih banyak melibatkan murid dan lebih banyak
meggalakkan penglibatan yang menyeluruh daripada mereka. Pengajaran guru seharian
perlulah bijak untuk mengawal setiap pergerakan murid. Antara contoh lain pengajaran
berkonsepkan konstruktivisme ialah guru membentuk beberapa kumpulan di dalam
kumpulan dan memberikan mereka sedikit aktiviti untuk mereka lalui dan menggunakan
pemikiran bijak mereka sendiri. Contohnya semasa melakukan eksperimen di dalam
makmal Sains, mereka dibahagikan kumpulan untuk membuat pemerhatian dan kajian.
Mereka akan sama-sama mengolah kemungkinan berdasarkan prosedur pemikiran
mereka.

Pengajaran yang berpusatkan murid ini adalah satu pendekatan yang amat bijak bagi
mencungkil bakat-bakat muda yang dicari. Dalam pendidikan di Malaysia sekarang,
pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada
intelek sahaja. Sebagai contoh, murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan

digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang
untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.

Usaha untuk mencari makna dan sebab bersifat semula jadi. Ia semulajadi dimiliki oleh
setiap individu, terserah kepada individu tersebut untuk mencubanya atau tidak.
Pengajaran konstruktisme menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah
personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman
uniknya. Hal ini jelas sekali menggambarkan bahawa betapa pentingnya pengalaman
sedia ada untuk digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Pengalaman sedia ada ini
jelas sekali boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep
konstruktivisme akan berlaku pada masa itu.

Lebih-lebih lagi, usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran
konstruktivisme menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema
global. Pengajaran berasaskan konstruk ini adaah mengikut gaya pengajaran terkini
iaitu pada zaman yang serba maju dan global. Corak keadaan memainkan peranan
penting dalam pembelajaran konstruktivisme murid-murid. Mereka dapat berfikir tentang
isu-isu semasa ketika sedang belajar. Perkaitan antara isu semasa dengan
pembelajaran mereka sememangnya adalah perkara yang positif yang perlu dilakukan
oleh semua guru-guru, bergantung kepada sukatan pengajaran semasa. Emosi adalah
kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian
bertulis. Sebagai contoh cerita kanak-kanak. Guru boleh membuat alat bantu untuk
memberikan kefahaman kepada murid-murid, seperti pentas boneka. Murid-murid
sendiri memainkan cerita dengan menggerakkan patung boneka berdasarkan cerita
yang mereka pelajari. Hal ini secara tidak langsung telah menggerakkan seluruh fisiologi
murid-murid. Bukan sahaja bergantung kepada maklumat dan pengajaran guru dan juga
bukan sahaja intelek yang memainkan peranan. Konsep konstruktivisme secara sosial
ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky di man beliau menekankan penampilan
individu kanak-kanak atau murid-murid untuk berani tampil semasa proses
pembelajaran berlaku.

Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang


menghadapi masalah mempelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan
diabaikan. Oleh itu, pembelajaran melibatkan perhatian secara berfokus dan persepsi
keliling perlu diamalkan dan diaplikasikan ke dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini
kerana, pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim. Pengajaran
konstruktivisme juga mengambil kira faktor cuaca. Keadaan yang kurang

memberansangkan pemikiran kanak-kanak ialah biasanya pada waktu petang. Waktu


tersebut mereka sudah mula mengantuk dan berkeinginan untuk bermain, bukan untuk
belajar. Oleh itu, konstruktivisme ini perlu diambil kira masa pengajaran dan guru perlu
memilih masa yang sesuai untuk mengajar.

Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk
memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya. Pelajar berasa seronok dan khusyuk
dengan memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa melakukan proses konstruk
dalam pelajaran seharian mereka. Perjalanan masa pengajaran yang dilakukan oleh
guru berdasarkan konsep konstruk ini amatlah melekakan murid dan biasanya
memerlukan masa yang lebih panjang. Ada sesetengah guru yang tidak menjadikan
masa sebagai alasan. Mereka hanya menggunakan masa yang pendek sahaja, tetapi
pengajaran konstruktivisme mereka terhadap murid berkesan.

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan
sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan
pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran
berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid. Hal ini akan membantut
pembelajaran konstruktivisme pelajar. Jika ramai yang akan menerima kelebihan dan
faedah daripada konsep pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme ini, tidak perlulah
kita sengaja membantutkan perjalanannya. Hal ini tidak akan dapat mencapai objektif
pendidikan di negara di mana konstruktivisme dilihat satu konsep pengajaran yang amat
mudah bagi guru dan memerlukan strategi untuk menggerakkan murid-murid di dalam
bilik darjah.

Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan
dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif. Hal ini
kerana eksperimen melibatkan persekitaran dan benda maujud di sekiling mereka.
Maka, mereka akan senang untuk belajar dan membuat rujukan dalam mengolah
beberapa idea bernas.

Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik
darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar. Setiap otak adalah unik.
Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan
masing-masing. Pengajaran konstruktivisme mempunyai pelbagai gaya pengajaran
bergantung kepada tahap kreativiti seseorang guru mengajar. Guru yang kreatif tidak
perlu menggunakan dayanya dengan banyak. Konsep ini yang menekankan penglibatan
murid, perlu difikirkan dan dipilih terlebih dahulu aktiviti atau kandungan pengajaran. Hal

ini supaya murid-murid lebih bersedia walaupun berhadapan dengan sebarang


kemungkinan.

Anda mungkin juga menyukai