Anda di halaman 1dari 1

PETIKAN

IPOH, 22 Mac Karnival 10 000 Langkah Sehari telah diadakan dengan meriahnya di
Dataran Ipoh. Tujuan karnival itu adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas,
sejahtera dan bebas daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa berjalan kaki
sebanyak 10 000 langkah pada kadar kelajuan sederhana dapat membakar sehingga 500
kalori.
Encik Bohari bin Jamaludin, Penyelaras Karnival 10 000 Langkah Sehari berasa
sungguh gembira dan teruja melihat kesungguhan para peserta. Mereka sanggup beratur
walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mendaftarkan nama. Kesabaran para
peserta membuktikan kesungguhan mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Semua peserta hadir dengan kemeja-T putih dan seluar trek panjang dengan warna
gelap. Kod pakaian itu sesuai dengan kehendak penganjur dan indah dipandang mata.
Cara mudah untuk mencapai 10 000 langkah sehari adalah dengan berjalan dalam
setiap aktiviti harian. Misalnya, menggantikan penggunaan lif dengan penggunaan tangga.
Berjalan ke kedai atau ke tempat kerja yang dekat juga merupakan satu langkah yang baik.
Penganjuran Karnival 10 000 Langkah Sehari ini mendapat sokongan padu daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia. Karnival itu akan diadakan di 14 lokasi di seluruh negara,
bermula di Ipoh. Demikianlah menurut Encik Bohari bin Jamaludin.

Anda mungkin juga menyukai