Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Program ini dianjurkan oleh Unit Beruniform SK Jambu Rias, Bentong. Perkhemahan ini
terdiri

daripada murid tahun 6 yang melibatkan badan-badan beruniform sekolah

seperti Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah,dan Puteri Islam.


Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Jambu Rias telah mengadakan perkhemahan
ini pada 7 Julai 2012. Seramai 30 orang pelajar terlibat dalam perkhemahan ini.
Sepanjang perkhemahan ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya
lihat terutamanya objektif perkhemahan ini. Pengurusan kendiri yang teratur dan
sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam perkhemahan ini.
Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang
paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai
bermula dari akar umbi.
Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak penganjur mengikut masa yang ditetapkan
menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan
yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid dan guru-guru
untuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat
dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah kawad kaki , jalan
berhalangan , pertandingan memasak , ikatan dan balutan serta kraftangan
Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman
dan pakar dalam dalam setiap aktiviti yang disusun.
Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang
dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian
aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan.

Walau bagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai

kelemahan-

kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut
alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak penganjur tidak
mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang
mana terpaksa dipinjam daripada guru-guru.
Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan
ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerja-kerja menaip bagi
menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan
dalam bilik guru.
Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di
dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk
mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda keesokan hari iaitu pada hari
persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut.
Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan
bagi membantu menyempurnakan sesuatu perkhemahan. Persediaan yang mencukupi
samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh
pihak penganjur.
Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru
bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan
kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti.
Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau
penganjur perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu
guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu,
peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti
ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu disediakan
lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung.

Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca
atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan
bersemangat buat para peserta.

Anda mungkin juga menyukai