Anda di halaman 1dari 1

IBTILA'

Ini adalah ujian terhadap orang baik yang sedang melakukan kebaikan. Ini adalah tanda kasihsayang Allah kepada hambaNya yang taat. Justeru dengan Ibtila hamba itu akan mendapat
pahala dan ditinggikan pula darjatnya di sisi Tuhan. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat
itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah dari Tuhan. Maka dengan
ujian bentuk inilah ada kalangan para Rasul ditingkatkan ke darjat Ulul Azmi yakni mereka yang
paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, Ibtila ialah ujian ke atas orang baik yang sedang melakukan kebaikan. Golongan
para Nabi, siddiqqin, syuhadaq dan solehin adalah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk
Ibtila ini.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai
kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan
penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah : 214)"

Anda mungkin juga menyukai