Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan
sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan
yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah
komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang
pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian
sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang
dikatakan Seni Dalam Pendidikan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni
fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri
murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi
peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya
imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam
Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah
dan jati diri individu.
Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran
secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan
idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam
pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni
dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang
digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh
mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul
dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai
jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.
A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan
Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan.
Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam
Pendidikan ialah :A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata
pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah
rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan

kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Muridmurid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai
kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan
kreativiti mereka dengan bebas.
Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu burung, kanakkanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam
melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh
murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanakkanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini
kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.
A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid.
John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan
kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan
fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang
dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh
diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan,
pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian
masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya
proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima
kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti
rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang
meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan
oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal
dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang
dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

Rajah 1: Model Wholistik


Perkembangan Kanak-kanak
Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani dan sosial
seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah
rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam
pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.
A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat
dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang
dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor
dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih

banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya.


Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat
profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.
B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan
pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan
adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran
murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran
dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih
efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta
melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan. Sebelum muridmurid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan
dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan
ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan,
mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah
dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi
mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau
membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik,
guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem
solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul
itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih
tinggal?
Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan
sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat
juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini
lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid
sendiri.
B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara
yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan

dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna
untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti
yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua
tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu
mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh
mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah
bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan bukan
elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu
menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan
keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat
membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam
hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di
mana guru membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan
itu guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik
penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap
pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru
menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru
juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil
perhatian ialah:- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi
B. ii Peranan Murid
Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri
dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal
atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri
tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka
sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya
menghadapi masalah pembelajaran.
C. Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu
konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik
penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata
pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran
dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami

dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan
dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah: tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada
murid
tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang
mudah kepada yang lebih mencabar.
Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini
disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur,
membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh
dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi
Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang
digunakan ialah tema persekitaran.
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi
Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti
Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan
Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan
di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan
tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan
Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan

kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan
konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan
murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan.
Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan
mereka secara bebas.
C.ii Pengintegrasian Matapelajaran
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik
beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya
terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah
penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana
keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu
pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan
mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini
dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi
pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih
berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai
kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan
penerangan yang lebih bermakna kepada murid.
(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan
daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik,
Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan
sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan
melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa
pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain
yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan
menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan
tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang


(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu
Seni Visual : (a) membuat model kenderaan
(b) mewarna gambar
Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan
(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.
Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan
(Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan
pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian
Tempatan)
Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah
kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan
C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan
seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka
dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang
boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanakkanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang,
masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan
dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani
dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih
meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka
untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.
Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan
mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan
penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan
sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang
boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang
dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat
membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk
pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan

murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.


Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai
pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu
penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan
bersepadu.
C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran
Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang
pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya
dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam
ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh
dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber
pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahanbahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-

Anda mungkin juga menyukai