Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Kepentingan Keselamatan Jalan Raya Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, baiklah. Hari ini cikgu nak beritahu awak
semua tentang keselamatan jalan raya.
Sebelum itu, cikgu nak terangkan dahulu apa itu maksud keselamatan.
Ok apa itu keselamatan ?
Keselamatan ni maksud dia langkah-langkah yang dilakukan oleh semua orang untuk
mengelakkan kemalangan seperti kecederaan atau kematian. Tanpa perlindungan
keselamatan, awak semua akan mudah terdedah kepada sesuatu yang berbahaya sama
ada secara sedar atau tidak. Jadi penting tak untuk awak semua tahu tentang keselamatan
jalan raya ni ? Penting kan. Dekat jalan raya selalunya ada apa ? ada kereta lalu, ada lori,
ada motor. Bahaya tak kalau kita tak jaga keselamatan kita dekat jalan raya tu ? Bahaya
kan. Jadi, dekat jalan raya, kita kena ikut peraturan jalan raya dengan cermat dan selamat.

Baiklah, seterusnya cikgu nak beritahu semua tentang kepentingan keselamatan jalan raya
terhadap awak semua.
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga. Contohnya kalau kita dah tahu
depan tu ada longkang, bahaya tak kalau lalu situ ? bahaya. Boleh tercedera tak ? boleh.
Jadi kena la lalu tempat lain. Kemalangan pon tak berlaku.
4. Mengelakkan daripada kematian. Masa nak melintas nampak ada kereta lalu. Bahaya tak
melintas ? kalau melintas jugak apa boleh berlaku ? boleh kemalangan, boleh mati.

Tambahan lagi, sebagai pejalan kaki, kita harus pandailah memilih tempat yang paling
selamat untuk melintas. Kalau ada jejantas gunakan jejantas. Kalau tiada sebelum melintas
kena pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang
paling selamat untuk melintas, perkara perlu dan selamat dilakukan adalah dengan
mengamalkan lima langkah sebelum melintas :

Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.


Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri kemudian kanan lagi sekali.
Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
Kelima, melintas dengan berwaspada.
Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan penjaga lalu lintas merupakan
peraturan yang boleh menjaga keselamatan kita semasa di jalan raya.
Baiklah, sekian sahaja dari cikgu. Sebelum tu cikgu nak tanya. Penting tak keselamatan
jalan raya ? penting. Kenapa penting ?
1. Selesa untuk jalankan aktiviti
2. Elak dari kemalangan
3. Elak dari kematian
Macam mana pula kalau nak melintas ?
1. berhenti dan undur selangkah ke belakang
2. pandang kanan, kiri, kanan
3. dengar ada bunyi ke tidak
4. fikir selamat ke tidak
5. lintas dengan selamat
Ok pandai semua. Tepuk tangan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai