Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera


Yang dihormati, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, En. Zailani
Yang berbahagia, YDP PIBG dan ahli - ahli PIBG
PK Pentadbiran, Pn. Mahesvari,
PK Hal Ehwal Murid, Pn. Kumutha ,
PK Kokurikulum, PN. Licheme,
Dan guru-guru
Salam mercu pada Hari Guru.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua
mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita
luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap
mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara.
Pepatah Melayu ada berkata, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi
orang lain, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi
didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini
yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan
internet, angkasawan dan sebagainya.

Tema hari guru pada tahun ini , Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi jika
dilihat secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar
kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai pencetus kreativiti dan
penjana inovasi di sekolah masing - masing, untuk mencapai impian wawasan 2020
sebagai sebuah Negara maju akan akan tercapai jika guru - guru dapat mengubah diri
mereka seiring dengan perubahan dalam pelbagai sektor di seluruh dunia.
Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi
negara ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai
perpaduan. Guru- guru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa
generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Guru yang diibaratkan lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain
mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anakanak muridnya. Meniti hari ke hari, cabaran guru makin sukar. Namun, di sebalik semua
cabaran tersebut, para guru juga sering dihargai. Sebagai bukti, Hari Guru yang kita
sambut pada hari yang mulia ini. Hari Guru ini disambut sebagai suatu simbolik
penghargaan masyarakat 1 Malaysia kepada guru-guru.
Sebelum saya menutup tirai, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru SJK T TAPAH. Segala pengorbanan cikgu akan sentiasa disemat
dan dihargai selagi hayat dikandung badan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai