Anda di halaman 1dari 3

1.

KESAN-KESAN PENDATANG ASING Isu pendatang asing di Malaysia


sememangnya sudah lama diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh media massa
mahupun media elektronik. Pendatang asing yang datang ke Malaysia terbahagi
kepada dua iaitu pendatang asing berpermit dan pendatang asing tanpa permit ataupun
disebut sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Kedatangan pendatang asing ini
mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pendatang asing berpermit
yang datang ke Malaysia lazimnya bertujuan untuk menimba ilmu di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan, melancong, berniaga, dan majoritinya adalah untuk bekerja
sebagai buruh dan sebagainya. Lain pula halnya dengan PATI, mereka kebanyakannya
datang untuk bekerja atas dasar keperluan hidup yang mendesak. Mereka tidak
memilih pekerjaan, makanan, dan tempat tinggal. Kedatangan pendatang asing dapat
meningkatkan taraf ekonomi negara apabila matawang negara mereka mengalir
masuk ke negara kita apabila mereka belajar, melancong, dan berniaga di sini. Apabila
mereka kembali ke negara asal mereka, mereka pasti akan menceritakan tentang
keistimewaan dan keunikan Malaysia pada saudara dan sahabat-handai. Lantas,
memberi imej baik kepada Malaysia dan seterusnya dapat terus memacu
pembangunan dan ekonomi negara dengan lebih pesat. Sememangnya kehadiran
pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan
sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara
maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi

2. yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang


ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan
tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.
Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan
yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus
meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh
pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran
mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti
mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati
oleh pelabur asing. Di samping itu, imej negara turut meningkat kerana sudah pasti
masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini adalah
kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai
sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya dan contoh negara yang maju
dalam ekonominya. Negara juga akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat
yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita
harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan negara kita? Namun, di sebalik
kebaikan kedatangan pendatang asing, terselit seribu satu keburukan. Kehadiran
pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara
ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai
pekerjaan untuk tempoh tertentu dan melakukan jenayah menjadi alternatif untuk
mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi,
semakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk

3. meningkatnya jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan
menyukarkan kehidupan rakyat. Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap
bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang
itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara secara efektif.
Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja
asing itu. Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing
itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika

negara dalam kegawatan ekonomi. Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara
pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak
berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas
daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terus
melakukan jenayah di sini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku.
Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman
perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga
Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi.
Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun
Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang
hari. Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing
yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa

4. izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka yang berasal dari kawasan
mundur dan kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS,
tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa.
Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat
semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman
HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan
meningkatkan kes jangkitan AIDS. Kedatangan pendatang asing, khususnya yang
tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan
kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula
membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini
tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan
air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,
pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan
setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan
pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga
kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan
air. Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka
mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan
pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan
peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam
bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam

5. perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu


hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya,
berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh
dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak
adil kepada rakyat kita. Kesimpulannya, kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara
adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh
menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan mereka adalah sangat
menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun
membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran
besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih
parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat
wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa
progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan
agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin.

Anda mungkin juga menyukai