Anda di halaman 1dari 25

Disediakan oleh:

MOHD KHOLID BIN SALLEH

Pengenalan Teori
Thorndike
Adalah hasil daripada
kajian yang dikemukakan oleh Thorndike
( 1874-1949). E.L.Thorndike ( 1874 1949 ) ialah pelopor
psikologi Amerika yang sentiasa dikaitkan dengan eksperimen
yang digunakan dalam pelaziman operan.
Beliau memperkenalkan pebelajaran cuba jaya dan beberapa
hukum tentang perkaitan rangsangan dengan gerak balas.
Thorndike telah membuat beberapa ujikaji dan daripada ujikajiujikaji itu beliau telah mencadangkan satu set prinsip
menerangkan perubahan yang diperhatikannya dalam proses
pembelajaran.

Dalam eksperimen beliau, Thorndike meletakkan seekor


kucing lapar di dalam sebuah sangkar. Makanan diletakkan
di luar sangkar itu. Di dalam sangkar itu terdapat satu selak.
Apabila selak ditekan, pintu sangkar akan terbuka. Kucing
yang lapar itu melakukan pelbagai pergerakan ( secara cuba
jaya ) lalu terpijak selak dan pintu terbuka.Kucing pun
keluar lalu memakan makanan di luar sangkar tersebut.
Selepas itu, kucing dimasukkan semula ke dalam sangkar.
Sekali lagi, dengan cara cuba jaya kucing itu cuba keluar.
Kali ini ia dapat menekan selak itu dengan lebih cepat yang
membolehkannya keluar dengan cepat untuk mendapatkan
makanan. Manakala gerak balas yang salah pula akan
menyebabkannya terus terkurung.

Prinsip-Prinsip Utama
Hukum kesediaan
Hukum latihan; dan
Hukum kesan

Hukum Kesediaan
Apabila adanya bangkitan impuls yang kuat
untuk sesuatu tindakan urutan maka
kelicinan menjalankan urutan itu adalah
memuaskan.
Jikalau tindakan urutan dihalang, ini akan
menimbulkan perasaan tidak menyenangkan.
Jikalau tindakan itu mengakibatkan keletihan
dan seseorang itu dipaksa mengulangi
tindakan itu juga, ini akan menimbulkan
perasaan yang tidak menyenangkan.

Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan yang


perlu ada sebelum individu dapat bertindak. Misalnya, seekor
kucing perlu menyiapkan diri dan kukunya serta cara menghendap
yang betul sebelum ia dapat melompat untuk menangkap seekor
tikus. Pendek kata, kucing perlu mengatur dan menyusun segala
gerakgerinya untuk tujuan menangkap tikus.
Apabila konsep kesediaan ini digunakan dalam bilik darjah,
seseorang murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia
untuk bertindak. Apabila dia bersedia untuk bertindak, tetapi
tindakan itu tidak dilakukan, maka dia akan berasa kecewa.
Sebaliknya, apabila murid belum bersedia untuk bertindak tetapi
dipaksa bertindak, dia juga akan berasa kecewa.
Dalam hukum ini Thorndike menunjukkan bahawa kepuasan
dan perasaan yang tidak menyenangkan itu bergantung pada
keadaan kesediaan sesuatu organisma itu apabila sesuatu gerak
balas itu berlaku atau hilang.

Hukum Latihan
Merujuk kepada peneguhan perkaitan melalui latihan dan
kelemahan perkaitan atau lupaan apabila latihan tidak
diteruskan.
Pengukuhan bererti bertambahnya kemungkinan yang
gerak balas akan berlaku. Pengukuhan ini lebih kuat
apabila situasi itu diulang dengan serta-merta.
Kemudiannya Thorndike telah menyemak semula
andaian ini. Ia telah mengemukakan yang pengukuhan
dan kelemahan di dalam satu perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas semasa latihan bergantung kepada
perasaan kepuasan atau kesan yang tidak menyenangkan.

Hukum Kesan
Menyatakan apabila sesuatu perkaitan itu diiringi
dengan
perasaan
kepuasan,
pengukuhannya
bertambah; dengan ini bererti kemungkinan
perkaitan itu berulang adalah besar. Sebaliknya
apabila perkaitan itu diiringi dengan perasaan yang
tidak menyenangkan, pengukuhan menjadi lemah.

Contoh Hukum Kesan


Misalnya, apabila seorang kanakkanak
mengucapkan selamat pagi kepada gurunya,
dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang
sama. Pengalaman yang dialami akan diulangi.
Sebaliknya, jika guru tidak mengendahkan
amalan yang bersopan itu, kanakkanak
berkenaan mungkan tidak akan mengulangi
amalan itu ketika berhadapan dengan guru.
Oleh itu hukum asas Thorndike ialah sesuatu
organisma itu cenderung untuk mengulang
sesuatu yang dahulunya memberi kepuasan dan
mengelakkan sesuatu yang tidak
menyenangkan. Oleh itu hasil yang
menyenangkan selalunya mengukuhkan
perkaitan antara gerak balas dan rangsangan.

Prinsip-prinsip
Subsidiari
Prinsip utama
Menyatakan individu itu menggunakan pelbagaian
gerak balas dalam situasi baru hingga dia dapat
menyelesaikan masalah.
Prinsip kedua
Pengalaman awal, kepercayaan dan sikap individu itu
menyebabkan set-set tertentu atau sesuatu predisposisi
untuk menentukan apakah matlamat-matlamat yang
dicari dan yang akan memuaskannya atau tidak.

Prinsip ketiga
Thorndike percaya individu-individu ada keupayaan
untuk memilih apa yang penting daripada unsure-unsur
yang tidak bersabit di dalam satu situasi supaya dapat
menentukan gerak balas yang sesuai.
Prinsip keempat
Thorndike berkata gerak balas individu kepada sesuatu
situasi yang baru ditentukan oleh sejauh mana situasi
itu serupa dengan situasi yang telah dialaminya.
Prinsip kelima
Thorndike percaya mana-mana satu gerak balas
organisma itu boleh dikaitkan dengan sesuatu situasi
yang organisma itu peka kepadanya.

Kepentingan Teori
Thorndike
Adalah penting untuk pembelajaran di atas tiga
sebab:
menarik perhatian kepada kepentingan motivasi
dan peneguhan di dalam pembelajaran.
memberi sumbangan kepada pengenalan gerak
balas yang akan dipelajari dan pemeringkatan
gerak balas itu dari yang senang kepada yang
sukar dalam semua pembelajaran yang
berkesan.
meletakkan penekanan ke atas pengesahan
ujikaji.

Kelemahan Teori Thorndike


Mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:
1. Konsep tentang perkara yang memuaskan atau
menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.
2. Sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan
gerak balas yang hendak dibentuk atau
dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan (rangsangan
dan gerak balas) perlu diketahui sejak awal
lagi.
3. Teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran
perkara yang abstrak seperti kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.

Gerak Balas Aneka


sesuatu organisma berupaya menunjukkan
pelbagai jenis gerak balas terhadap sesuatu
keadaan tertentu.
Apabila gerak balas yang betul ditunjukkan dan
diberi ganjaran, pembelajaran akan terus berlaku.
Prinsip ini menerangkan bahawa penyelesaian
yang betul mungkin sukar diperoleh sekiranya
organisma tidak berupaya menunjukkan pelbagai
jenis gerak balas.

Sikap
menjelaskan bahawa sesuatu pembelajaran itu
tetap dipengaruhi oleh sikap organisma tersebut.
menentukan apa yang akan dibuatnya, apa yang
boleh menimbulkan kepuasan, dan apa yang
mendatangkan kepuasan.

Pemilihan Perkara-perkara
Penting
seseorang murid berupaya membezakan unsur unsur penting daripada unsur-unsur yang tidak
penting.
Keupayaan
seperti
ini
membolehkan
berlakunya pembelajaran yang analitis dan
membantu murid menjada celik akal.

Pemindahan Berkait
menjelaskan bahawa gerak balas yang dihasilkan
oleh sesuatu rangsangan dapat dikekalkan
dengan rangsangan yang baru.
Contohnya, hadiah yang diberikan kepada
seorang murid yang menunjukkan prestasi baik
boleh digantikan dengan kata kata pujian.

Gerak Balas Melalui


Analogi
disamakan dengan asimilasi.
Ini bermakna seseorang itu boleh bertindak
balas dalam suatu situasi baru dengan
menggunakan kemahiran yang sedia ada
disertakan dengan tindakan yang baru.

Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu


diwujudkan. Ini bermakna guru perlu menyediakan
pelbagai sumber pengajaran pembelajaran yang
menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran
yang berkesan boleh berlaku.
pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya.
Ini bermakna seseorang murid boleh mempelajari
sesuatu tanpa diajar oleh guru. Contohnya, seseorang
murid boleh menyelesaikan satu masalah matematik
tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai
cubaan, tetapi ini memakan masa yang panjang. \

konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk


digunakan di dalam bili darjah. Seseorang murid
perlu bersedia dari segi mental, minat, sikap dan
psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat
berlaku.
latihan dan pengulangan akan meningkatkan
keerkesanan pembelajaran. Selain itu, ia boleh
meningkatkan kemahiran dan ingatan murid murid.

kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus


mendorong murid ke arah pencapaian yang lebih
baik. Guru perlu menyediakan pelbagai jenis ganjaran
bagi meneguhkan pembelajaran murid murid.
guru perlu menyediakan peluang untuk murid
murid menikmati kejayaan agar mereka terustrdorong
untuk belajar. Pastikan tugasan yang diberikan tidak
terlalu tinggi aras kesukarannya. Kejayaan
menyelesaikan sesuatu projek menimbulkan perasaan
puas hati yang akan bertindak sebagai pendorong
kepada murid-murid.

PENUTUP
Pada asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike yang
telah dibincangkan merupakan sesuatu kajian pelaziman
operan tahap primer ( primary instrumental conditioning ) ,
iaitu pembentukan gerak balas terlazim adalah berdasarkan
peneguhan rangsangan tak terlazim yang berkaitan.
Sebenarnya, teori pembelajaran Thorndike tidak
dipanggil sebagai TeoriPelaziman Operan, tetapi dikenali
sebagai Teori Rangsangan gerak Balas. Kajiannya pula
disebut sebagai Pembelajaran Cuba Ralat. Bagaimanapun,
gerak balas individu yang dipelajari dalam situasi eksperimen
inmi adalah merupakan tingkah laku operan (instrumental
behavior ) yang mempunyai cirri spontan.

Maka,
kajian
pembalajaran
Thorndike,
pada
asasnya,boleh dikatakan sebagai pelopor pembelajaran
pelaziman operan. oleh itu, ahli ahli psikologi merujuk kajian
Thorndike sebagai kajian pelaziman operan diawah tahap
primer,sebagaimana yang telah disebutkan.
Sejak Teori Rangsangan Gerak Balas Thorndike
diutarakan, psikologi yang lain menumpukanusaha mereka
untuk menjalankan pelbagai kajian yang serupa. Sehingga
kotak Skinner diperkenalkan pada tahun 1938, kajian terhadap
pembelajaran pelaziman operan mula menjadi kajian yang
semakin penting dalam bidang psikologi pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai