Anda di halaman 1dari 6

1.

0 MASALAH PENTAKSIRAN SECARA FORMAL


1.1 Pemilihan Item-item Pentaksiran yang Banyak dan Panjang.
Pentaksiran yang banyak itemnya selalunya lebih stabil kerana guru berpeluang
menyoalnya beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang mempunyai banyak item ini
memakan masa yang panjang. Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat
memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh
murid terhadap sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah
rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan
dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini
daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan item-item yang tidak terlalu memakan
masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian untuk diberikan beberapa
bahagian.
Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi kejituan pentaksiran itu. Biasanya,
semakin panjang

ujian maka

semakin

tepat

skornya

kerana

semakin

kurang

pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Namun begitu ia memerlukan masa yang
panjang untuk melaksanakannya Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang
mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai
interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah.
Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item
ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji .
1.2 Kejelasan Pada Arahan dan Item-item Pentaksiran.
Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan
dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan item pentaksiran , guru
seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk
kenyataan, gambar dan lain-lain itu jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.
1.3 Persekitaran Tempat Murid-murid Menjalankan Pentaksiran
Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Keadaan
yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang
diharapkan. Jika bilik darjah itu bising dan panas umpamanya ,murid-murid tidak akan
dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Persekitaran yang sesuai, seperti
kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang cukup , ventilasi yang baik, akan
menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hangar bingar, misalnya akan
menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.

Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif , biasanya markah yang diberi untuk jawapan
yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan ada
disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa
dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua responnya
adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk respon
yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan. Oleh itu , guru
haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah
dalam keadaan baik.
2.0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENTAKSIRAN FORMAL
Sebagaimana yang kita ketahui, pentaksiran adalah satu aspek penting dalam sistem
pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru dari semasa ke
semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian beraneka
pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini bertujuan mendapatkan
maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian
murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya , meramal keupayaannya, memilihnya
untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun format ujian yang hendak dibina,
atau

dipilih,

pastikanlah

bahawa

ujian

itu

mempunyai

ciri-ciri

tertentu

yang

menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian yang baik ialah seperti
kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

2.1 Meningkatkan Kesahan dan Kebolehpercayaan Dalam Pentaksiran

Kesahan ialah bermaksud

kebolehan

ujian

mengukur

apa

yang

sepatutnya

diukur.Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan
lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur
tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi
(content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent
validity) dan kesahan gagasan (construct validity).
Kebolehpercayaan pula ialah darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap
sesuatu benda, ciri atau sifat seseorang. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk
kepada ketekalan, ketepatan dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud

sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk
kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang
sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.
Satu cara untuk mengatasi masalah pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah ialah
dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual
Penentuan Ujian (JPU) Pendidikan Moral. JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian
yang akan disediakan. Di mana dalam JPU guru Pendidkan Moral hendaklah
menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom
atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan
tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran, tajuk-tajuk yang diuji
serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru
perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
Seorang guru haruslah guru tahu tentang kurikulum, matlamat dan objektif kurikulum.
Kurikulum melakarkan tentang ruang lingkup bidang ilmu yang harus dipelajari oleh
seseorang murid dalam sistem pendidikan formal, yang ingin dibangunkan dalam diri
murid, meliputi ilmu dan kemahiran yang terkandung dalam Pendidikan Moral tersebut
serta nilai-nilai murni yang ingin diterapkan. Setiap kurikulum mempunyai matlamat dan
objektifnya dan guru harus memahami setiap yang disenaraikan dalam matlamat dan
objektif sesuatu mata pelajaran. Guru yang tidak pernah membaca dan memahami
matlamat dan objektif mata pelajaran akan tersasar dalam pengajarannya, menjadikan
murid sebagai mangsa.
Dalam konteks masalah pertama yang diutarakan diatas, Semasa pentaksiran
dijalankan pelajar terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir. Ini
akan menimbulkan

kecenderungan menggalakkkan mereka meneka dan meniru.

Seorang guru hendaklah bijak memilih item-item pentaksiran yang bersesuaian dengan
tahap kebolehan dan kamahiran murid-muridnya. Adalah disarankan seorang guru itu
memilih item pentaksiran yang pendek tetapi kerap kali dijalankan, daripada memilih
item pentaksiran yang panjang tetapi tidak kerap dan sekali-sekala saja dilaksanakan
.Sepatutnya seorang guru itu perlu merujuk kepada JPU yang telah ditentukan. Panjang
pendek

ujian

semakin panjang

itu

boleh

ujian maka

mempengaruhi
semakin

kejituan

tepat

pentaksiran

skornya

kerana

itu.

Biasanya,

semakin

kurang

pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Namun begitu ia memerlukan masa yang
panjang untuk melaksanakannya Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang

mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai
interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah.
Perlu difahami oleh guru apa dia item yang baik, instrumen yang baik, kesahan dan
kebolehpercayaan, cara pemarkahan dan pengendalian pentaksiran. Guru juga harus
mengelakkan diri daripada bersikap tidak adil, dan bias terhadap seseorang murid,
sekumpulan murid, ethnik tertentu, atau status sosial tertentu.
2.2 Item-item Pentaksiran yang Dipilih, Jelas, Releven dan Menyeluruh
Arahan dan item-item yang ditulis hendaklah mengandungi bahasa yang tepat, jelas dan
mudah difahami oleh murid-murid.Pembinaan item-item pentaksiran yang tidak jelas
akan menimbulkan masalah dalam pentaksiran. Item-item yang ditulis bagi sesuatu
instrument pentaksiran mestilah menepati:
1.
2.
3.
4.
5.

Kumpulan sasar (murid-murid)


Kurikulum (Penididkan Moral)
Konteks dan situasi
JSU
Aras Kesukaran

Item-item dalam instrument pentaksiran yang dipilih mestilah mewakili:


1.
2.
3.
4.

Cakupan kurikulum Pendidikan Moral


Kepelbagaian item
Aras kesukaran yang dihasratkan
Kepelbagaian cara menyoal.

Pentaksiran yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang disarankan seperti berikut:
1. Keobjektifan- Ketepatan seseorang guru memeriksa jawapan.
2. Kebolehtadbiran Kelicinan dan kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat
atau berasaskan sekolah.
3. Kemudahtafsiran Maklumat tentang calon berdasarkan skor,mendiskriminisaikan
calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu pentaksiran.
4. Menyeluruh mengandungi saoalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting.
Peranan dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Moral adalah sangat penting bagi
memastikan tidak timbul masalah semasa melaksanakan pentaksiran di sekolah oleh itu
seorang guru haruslah memiliki ilmu dan kemahiran tentang pentaksiran pendidikan,
apa dia pentaksiran, bagaimana mentaksir, bila mentaksir, siapa mentaksir, apa yang
perlu direkodkan, bagaimana merekod dan bagaimana rekod disimpan.
Guru harus tahu dan faham tentang jenis-jenis ujian seperti ujian kesediaan, ujian
pencapaian, ujian minat dan bakat, ujian psikometrik dan ujian PAJK. Pemahaman

tentang jenis-jenis ujian ini amat penting kerana ini merupakan ujian yang akan
digunakan sepanjang masa pembelajaran murid. Ini termasuk mengenal pasti
instrumen,

bagaimana

mengendalikan

instrumen,

kumpulan

sasar

instrumen,

bagaimana menginterprestai skor, dan bagaimana pelaporan dilaksanakan. Perlu


diingat, setiap instrumen dibina dengan tujuan berbeza dan kesilapan mentadbirkan
instrumen akan menghasilkan maklumat yang tidak sah dan tidak boleh dipercayai.
2.3 Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus
belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya
yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai
matlamat pembelajaran. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi,
kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik
darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari
kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan
terhadap pembelajarannya.
Dalam konteks persekitaran untuk pelaksanaan pentaksiran yang baik, perkara yang
sama iaitu tempat dan persekitaran yang kondusif adalah sangat penting diwujudkan.
Keadaan yang tidak selesa,keadaan kelas bising,kelas kotor dan sebagainya akan
mengganggu konsentrasi dan tumpuan murid-murid .Ini akan mempengaruhi dan
menjejaskan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru itu bagi memastikan persekitaran yang diduduki oleh
murid-muridnya selea dan selamat.
Selain itu, Guru harus kreatif iaitu mempelbagaikan pendekatan pengajaran agar
menarik dan berkesan. Guru juga harus kreatif dalam pelaksanaan pentaksiran, bila
masa yang sesuai untuk mentaksir dan siapa yang akan mentaksir. Kreativiti berkait
rapat dengan penguasaan ilmu yang baik dalam sesuatu mata pelajaran.
Guru harus mengenali setiap murid di bawah tanggung jawabnya dengan baik, ini akan
mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid. Guru bukan hanya perlu tahu
tentang keupayaan akademik murid tetapi juga kesemua konstruk yang ingin
dibangunkan dalam diri murid - pengetahuan, kemahiran dan nilai, yang meliputi bidang

kognitif, afektif dan psikomotor. Selain daripada itu, guru juga perlu mengenal pasti
kecenderungan murid, minat dan bakatnya. Pengenalpastian ini amat penting kerana
pemupukan dari awal akan kecenderungan dan bakat murid dapat melahirkan murid
yang berjaya dalam bidang yang diminatinya.

Anda mungkin juga menyukai