Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN PERASMI HARI KOKURIKULUM SMSL 2009

Bismilahirohmannirrohim.Assalamualaikum dan selamat pagi.


Terima kasih pengacara majlis hari ini.
Yang berusaha,
Pengetua SM Sains Labuan, Tn. Hj. Ali b. Hj Deros,
Pengetua-pengetua,
Guru besar-guru besar,
Ketua-ketua Jabatan,
Wakil PIBG SM Sains Labuan,
Guru-guru
Serta
Murid-murid yang saya kasihi sekalian.
Murid-murid sekalian,
Aktiviti Kokurikulum adalah suatu amalan yang baik untuk diri kita.
Aktiviti ini haruslah dijadikan salah satu daripada amalan hidup yang
berterusan. Kemahiran luar bilik darjah sangat penting kepada kedua-dua
aspek kesihatan fizikal dan mental. Pengetahuan yang diperoleh melalui
aktiviti kokurikulum dapat membantu kita dalam mengurangkan tekanan
hidup yang berleluasa seperti tekanan emosi, sosial, mental dan sebagainya
ketika kita sibuk dalam pengurusan kehidupan murid-murid setiap hari.
Peranan murid-murid sangat penting bagi membantu kempen kerajaan
yang murni untuk menjadikan rakyat di negara ini sentiasa dalam keadaan
sihat, cergas dan produktif. Cogankata Rakyat Sihat Negara Makmur
haruslah dikekalkan sebagai satu prinsip dalam usaha kita membantu
mencorakkan kehidupan masyarakat ke arah Malaysia Cergas. Usaha yang

UCAPAN PERASMI HARI KOKURIKULUM SMSL 2009

dicurahkan murid-murid hari ini mungkin suatu hari nanti menghasilkan satu
generasi yang benar-benar menghargai kepentingan kokurikulum.
Saya percaya bahawa kita semua maklum bahawa negara kita sedang
mengalami pembangunan yang pesat bukan sahaja dari segi politik dan
sosial bahkan daripada segi ekonomi.. Selaras dengan pembangunan ini,
kerajaan memerlukan generasi yang berkualiti, efisyen serta lasak untuk
merealisasikan wawasan negara. Sehubungan dengan itu, generasi yang ada
sekarang sewajarnya mengambil inisiatif untuk menyahut seruan kerajaan
ini dengan mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum tidak
kurang penting juga ialah sahsiah.
Murid-murid sekalian,
Objektif Hari Kokurikulum sekolah yang merupakan acara perdana
tahunan ialah untuk mengiktiraf kejayaan dan pencapaian murid-murid
dalam aktiviti kokurikulum. Bukan itu sahaja, melalui Hari Kokurikulum
seperti ini pihak sekolah dapat mengesan bakat-bakat baru yang wajar
digilap sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan adanya muridmurid yang berkebolehan seperti ini, negara akan mempunyai pelapis yang
bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam
memartabatkan Malaysia di mata dunia. Untuk itu, murid-murid mestilah
dididik, dilatih pada usia yang masih muda agar berminat kepada aktivitiaktiviti kokurikulum, bak kata pepatah Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
Selain itu, Hari Kokurikulum juga diadakan bagi memupuk sikap
ataupun nilai-nilai murni seperti bekerjasama, melahirkan semangat
2

UCAPAN PERASMI HARI KOKURIKULUM SMSL 2009

setiakawan, melatih pelajar untuk bersungguh-sungguh untuk melakukan


sesuatu perkara. Di samping itu Hari Kokurikulum juga dapat merapatkan
tali persahabatan antara satu sama lain. Perkara ini sebenarnya memberikan
impak yang mendalam bagi setiap individu yang melibatkan diri dan
sememangnya hanya implikasi yang positif sahaja yang diperoleh hasil
daripada Hari Kokurikulum. Maka wajarlah Hari Kokurikulum ini diberi
perhatian yang serius oleh kita semua demi menghasilkan insan yang
seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Kepada

murid-murid yang

menerima anugerah, jadikanlah

pengiktirafan yang diterima sebagai pencetus semangat. Bagi yang tidak


berpeluang tanamkanlah semangat yang lebih membara bagi mencapai satu
tujuan mutlak iaitu kecemerlangan. Janganlah disebabkan kekalahan, kita
berasa kecewa serta rendah diri. Jadikanlah ia sebagai satu azimat untuk kita
maju pada tahun-tahun mendatang.
Murid-murid sekalian,
Sesungguhnya setiap apa yang kita usahakan untuk menjayakan Hari
Kokurikulum ini merupakan satu kenangan manis buat kita sekiranya penat
lelah itu membuahkan kejayaan. Saya percaya bahawa kita akan mendapat
kepuasan optimum sekaligus melenyapkan pengorbanan masa dan tenaga
kita semua. Saya ingin melihat kesungguhan pada setiap apa yang kita
lakukan baik sebagai penerima anugerah, penonton mahupun mereka yang
berada di belakang tabir.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua
yang terlibat menjayakan peranan masing-masing dalam penganjuran Hari
Kokurikulum ini. Tahniah juga diucapkan kepada agensi-agensi luar dalam
3

UCAPAN PERASMI HARI KOKURIKULUM SMSL 2009

usaha menjayakan temasya hari ini. Sesungguhnya seperti yang kita


maklum, untuk menjayakan Hari Kokurikulum ini bukanlah mudah kerana
ia memerlukan persediaan yang rapi. Tanpa sokongan dan kerjasama antara
guru, kakitangan, ibu bapa dan murid-murid, Hari Kokurikulum sekolah
mungkin tidak dapat diadakan. Tahniah sekali lagi diucapkan.
Saya juga ingin menyeru agar pihak-pihak swasta dapat memberikan
sokongan kepada program seperti ini dan tidak meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya di atas bahu pihak sekolah semata-mata. Saya juga ingin
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak swasta yang
telah memberi sumbangan dalam menjayakan temasya sukan hari ini.

Saya akhiri ucapan saya ini dengan mengajak murid-murid merenung


kembali motto sekolah ini iaitu DI SINILAH PEMIMPIN DILAHIRKAN.
Dengan

lafaz

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

maka

saya

merasmikan HARI KOKURIKULUM SMSL 2009 Sekian dan terima


kasih.

Mrm/hari ko/2009

Anda mungkin juga menyukai