Anda di halaman 1dari 27

YAYASAN PERAK PROGRAM SENTUHAN

MINDA BAHASA
MELAYU SPM
TAHUN 2012

Anjuran Bersama:

Yayasan Perak
Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang

BAHASA MELAYU
Kertas 1

TARIKH: 6 – 8 JULAI 2012


13- 15 JULAI 2012
TEMPAT: SMK SLIM, SLIM RIVER
SMK AIR KUNING

1
Tugasan 1 : Karangan 1 – Karangan Bahagian B
Kaedah Menghurai Isi karangan

Soalan : Keluarga bahagia ialah institusi asas dalam sesebuah negara. Terdapat sebilangan ahli
keluarga yang mementingkan diri sendiri dan menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa
tidak selesa. Huraikan amalan-amalan nilai murni yang patut ada dalam sesebuah keluarga.
Tugasan : Amalan nilai murni yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga.
Dimensi : Keluarga

Pendahuluan:
Ayat Rangsangan Institusi keluarga penting dalam melahirkan generasi akan datang
Ayat Rangsangan Isu-isu tentang kekeluargaan kerap menjadi bahan perbincangan
Ayat Fokus Isu negatif institusi kekeluargaan perlu segera ditangani
Ayat Fokus Kementerian berkaitan dengan pembangunan keluarga perlu memainkan
peranan
Ayat Arah Beberapa nilai murni perlu diamalkan dalam keluarga

Menulis Pendahuluan:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---

2
Isi 1 - Nilai kasih sayang terhadap keluarga
AT Nilai kasih sayang terhadap keluarga
AH1 (Apa yang harus Anak-anak memerlukan kasih sayang dari ibu bapa.
dilakukan).
AH2(Mengapa Anak-anak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.
)
AH3 (Bagaimana) Kasih sayang hendaklah dicurahkan semasa mendidik dan membesarkan
anak- anak.
AH4 (Bila) Kasih sayang hendaklah dicurahkan sepanjang masa.
AH5 (Siapa) Anak-anak juga perlu menyayangi ibu bapa sepenuh hati.
AH6 Sekiranya, …………………………..
AC Sebagainya contoh, setiap ahli keluarga juga hendaklah menyayangi keluarga terdekat
seperti datuk, nenek dan saudara mara walau di mana sahaja mereka berada
AS Jadi, nilai kasih sayang………………………………

Nilai kasih sayang terhadap ahli-ahli keluarga perlu diamalkan. Ibu bapa hendaklah memberikan kasih
sayang kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.
Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang semasa mendidik dan membesarkan anak-anak.
Oleh itu, kasih sayang hendaklah dicurahkan sepanjang masa. Di samping itu, anak-anak juga perlu
menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Sekiranya, setiap anggota keluarga saling menyayangi maka
lahirlah rasa saling memerlukan dalam kalangan anggota keluarga yang akhirnya terbentuklah sebuah
keluarga yang bahagia. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga juga hendaklah menyayangi keluarga terdekat
seperti datuk, nenek dan saudara mara walau di mana-mana sahaja mereka berada. Jadi , nilai kasih sayang
perlu ada pada setiap ahli keluarga supaya terbinalah keluarga yang bahagia.

ISI 2 – Nilai tanggung jawab terhadap keluarga

AT Nilai tanggung jawab terhadap keluarga juga perlu diamalkan


AH1 (Apa yang harus Ibu bapa mesti menyediakan keperluan asas kepada anak-anak.
dilakukan)
AH2 (Mengapa) Anak-anak masih belum bersedia untuk mencari keperluan asas sendiri.
AH3 (Bagaimana) Bapa menyediakan kemudahan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal yang selesa kepada anak-anak.
AH4 (Bila) Tanggungjawab ini perlu dipenuhi sejak anak-anak dilahirkan di muka bumi ini.
AH5 (Siapa) Ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak.
AH6 Seandainya,…………………………
AC Misalnya, anak-anak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membantu
ibu bapa menguruskan rumah dan belajar bersungguh-sungguh.
AS Oleh itu, ahli keluarga yang mengamalkan tanggung jawab terhadap keluarga
………..

Menulis Isi 1:

3
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISI 3 – Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga.

AT Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga perlu diamalkan.
AH1 (Apa yang harus dilakukan) Anak-anak hendaklah menghormati suruhan ibu bapa.
AH2 (Mengapa) Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, bapa merupakan ketua keluarga
AH3 (Bagaimana) Mematuhi peraturan yang ada dalam keluarga seperti peraturan tentang
masa pulang ke rumah.
AH4 (Bila) Anggota keluarga perlu dihormati dan ditaati pada setiap masa.
AH5 (Siapa) Anak-anak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh keluarga.
AC Sebagai contoh, jika ada tetamu yang datang ke rumah , anak-anak mesti
menghormati tetamu tersebut.
AS Oleh itu, anak-anak perlulah menghormati dan mentaati........................

4
Menulis Isi 3:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ISI 4 – Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar.

AT Mengamalakan nilai sayang-menyayangi dan menghargai alam sekitar.


AH1 (Apa yang harus dilakukan) Mesti menjaga kebersihan tempat tinggal agar tiada haiwan
atau serangga membiak.
AH2 (Mengapa) Tempat tinggal yang kotor boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga.
AH3 (Bagaimana) Nyamuk, lipas dan tikus boleh membiak di tempat yang tidak bersih.
AH4 (Bila) Kebersihan perlu dijaga sepanjang masa.
AH5 (Siapa) Setiap ahli keluarga perlulah membuang sampah di tempat yang
dikhaskan.
AH6 Sekiranya.....................................
AC Sebagai contoh, menyahut kempen kitar semula barang-barang dan sampah yang
tidak digunakan.

5
AS Jadi, setiap anggota keluarga perlu.......................
ISI 5 – Nilai patriotisme.

AT Ahli keluarga juga mesti mengamalkan nilai patriotisme atau cinta akan negara.
AH1 (Apa yang harus dilakukan) Ibu bapa hendaklah mengutamakan pembelian barang-barang
buatan malaysia
AH2 (Mengapa) Nilai patriotisme penting suapaya anak-anak menghargai kemerdekaan
AH3 (Bagaimana) Mengibarkan bendera jalur gemilang semasa sambutan bulan
kemerdekaan
AH4 (Bila) Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah
selama 400 tahun
AH5 (Siapa) Setiap ahli keluarga perlu saling mencontohi antara satu sama lain mengamalkan
nilai patriotisme.
AH6 Seandainya………………..
AC Sebagai contoh , pembelian kenderaan, pakaian ataupon perabot dapat membantu
perkembangan ekonomi negara
AS Oleh itu ahli keluarga mestilah ……………………………

PERENGGAN PENUTUP

PENDIRIAN Kesimpulannya, setiap ahli keluarga mesti mengamalkan nilai-nilai


murni dalam kehidupan harian
CADANGAN Sebagai ketua keluarga, ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-
anak
HARAPAN Dengan mengamalkan nilai-nilai murni secara berterusan, diharap akan
terbentuklah sebuah institusi asas dalam sebuah negara

Menulis Penutup:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--

Tugasan 2 : Karangan 2 – Karangan Bahagian A


Kaedah Menghurai Isi karangan

Baca perbualan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang isu yang dinyatakan dalam
ungkapan tokoh-tokoh di bawah. Panjangnya huraian anda antara200 hingga 250 patah perkataan.

Samad : Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin luntur. Anggota
masyarakat terlalu mementingkan kebendaan. Mereka keluar bekerja sejak awal pagi dan
pulang pada lewat petang.

Ramli : Hari ini semua kerja perlu diberikan upah atau bayaran. Kenduri-kendara pun menggunakan
khidmat kontraktor pembekal makanan. Tiada lagi kerja secara sukarela dan aktiviti bergotong-
royong dalam masyarakat. Hal inilah yang melunturkan semangat kejiranan dalam masyarakat
kita

Lim : Aktiviti gotong-royong hendaklah diwujudkan semula seperti gotong-royong membersihkan


kawasan perumahan, membina taman rekreasi dan sebagainya.

Maniam : Pihak media juga perlu memainkan peranan. Kempen tentang pentingnya semangat kejiranan
eloklah diuarkan-uarkan dengan lebih kerap melalui media cetak dan media elektronik.

1. Pendahuluan

Isu perbualan ialah sebab-sebab lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya. Semangat
kejiranan penting diamalkan oleh masyarakat. Namun demikian, amalan ini sudah luntur dan kurang
diamalkan lagi oleh masyarakat pada era globalisasi ini.

7
2. Cadangan isi:
Isi 1 Sebab – anggota masyarakat mementingkan kebendaan.
Isi 2 Sebab - tiada kerja dilakukan secara sukarela dan bergotong- royong.
Isi 3 Cara mengatasi – wujudkan aktiviti gotong-royong semula.
Isi 4 Cara mengatasi - media massa uar-uarkan kempen pentingnya
semangat kejiranan.

3. Kesimpulan :

Semua pihak memainkan peranan memupuk kembali semangat kejiranan agar masyarakat terus
kekal harmoni.

4. Contoh peribahasa dan ungkapan menarik .


4.1 Bagai aur dengan tebing
4.2 Cubit paha kiri, terasa paha kanan.
4.3 Jiran sepakat membawa berkat.

Menulis Pendahuluan:

Menulis Pendahuluan:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------

Menghurikan isi

8
Apa Satu daripada
(Isi)
Mengapa Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana,
(Alasannya)

Bagaimana Oleh itu,

Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,


Contoh/Bukti

Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,


Penegasan /
Kesimpulan
Perenggan

Menulis Penutup:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------
Contoh Karangan : Isu Makanan Seimbang

Soalan:
Amalan pemakanan seimbang semakin diabaikan oleh masyarakat pada masa ini.
Huraikan kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang.

Kepentingan Makanan Seimbang


Oleh: Anu b. Anun

Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Masyarakat yang mengamalkan cara
pemakanan mengikut garis panduan yang ditetapkan akan mendapat kebaikan berbanding mereka yang
mengabaikan gaya pemakanan seimbang. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup

9
untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Namun, masyarakat pada masa ini kurang gemar mengambil berat akan kepentingan pemakanan seimbang
dan hanya mengikut trend semasa seperti gemar makan makanan segera yang hanya mendatangkan
keburukan. Oleh sebab itu, masyarakat perlu disedarkan dengan kepentingan mengamalkan pemakanan
seimbang demi kesihatan unggul.

Satu daripada kepentingan amalan pemakanan seimbang ialah menjadikan tumbesaran manusia itu
lebih sempurna dari aspek fizikal. Hal ini demikian kerana, tubuh badan menerima semua keperluan zat yang
diperlukan untuk membina sistem tubuh badan yang kuat untuk keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Sebagai contoh, makanan yang diambil dengan mengurangkan lemak tetapi cukup karbohidrat
serta melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat memberi nutrisi yang mencukupi untuk
tumbesaran tubuh badan kita. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik
berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang dapat mengganggu perkembangan mental seseorang
itu. Hal ini berlaku kerana kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu
tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam
kehidupan. Misalnya, kita akan mudah keletihan apabila kekurangan karbohidrat yang memberi tenaga
kepada tubuh badan sekali gus menjadikan otak kurang cerdas. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang
aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan
berdaya tahan sesuai dengan kata-kata ‘badan sihat, otak cerdas’.

Di samping itu, amalan pemakanan seimbang dapat menyumbang kepada sistem pertahanan badan
kerana makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan
vitamin yang cukup ini dapat menguatkan sistem imunisasi badan seseorang seterusnya menjadikan tubuh
manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Sebagai contoh, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi anti oksida dan pelbagai jenis vitamin yang
penting untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat sekiranya mengamalkan pemakanan seimbang.
Sesungguhnya, kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera.

Antara kepentingan laian ialah pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar
obesiti masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan
pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Buktinya,
sekiranya makanan yang berlemak diambil melebihi daripada had yang sepatutnya, maka seseorang itu
berisiko untuk mengalami kegemukan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet
pemakanan seimbang dalam hidupnya.

10
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan
positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti
jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk
kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada, tanya selera”.

Contoh Karangan : Warisan Budaya


Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda
sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan
rakyat Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia
semakin terhakis. (AYAT RANSANGAN) Hal ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak.(AYAT
RANSANGAN) Oleh itu, berbagai-bagai usaha perlu dilakukan bagi mengekalkan budaya warisan rakyat
Malaysia ini. (AYAT FOKUS) Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sebenarnya, terdapat berbagai-bagai
sumbangan yang boleh saya lakukan demi mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia ini. (AYAT ARAH)

Isi 1 - Saya akan menjadi ahli dalam kelab permainan tradisional di sekolah

Apa Satu daripada sumbangan saya ialah saya akan menjadi ahli dalam kelab permainan
(Isi) tradisional di sekolah.
Mengapa Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana,
(Alasannya) Hal ini demikian kerana, saya akan dapat mengenali dan memahami permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia dengan menjadi ahli kelab ini.

Bagaimana Saya akan menghadiri perjumpaan kelab dan belajar bermain permainan tradisional
yang diajari oleh guru-guru.
Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Contoh Misalnya, saya dan rakan-rakan akan belajar bermain gasing, congkak dan wau. Oleh
Bukti itu, saya dapat mengetahui dan boleh menjadikan permainan ini bagi hobi saya.

Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,


Penegasan Kesannya, apabila ahli-ahli kelab di sekolah tahu bermain permainan tradisional ini,
Kesimpulan sudah tentu mereka akan selalu bermain sekali gus permainan ini akan kembali
Perenggan popular di negara kita.
Salah satu daripada sumbangan saya ialah menjadi ahli dalam kelab permainan tradisional di
sekolah. Hal ini demikian kerana, saya akan dapat mengenali dan memahami permainan tradisional yang
terdapat di Malaysia dengan menjadi ahli kelab ini. Saya akan menghadiri perjumpaan kelab dan belajar
bermain permainan tradisional yang diajari oleh guru-guru. Misalnya, saya dan rakan-rakan akan belajar
bermain gasing, congkak dan wau. Oleh itu, saya dapat mengetahui dan boleh menjadikan permainan ini
bagi hobi saya. Kesannya, apabila ahli-ahli kelab di sekolah tahu bermain permainan tradisional ini, sudah
tentu mereka akan selalu bermain sekali gus permainan ini akan kembali popular di negara kita.

Apa Sumbangan saya yang kedua ialah saya akan ingat dan mematuhi nasihat yang baik
(Isi) dalam pantang larang yang menjadi warisan rakyat di negara ini.

11
Mengapa Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana,
(Alasannya) Hal ini demikian kerana saya akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman
daripada pantang larang tersebut. Di samping itu, pantang larang juga dapat
mendisiplinkan diri remaja.
Bagaimana
Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Contoh Sebagai contoh, ada pantang larang yang melarang kita memakai kasut di dalam rumah
Bukti dan tidak bercakap sewaktu makan. Hal ini sangat baik untuk dipatuhi.
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
Penegasan Kesannya, sekiranya pantang larang ini diikuti oleh remaja, mereka bukan sahaja akan
Kesimpulan berdisiplin, malah dapat juga mengelakkan diri daripada gejala sosial. Oleh itu saya
Perenggan mestilah mengingati dan mematuhi pantang larang yang menjadi warisan rakyat di
negara ini.

Sumbangan saya yang kedua ialah saya akan ingat dan mematuhi nasihat yang baik dalam
pantang larang yang menjadi warisan rakyat di negara ini. Hal ini demikian kerana saya akan memperoleh
banyak pengetahuan dan pengalaman daripada pantang larang tersebut. Di samping itu, pantang larang juga
dapat mendisiplinkan diri remaja. Sebagai contoh, ada pantang larang yang melarang kita memakai kasut di
dalam rumah dan tidak bercakap sewaktu makan. Hal ini sangat baik untuk dipatuhi. Kesannya, sekiranya
pantang larang ini diikuti oleh remaja, mereka bukan sahaja akan berdisiplin, malah dapat juga mengelakkan
diri daripada gejala sosial. Oleh itu saya mestilah mengingati dan mematuhi pantang larang yang menjadi
warisan rakyat di negara ini.

Apa  suka dan berasa seronok memakai pakaian tradisional rakyat di negara ini.
(Isi)
Mengapa Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana,
(Alasannya)  pakaian tradisional cantik dan sesuai dipakai

Bagaimana  pakaian tradisional ini tidak mencolok mata


 menunjukkan keistimewaan rakyat Malaysia kepada dunia.

Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,


Contoh  baju kurung, sari dan cheongsam - cantik dipakai, sesuai dengan adab
Bukti
Penegasan Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
Kesimpulan  tak kenal maka tak cinta.
Perenggan
Apa  saya mestilah suka makan makanan tradisional rakyat Malaysia
(Isi)
Mengapa Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana,
(Alasannya)  makanan tradisional berkhasiat
 dicipta oleh nenak moyang kita.

Bagaimana  sedap sebab dimasak oleh ibu


 tanpa bahan perasa yang berbahaya.

12
Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Contoh  nasi, lauk, kuih dan ulam yang menimbulkan selera
Bukti  masak lemak cili padi, rassam, dodol, maruku, rendang ayam dan lain-lain.

Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,


Penegasan  mestilah berasa bangga dengan berbagai-bagai masakan tradisional
Kesimpulan  terus memilih masakan-masakan ini untuk menjamu selera.
Perenggan

Apa  saya sepatutnya menjadi suri teladan kepada adik-adik - mengenali dan
(Isi) mengamalkan warisan rakyat Malaysia.

Mengapa Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana,
(Alasannya)  saya perlu menjadi contoh remaja yang suka akan warisan rakyat Malaysia -
diicontohi oleh adik-adik.

Bagaimana dapat menarik minat adik-adik dengan - warisan ini akan terus diingati oleh turun
temurun rakyat di negara ini.
Misalnya, Sebagai contoh, Sebagaimana yang kita sedia maklum
Contoh  pada masa lapang, saya bolehlah membawa adik-adik bermain wau, congkak,
Bukti  menyertai pertandingan membuat wau
 mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terhadap warisan budaya
kita
Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,
Penegasan  melentur buluh biarlah daripada buluh
Kesimpulan
Perenggan

PENDIRIAN Kesimpulannya, arus globalisasi tidak boleh menghancurkan jati diri bangsa kita yang
sebenar.
PENDIRIAN Oleh itu, warisan rakyat Malaysia mestilah kita teruskan dengan bersungguh-sungguh.
CADANGAN Remaja mestilah sedar bahawa warisan kita tanggungjawab kita.
HARAPAN Selain itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam menyemai rasa bangga dengan
warisan bangsa dalam diri masing-masing.
HARAPAN Kita hanya mahukan negara kita akan menjadi bertambah makmur dan maju.
Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh golongan remaja kini. Hal ini demikian kerana golongan
remaja ini lebih berminat dengan permainan yang moden dan canggih yang dicipta hasil kemajuan sains
dan teknologi terkini. Namun, usaha-usaha mengekalkan permainan tradisional sebagai warisan budaya
bangsa perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak.
Huraikan kepentingan mempertahankan permainan tradisional ini menurut pendapat anda.

Apabila disebut sahaja permainan tradisional, yang akan tergambar dalam benak kita ialah
bentuknya, peralatannya, serta golongan pemain yang terbabit. Sebenarnya, terdapat berbagai-bagai jenis
permainan tradisional, antaranya termasuklah gasing, wau, batu seremban, konda kondi, dam haji, galah

13
panjang, ketinting bulu ayam dan tarik upih. Permainan-permainan ini merupakan sumber hiburan utama
bagi masyarakat silam. Kini, permainan-permainan ini semakin dipinggirkan masyarakat. Pada pendapat
saya, sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi mempertahankan serta mempopularkan
permainan-permainan tradisional ini. Jika tidak, permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman. (AA)
Kini, perkembangan teknologi moden telah mengubah segala-galanya. Kepesatan teknologi
menyebabkan terciptanya pelbagai alat permainan yang moden dan canggih bermula dari bola getah
hinggalah permainan berkawalan jauh. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional ini seolah-olah
dipinggirkan kerana kebanjiran permainan moden yang canggih. Pada hakikatnya permainan tradisional
merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu
bangsa. Oleh itu, saya berpendapat kita perlulah bersungguh-sungguh mempertahankan permainan
tradisional kita yang menjadi kebanggaan generasi lama. Dalam hal ini, generasi muda haruslah didedahkan
dengan permainan tradisional ini. Di sekolah misalnya, kelab permainan tradisional seharusnya ditubuhkan.
Melalui kelab-kelab ini pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara permainan tersebut dimainkan. Selain
itu, dapatlah para ahli kelab mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional yang
dianjurkan. Minat yang dipupuk di bangku sekolah diharapkan dapat diteruskan apabila para pelajar tamat
persekolahan mereka.
Selain itu, permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri, mudah dimainkan, dan
menyeronokkan. Permainan ini hanya menuntut keterampilan dan ketajaman akal. Misalnya, permainan
congkak menguji minda seseorang pemain untuk menangkis langkah helah pihak lawannya. Sementara
permainan gasing pula menekankan kesabaran dan ketekunan kerana kepala gasing perlu dilarik dengan
hati-hati agar seimbang dan dapat berputar pada paksinya untuk tempoh yang lama. Oleh itu, permainan
tradisional ini perlu dipertahankan demi keunikannya yang menjadi warisan bangsa kita.
Seiringan dengan hal ini, permainan tradisional dapat dijadikan sumber hiburan kepada masyarakat,
terutamanya remaja. Penduduk di kawasan pedalaman yang masih serba kekurangan dapat mempraktikkan
permainan ini yang sekali gus dapat dijadikan hiburan bagi seluruh masyarakat, khususnya semasa
ucapacara perkahwinan, pesta menuai, atau pesta pantai. Permainan-permainan seperti gasing leper atau
wau dapat dipersembahkan bagi memeriahkan suasana sambutan sesuatu upacara. Di samping itu, pihak
kerajaan melalui harus bergerak cergas dengan menganjurkan persembahan permainan tradisional dengan
lebih banyak seperti pertandingan wau, gasing, congkak dan sebagainya untuk tontonan penduduk
tempatan dan juga pelancong asing. Usaha gigih juga perlu dijalankan di luar negara untuk memperkenalkan
permainan tradisional kita kepada masyarakat antarabangsa.
Permainan tradisional merupakan warisan pusaka bangsa. Pada hemat saya, kita bertanggungjawab
mempertahankannya dan selanjutnya memindahkannya kepada generasi akan datang. Janganlah kita
menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, Internet, dan seumpamanya sebagai alasan untuk tidak
mempopularkan permainan ini kepada golongan remaja. Selagi kita terus mencuba, saya yakin bahawa pada
suatu hari nanti remaja dan generasi baru akan gemar bermain permainan tradisionalpada masa senggang
mereka.
Lampiran : Kemusykilan Tatabahasa Lazim

BIL ASPEK KETERANGAN CONTOH / CATATAN


1 ia digunakan untuk merujuk *Laporan itu disediakan oleh Encik Subki.
kepada manusia sahaja. Ia akan diteliti dari masa ke masa. ( salah )
2 ialah dan adalah ialah – di hadapan FN a. Profesor Ismail ialah pensyarah di UKM.
adalah – di hadapan FA b. Keputusan itu adalah muktamad.
dan FSN c. Hadiah itu adalah untuk pelajar cemerlang.

14
* Adalah dimaklumkan …(salah)
3 beza antara awalan di- awalan di- : ejaan rapat awalan : dipanjat, ditambah, dijahit
dengan KSN di KSN di : ejaan jarak KSN : di sekolah, di situ, di utara
4 beza antara awalan ke- awalan ke- : ejaan rapat awalan : ketua, kekasih, kehendak
dengan KSN ke KSN ke : ejaan jarak KSN : ke sana, ke pasar
5 dari masa ke masa dari masa ke masa * dari masa ke semasa ( salah )
dari semasa ke semasa tidak boleh pengguguran secara berasingan
6 demi untuk KSN tidak boleh hadir * Kita mesti berusaha demi untuk masa
berurutan depan. ( lewah )
7 di dalam dan dalam di dalam – ruang / arah a. Sayur itu ada di dalam peti sejuk.
dalam – KSN b. Husin juga terlibat dalam pertengkaran itu.
8 di antara dan antara di antara – jarak a. Adik duduk di antara ayah dengan ibu.
antara - KSN b. Antara lagu popular masa kini ialah “Kasih”
9 di atas dan atas di atas – arah a. Buku itu ada di atas meja guru.
atas – KSN b. Kami mengucapkan terima kasih atas
sumbangan daripada pihak tuan.
10 oleh kerana / sebab oleh – KSN yang mesti a. Permainan itu tergendala oleh sebab hujan
diikuti KN atau FN. lebat. ( bukan oleh kerana )
kerana – KH pancangan
keterangan
sebab – KN
11 rindukan /rindu akan KA yang bersifat emotif * Wanita itu amat rindukan anaknya. (salah)
……..rindu akan……
12 partikel pun 13 kata yang dieja rapat ada,lagi,atau,walau,andai,sekali,kalau,biar,
sungguh,mahu,meski,kendati,bagaimana
13 sehubungan itu sehubungan dengan itu = lebih mantap jika ditulis sehubungan dengan
/dengan itu sama hubungan dengan hal itu.
itu
14 selain daripada KSN tidak boleh berurutan a. Selain berniaga, dia juga bertani.
15 mengenepikan / ke + tepi + kan = ketepikan Demikian juga dengan mengetengahkan.
mengetepikan meN+ketepi+kan = Huruf k menjadi ng.
mengetepikan
16 di mana salah dalam ayat penyata *Sayur dapat menyihatkan badan di mana
sayur banyak mengandungi vitamin.
17 memper…/ memper…- KA a. Dia mempersembahkan sebuah lagu.
memper...kan memper…kan – KN + KK b. Pihak JKR sedang memperlebar jalan.

BIL ASPEK KETERANGAN CONTOH / CATATAN


18 saling perbuatan yang saling saling menyayangi, saling mengasihi, saling
sayang-menyayangi berbalas – lewah membantu
19 pusat membeli-belah Siapa yang membeli- pusat beli-belah
belah?
20 mengenali KA dapat disertai kata sangat luas, paling bijak, amat cantik
penguat
21 hadirin sekalian & hadirin = orang yang hadir Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
para hadirin sekalian (Arab) / tunggal *sekalian pelajar-pelajar

15
22 menjatuhkan/ menjatuhkan hukuman men…kan = objek tidak bernyawa
menjatuhi menjatuhi pesalah men…i = objek bernyawa
23 bukan dan tidak bukan = FN dan FSN a. Dia bukan ayah saya.
tidak = FA dan FK b. Bandar ini tidak besar sangat.
bukan boleh hadir sebelum FK dan FA yang
mendukung maksud pertentangan
maklumat(…bukan bodoh tetapi malas.)
24 kata penguat bebas amat + KA + sekali kata penguat bebas boleh diletakkan di
+ sekali sungguh + KA + sekali hadapan ataupun di belakang ayat.
sangat + KA + sekali a. Keretanya amat besar./ besar amat.
25 merasa dan berasa merasa = lidah a. Emak merasa kari yang dimasak olehnya
berasa = mempunyai, b. Kedua-dua tangannya berasa lenguh.
beroleh rasa, ada rasa c. Rendang itu masih berasa enak walaupun
sudah disimpan beberapa hari.
26 maksud justeru justeru = malahan, bahkan a. Saya tidak pernah mengkhianatinya,
- bukan oleh itu justeru saya menolongnya.
[KD = m/s 551] * Kadar kemalangan semakin meningkat.
Justeru, kita patut mengambil langkah yang
perlu.
27 perlantikan dan pe…an = meN…kan * Perlantikannya mendapat persetujuan.
pelantikan per…an = ber a. Peletakan jawatannya ditentang hebat.
28 perlanggaran dan perlanggaran = berlanggar a. Kereta itu terlibat dalam perlanggaran
pelanggaran pelanggaran = melanggar dengan sebuah bas.
b. Pelanggaran disiplin berlaku kerana pelajar
tidak mematuhi peraturan sekolah.
29 memastikan dan kata dasar yang bermula memastikan = pasti
mempastikan dengan huruf p,t,k,s akan menunjukkan = tunjuk
berubah apabila mengurniakan = kurnia
menerima apitan meN… menyembunyikan = sembunyi
kan.
30 mengkagumkan dan huruf k akan gugur dan mengagumkan, mengebumikan,
mengagumkan berubah menjadi ng mengendalikan
31 lain-lain hal dan Hukum DM a. Kami akan membincangkan hal-hal lain
hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan datang.
32 di dan dalam kalangan di = tempat Masalah itu berlaku hanya dalam kalangan
kalangan = golongan pelajar luar bandar sahaja.
-di kalangan = diizinkan kerana mantap
BIL ASPEK KETERANGAN CONTOH / CATATAN
33 mengajarkan dan mengajarkan = apa ? a. …mengajarkan tatabahasa…
mengajar mengajar = siapa ? b. …mengajar murid…
34 baru dan baharu mendukung maksud sejak = semenjak
serupa sentiasa = senantiasa
- baru = masa jika = jikalau
baharu = masih baik serak = selerak
35 pendalaman / pendalaman = a. Pendalaman sungai sedang giat dijalankan.
pedalaman mendalamkan sesuatu b. Banyak orang asli tinggal di kawasan
pedalaman = kawasan pedalaman.

16
36 Kerja itu akan saya Hukum Aneksi Persona …….akan saya buat……
buat. ( C.A.Wees-linguis AS) ……akan kami makan…...
Kerja itu saya akan
buat.
37 pembelajaran atau pemelajaran terbit daripada kata kerja transitif
pemelajaran mempelajari bukan kata kerja tak transitif
belajar. Cth lain: pemerolehan,pemersatuan
38 agung atau agong hukum keselarasan vokal mesyuarat agung, seniman agung,
(a-u) perhimpunan agung.
Kekecualian : Yang di-Pertuan Agong
39 Ambillah apa sahaja Ambillah apa-apa sahaja kata ganti nama tanya : apa,siapa,mana
yang anda suka yang anda suka.
40 Berikut ialah butir-butir Yang berikut ialah butir- Ayat tergantung = FK + FN
tentang program ….. butir tentang program… Transformasi pengguguran =
Perkara yang berikut / Yang berikut..
41 Setengah orang tidak Sesetengah / Setengah- Kata bilangan tak tentu tidak boleh
suka …. setengah orang tidak suka. disingkatkan dengan sewenang-wenangnya
Setengah = separuh
42 Dia kata kepada saya. Dia berkata kepada saya. KKTT berawalan ber-,ter-,men-, tidak boleh
Dia senyum kepada Dia tersenyum kepada ditiadakan awalannya.
saya saya.
43 Dia suka baca buku. Dia suka membaca buku. KKT dalam ayat aktif tidak boleh ditiadakan
Ahmad tendang bola Ahmad menendang bola awalan men-.
itu. itu. Kecuali : makan, minum
44 Dia memegang erat- Dia memegang tangan Hukum KKT – diikuti dengan objek.
erat tangan ibunya. ibunya erat-erat.
45 Hal-hal lain / Hukum DM D= diterangkan M = menerangkan
Lain-lain hal sos cili, keledek goreng, mi maggi
46 Sudah lama saya tidak Sudah lama saya tidak Hukum KKTT = apabila diperluas, perlu diikuti
bertemu keluarganya. bertemu dengan dengan KSN
keluarganya.
47 Saya akan ke sana bila Saya akan ke sana apabila Bila = kata tanya
ada kelapangan. ada kelapangan. Apabila = kata hubung
49 Merujuk perkara di Merujuk kepada perkara Merujuk=KKTT perlu diikuti dengan KSN
atas,. di atas, / Merujuki perkara *Perkara di atas dirujuk.(salah)= pasif
di atas…. sepatutnya dirujuki

RUMUS AYAT DUA OBJEK ( Kata Kerja Dwitransitif )

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i


meN-…-kan ( penanda kausatif ) Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada
- menyebabkan jadi Ahmad.
meN-…-i ( penanda lokatif ) Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
- menjadi tempat menerima hadiah
RUMUS men-…-kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada
men-…-i = Objek Bernyawa
CONTOH LAIN Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah.

17
Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-..kan dan meN-…
meN-…-kan ( penanda benefaktif ) Kakak membuatkan ayah secawan kopi.
- memberikan manfaat
meN-… Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.
RUMUS meN-…kan = Objek Bernyawa
men-… = Objek Tidak Bernyawa = untuk
CONTOH LAIN Ibu menjahitkan ayah sepasang baju.
Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.

(*) tanda asterisk = ayat yang tidak gramatis

Lampiran : Penanda Wacana – Perenggan pendahuluan dan Penutup


Pendahuluan (A1) Contoh:
a) Pada era globalisasi ini, Takrif atau maksud Stres atau tekanan bererti keadaan hidup
b) Pada zaman yang tidak stabil dan tidak tenteram.
pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus (A2) menyentuh isu semasa yang Contoh:
kemodenan ini, berkaitan dengan tajuk. Setiap orang yang menghadapi stres
d) Dewasa ini, biasanya berada dalam keadaan resah
e) Pada masa ini, gelisah, tidak dapat mengawal perasaan
marah dan berkeadaan serba tidak kena

18
f) Dasawarsa ini, seperti cacing kepanasan.
g) Dalam meniti kehidupan (A3)
pada marcapada, Huraian isu semasa
h) Sejak negara menikmati (A4)
arus kemerdekaan, Pendapat tokoh
(A5) Pada hemat saya ___________ ini perlu
Pendapat penulis ______________segera sebelum keadaan
menjadi lebih buruk.
APA
(isi)
MENGAPA
(Huraian)
Perenggan Isi – Isi dan huraian isi
BAGAIMANA/KESAN DARIPADA
APA
(Huraian)
CONTOH/BUKTI
Penanda wacana Penyataan Sebab Harapan
Kesimpulannya, Dapat dirumuskan bahawa Sesiapa yang mengalami Hadapilah stres dengan
Intihanya, cara terbaik untuk stres haruslah bijak untuk tabah dan buatlah
Secara tuntas, mengatasi masalah stres mengawal emosi dan lonjakan saujana dalam
Konklusinya, adalah dengan belajar tindakannya serta membina modal insan
Sebagai penutup wacana, melayari melayari hidup mendapatkan nasihat demi memajukan negara
Sebagai penghias bicara akhir, dengan tenang. daripada orang lain. ini.
Sebelum mengakhiri wacana ini,
Secara keseluruhan,
Secara total

Peribahasa  Bak kata peribahasa,  Persis kata mutiara


 Bak kata orang tua-tua,  Persis peribahasa,
 Bak kata mutiara,  Persis kata cendiakawan,
 Bak peribahasa,  Hal ini sama dengan peribahasa,
 Bak kata cendiakawan,  Senario ini persis dengan
 Persis kata peribahasa, peribahasa melayu, yakni
 Persis kata peribahasa melayu, persis  Masalah ini sama dengan
kata orang tua-tua peribahasa
 Bagaimana acuan begitulah kuihnya
 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
 Bagai menatang minyak yang penuh
Lampiran : Kosa Kata Terpilih

Perkataan Maksud
Alternatif (pilihan)
Banyak negara di dunia sedang mencari alternatif lain bagi menggantikan bahan
bakar fosil.
Aplikasikan (kegunaan pada praktiknya)
Segala teori yang dipelajarinya tidak ada maknanya jika tidak aplikasikan untuk
mengetahui keberkesanannya.

19
Berpotensi (berkemampuan/berkesanggupan)
Bidang teknikal dan vokasional berpotensi menawarkan peluang kerjaya yang
baik seiring dengan pembangunan negara.
Dimensi (aspek/sudut)
Satu dimensi baharu perlu dicari dan diterokai supaya kecermelangan itu akan
menjadi sesuatu yang hakiki dan abadi
Dimanipulasi (dipergunakan)
Kaum wanita dan kanak-kanak sering dimanipulasi dalam iklan dengan tujuan
melariskan sesuatu produk.
Evolusi (perkembangan atau perubahan secara beransur-ansur)
Kemajuan evolusi televisyen masa kini bakal mengubah persepsi tontonan
dengan lebih jelas dan nyata.
Ekuiti (pemilikan saham biasa)
Pegangan ekuiti bumiputera dalam pelaburan saham masih rendah dan tidak
berdaya maju.
Inisiatif (daya usaha)
Kementerian Pelajaran bersama agensi berkaitan akan memikirkan inisiatif
untuk membantu para pelajar menguasai bidang kemahiran yang sesuai supaya
mampu meningkatkan bidang pelajaran dan kerjaya.
Integriti (menjurus kepada maksud kejujuran, keadaan yang sempurna dan utuh, dan
boleh juga merujuk kepada kualiti untuk menjadi seorang yang jujur, boleh
dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited
menjalankan tugas dan berpegang kepada janji)
Kalau masyarakat tidak menjaga integriti sudah tentu struktur negara mudah
dipengaruhi unsur negatif.
Inovasi (sesuatu yang baru diperkenalkan)
Kretiviti dan inovasi modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan negara
mampu melonjakkan pencapaian ekonomi negara.
Ironi (keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan) Ironinya slogan 1
Malaysia ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang
lingkup perlaksanaan dasar itu sendiri.
Keberhasilan (tercapai sesuatu matlamat)
Suatu keistimewaan lain yang terdapat dalam novel Melunas Rindu itu ialah
keberhasilan pengarang menggunakan teknik plotnya.
Kebolehcapaia (kemampuan)
n Penjualan rokok empat belas batang diharamkan bagi mengehadkan
kebolehcapaian awam terhadap rokok terutamanya kalangan remaja.
Kelestarian (keadaan lestari/kekal semula jadi)
Kelestarian pembangunan dan perpaduan negara merupakan tanggungjawab
kita bersama.
Komited (iltizam)
Pelajar yang komited terhadap tanggungjawabnya sebagai pelajar pasti menjadi
pelajar cemerlang.

20
Kontroversi (pertelingkahan pendapat)
Ahli politik sering menjadikan isu-isu kecil suatu yang kontroversi dalam
perdebatan mereka di parlimen.
Kreativiti (kemampuan mencipta)
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa para pelajar supaya mampu dan menerokai
bidang baharu yang berpotensi untuk mencipta kekayaan baru negara serta
mampu mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.
kredibiliti (kebolehpercayaan)
Kebanyakan penulis blog tidak beretika dan kredibiliti penulisnya boleh
dipersoalkan.
Liabiliti (bebanan/hutang; mendukung biawak hidup)
Ada ibu bapa yang beranggapan memelihara anak kurang upaya satu lialibiliti.
Lonjakan (dorongan atau desakan untuk mencapai sesuatu) Ekonomi negara kita
memerlukan lonjakan baharu sekiranya mahu bersaing dengan ekonomi negara
jiran.
Mapan (mantap)
Penulis baharu yang ingin berjaya dalam bidang penulisan perlu banyak belajar
daripada penulis yang sudah mapan.
Memacu (menggerakkan/memesatkan)
Hari ini, prasarana jalur lebar berperanan penting memacu ekonomi, pelajaran
dan gaya hidup yang lebih berteknologi.
Momentum (daya yang mendorong gerakan)
Para pelajar yang ingin terus berjaya perlu sentiasa mengulangkaji pelajarannya
supaya momentumnya berkekalan.
Optimis (selalu menaruh harapan baik)
Saya begitu optimis tentang pencapaian negara untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020
Persepsi (tanggapan)
Tenaga kerja tempatan kurang daya tahan telah menimbulkan pelbagai persepsi
dalam kalangan pelabur asing.
Provokasi (perbuatan yang membangkitkan kemarahan)
Pihak pembangkang sering membuat provokasi terhadap sesuatu isu yang
dibangkitkan dalam parlimen.
Retorik (menggunakan bahasa yang indah-indah dan muluk-muluk untuk mempengaruhi
pemikiran pendengar)
Pidato yang disampaikan oleh ahli politik itu penuh dengan retorik sedangkan
isinya kosong.
Sensitiviti (kepekaan)
Apabila kita memperkatakan sesuatu isu perpaduan kita hendaklah mengambil
kira sensitiviti kaum-kaum yang bermastautin di negara ini.
Spekulasi (pendapat yang tidak berdasarkan fakta)
Banyak berita yang dilaporkan media hanya spekulasi untuk menarik perhatian
pembaca.

21
Suspek (orang yang disyaki melakukan jenayah/orang kena tuduh)
Salah seorang suspek anggota kumpulan sindiket kad kredit palsu telah ditahan
polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.
Transisi (peralihan)
Pilihan bidang pengajian yang dibuat akan menentukan bukan sahaja haluan
kerjaya pelajar malahan juga masa depan negara kerana Malaysia sedang
mengalami satu proses transisi ekonomi yang penting.
Transformasi (perubahan bentuk sifat, rupa, keadaan)
Kepakaran cerdik pandai tanah air sangat diperlukan bagi membantu negara
melalui proses transformasi dalam pelbagai bidang strategik.
Variasi (kelainan atau kepelbagaian)
Variasi reka bentuk batik tempatan tidak terhad dan banyak berubah mengikut
cita rasa semasa.
Waima (sama ada/ walaupun)
Apa-apa pun yang dibuat manusia, waima dengan perang, manusia tidak akan
berjaya menegakkan kebenaran.
Wahana (saluran atau perantaraan)
Radio dan Televisyen Malaysia seharusnya menjadi wahana komunikasi ilmu
yang sekaligus wahana komunikasi budaya yang berkesan.
Akar umbi (berasas pada asal)
Kepakaran yang dimiliki mahasiswa dalam bidang profesional dan teknologi tidak
akan bermakna sekiranya gagal dicurahkan kepada masyarakat di peringkat akar
umbi.
Arus perdana (perkembangan semasa yang sedang berlaku)
Perdana Menteri menyatakan bahawa tiada kawasan di negara ini disisihkan dari
arus perdana pembangunan.
Berdaya maju (berkemampuan untuk maju)
Usahawan bumiputera sepatutnya lebih berdaya maju dalam menghadapi dunia
perniagaan yang begitu kompentitif dan mencabar.
Berdaya saing (berkemampuan bertanding)
Para pelajar sewajarnya kreatif dan inovatif supaya lebih berdya saing dalam
menghadapi dunia globalisasi yang penuh pancaroba.
Di hujung jari (mudah dan cepat)
Komuniti luar bandar boleh menggunakan jalur lebar untuk mencari maklumat
dan mengakses maklumat di hujung jari tanpa perlu pergi jauh.
Dunia maya (berkaitan internet/ alam khayalan) Sama ada kita di dunia maya atau realiti, kita
termaktub pada undang-undang.
Garis panduan (protokol/petunjuk)
Setiap institusi pendidikan di negara kite telah diperuntukkan garis panduan
kelakuan baik dalam kalangan murid mahupun guru.
Gaya hidup (budaya atau cara menjalani kehidupan)
satu daripada langkah mengawalpenyakit ialah dengan mengamalkan gaya hidup
sihat.

22
Hala tuju (matlamat)
Para pelajar perlu mempunyai hala tuju yang betul supaya masa depan mereka
terjamin.
Jalur lebar (infostruktur/broad band)
Tidak kira miskin atau kaya, di kota atau di desa, jalur lebar akan menjadi
pemangkin kepada perkembangan budaya dan sosioekonomi negara.
Kad kredit (sejenis kad yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang digunakan untuk
mengganti penggunaan wang tunai)
Kini penggunaan kad kredit semakin popular kerana memberikan kemudahan
berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai.
Kuasa beli (keupayaan membeli/memperoleh)
Kerajaan telah berusaha meningkatkan taraf hidup serta kuasa beli rakyat
berpendapatan rendah supaya kehidupan mereka tidak terus dihimpit
kemiskinan.
Laman (laman web/ website)
sesawang Banyak faedah yang diperolehi daripada blog dan laman sesawang jika kita
melayari internet.
Langit terbuka (berkaitan internet/bebas tanpa halangan dan batasan)
Dalam era langit terbuka kini, segala informasi seperti berada di hujung jari
sahaja.
Media baharu (komputer dan internet)
Mutakhir ini, pengendali media baharu yang tidak bertanggungjawab begitu
bebas beroperasi hingga sanggup membuat gambar palsu terhadap pemimpin
negara.
Mercu tanda (ikonik)
Bangunan Negara Berkembar Petronas merupakan mercu tanda utama negara
kita sebagai bukti kemajuan negara.
Mesra (mudah digunakan)
pengguna Kebanyakan peralatn elektronik yang dicipta masa kini lebih bersifat mesra
pengguna untuk memudahkan pengguna.
Modal insan (sumber/tenaga/kuasa manusia)
Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting terhadap pencapaian
pelajaran anak-anak untuk melahirkan modalinsan berkualiti pada negara.
Nilai tambah (mempertingkat kualiti)
Menteri Perdagangan sering menyarankan kepada pihak indusri supaya
mengeluarkan produk yang diberikan nilai tambah sekiranya barang keluaran
tempatan hendak mendapat pasaran meluas di peringkat global.
Naik taraf (menambah status)
Semua jalan kampung di seluruh negara telah dimasukkan dalam projek naik
taraf bagi keselesaan dan kemudahan penduduk.
Pakej (keseluruhan galakan)
ransangan Baru-baru ini kerajaan telah melaksanakan pakej ransangan ekonomi sebagai
langkah merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

23
Suri teladan (menjadi contoh)
Kejayaan luar biasa seorang suri teladan misalnya berupaya memberi iltizam
baharu kepada generasi muda untuk mencipta kejayaan sendiri.
Tanda aras (indicator/petunjuk)
Para pelajar di sekolah luar bandar yang dilengkapi dengan prasarana
pendidikan terkini pasti mampu mencapai tanda aras yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tinjauan mesra (bersilaturrahim)
Tinjauan mesra yang dilakukan oleh perdana menteri terhadap rakyat
merupakan satu pendekatan yang amat berkesan dalam memenangi hati rakyat.
Turun padang (mendasari/bersekemuka)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering turun padang mendekati
rakyat dn mengambil tindakan daripada hasil maklum balas rakyat di peringkat
akar umbi.
Lampiran : Senarai Peribahasa Tingkatan 4 dan 5

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

24
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
20. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
21. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
22. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
25. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
26. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
27. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
28. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.
29. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
30. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
31. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
32. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
33. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
34. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
35. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
36. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
37. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
38. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

25
39. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
40. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
41. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
42.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
43. berbesar hati
Maksud : Gembira.
43. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

44. tuan rumah


Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
45. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
46. batu penghalang
Maksud : Halangan
47. untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
48. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Contoh Mutiara Kata


1. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan
sebesar-besar dosa adalah berdusta
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya.( Hamka).
3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selama-lamanya tidak akan maju. (Home)
4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat
menunjukkan kesalahan kamu.
5. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
6. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan"
(Surah Yusuf:18)
7. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
8. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat
untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
9. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa
yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya
mati. (Saidina Ali Abu Talib)

26
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari
esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesihatan yang hilang
boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik , tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

27

Anda mungkin juga menyukai