Anda di halaman 1dari 5

2

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

22 Januari 2015

.............................................................
Mohd Amar bin Md Arif
P 66370

PENGHARGAAN

Alhadulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah keizinan dan kurnianya, dapat saya
menyempurnakan Kertas Projek I dan Kertas Projek II ini pada masa yang ditetapkan walaupun
menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran di dalam menyempurnakannya.
Terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia saya, Prof. Madya Dato Dr. Abdul Razaq
bin Ahmad, serta pensyarah Ijazah Sarjana Sosiologi Pendidikan, Dr. Mohd Mahzan bin Awang
dan juga seluruh warga Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di atas
segala kerjasama, tunjuk ajar dan ilmu yang telah diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih saya ucapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa
tuan.
Kepada ibu tercinta, Puan Hjh. Supiah binti Saad, terima kasih di atas doa restu dan juga
menjadi tunjang semangat sepanjang tempoh penghidupan ini. Kepada arwah ayah, Allahyarham
Md Arif bin Lebai Man, dirimu tetap diingatan dan doa sentiasa dititipkan sebagai tanda
kesyukuran dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan selama hayat yang lalu. Tidak dilupa
juga kepada semua ahli keluarga dan insan-insan yang rapat dalam hidup ini kerana tidak pernah
jemu memberi sokongan dan bantuan dari pelbagai sudut sepanjang tempoh menimba ilmu di
sini. Semoga Allah berkati hidup kalian.
Terima kasih juga kepada teman seperjuangan, yang sama-sama menuntut ilmu di bumi
Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Tanpa nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan kalian,
mungkin saya tidak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
individu dan kumpulan-kumpulan ahli masyarakat yang terlibat dalam kajian yang telah
dijalankan ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda semua, amin.
Sekian terima kasih

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kegunaan masa senggang, pengisian aktiviti masa
senggang dan kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar. Kajian
juga adalah bagi mengenal pasti perbezaan kegunaan masa senggang, pengisian aktiviti masa
senggang dan kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar
berdasarkan jantina dan etnik. Selain itu juga, kajian dijalankan bagi mengenal pasti hubungan
antara kegunaan masa senggang, pengisian aktiviti masa senggang dan kecenderungan pemilihan
aktiviti masa senggang dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Kajian menggunakan
analisis deskriptif untuk menentukan profil demografi kajian dan analisis inferensi yang
digunakan adalah ujian t tidak bersandar, analisis Kruskal Wallis dan seterusnya ujian Korelasi
Spearman. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap kegunaan masa
senggang lebih tinggi (min = 3.02 dan sp = 0.38) dan tahap pengisian aktiviti masa senggang
(min = 2.68 dan sp = 0.41) lebih tinggi daripada pelajar perempuan, manakala tahap
kecenderungan pemilihan aktiviti masa senggang bagi pelajar perempuan pula lebih tinggi (min
= 3.77 dan sp = 1.03) berbanding pelajar lelaki. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan kegunaan masa senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan etnik (Chi Square =
0.502 dan sig = 0.778 (p>0.05), tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengisian aktiviti masa
senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan etnik (Chi Square = 1.696 dan sig = 0.428
(p>0.05) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecenderungan pemilihan aktiviti masa
senggang dalam kalangan pelajar berdasarkan etnik,(Chi Square = 1.138 dan sig = 0.566
(p>0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kegunaan masa senggang dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum (r = 0.026 dan sig =
0.738 (p>0.05), tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengisian aktiviti masa senggang
dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum,( r = 0.038 dan sig = 0.623 (p>0.05) dan juga
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan memilih masa senggang dengan
penglibatan pelajar dalam kokurikulum, (r = 0.012 dan sig = 0.881 (p>0.05). Oleh hal yang
demikian, hasil dapatan ini membawa maksud bahawa waktu senggang pelajar tidak
mempengaruhi atau mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penglibatan
kokurikulum pelajar. Diharapkan, apabila memahami kajian ini, pihak yang
bertanggungjawab terutamanya pihak pentadbiran sekolah, masyarakat dan
ibu bapa perlu lebih peka dan memainkan peranan yang utama dalam
merencanakan aktiviti-aktiviti sampingan pelajar dan anak-anak dalam
membantu mereka memilih dan melakukan aktiviti yang berfaedah dan
berproduktiviti dalam tempoh masa senggang mereka. Perancangan yang
rapi mampu memberi kesan yang positif kepada pelajar serta menarik minat
mereka untuk melaksanakan aktiviti tersebut..

ABSTRACT

This study was conducted to determine the use of spare time, spare time activities, and trends in
the selection of leisure activities among students. The study also was to identify differences in
the use of spare time, spare time activities, and the tendency selection of leisure activities among
students by gender and ethnicity. In addition, surveys were conducted to identify the relationship
between the use of spare time, spare time activities, and the tendency selection of leisure
activities with student involvement in co-curricular activities. Studies using descriptive analysis
to determine the demographic profile of the study and analysis of inference used was the
independent t test, Kruskal Wallis and Spearman correlation test next. The findings show that
male students have drunk higher use of spare time (min = 3.02 and SP = 0.38) and the level of
replenishment of spare time activities (mean = 2.68 and SP = 0.41) higher than female students,
while the tendency of the selection of leisure activities for female students was higher (mean =
3.77 and sP = 1.03) than male students. Further, there is a significant difference in the use of
leisure time among students by ethnicity (Chi Square = 0.502 and sig = 0.778 (p> 0.05), there
was no significant difference in charging leisure activities among students by ethnicity (Chi
Square = 1.696 and sig = 0.428 (p> 0.05) and no significant differences in the likelihood of
selection of leisure activities among students by ethnicity, (Chi Square = 1.138 and sig = 0.566
(p> 0.05). the study also showed that there was no significant relationship between use of spare
time with student involvement in co-curricular activities (r = 0.026 and sig = 0.738 (p> 0.05),
there was no significant relationship between the charging of leisure activities with student
involvement in co-curricular activities, (r = 0.038 and sig = 0.623 (p> 0.05 ) and also there is no
significant relationship between the tendency to prefer free time with student involvement in cocurricular activities, (r = 0.012 and sig = 0.881 (p> 0.05). Therefore, these findings mean that
students do not affect the free time or have a significant relationship with the level of cocurricular student involvement. Hopefully, if I understand this study, the party primarily
responsible for the administration of schools, communities and parents need to be more sensitive

and plays a major role in planning activities such students and children in helping them choose
and perform meaningful activities and productivity in during their spare time. Careful planning
can have a positive impact on students and encourage them to carry out these activities ..

Anda mungkin juga menyukai