Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2015
HBML 3303

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

NO. MATRIKULASI

640831025926001

NO. KAD PENGNEALAN

640831025926

NO. TELEFON

013 3798843

E-MEL

normamohdakhir@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PAHANG LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN
Perkara
1.0 Pengenalan
2.0 Rancangan Pengajaran Harian Aplikasi Teori Behaviorisme...
3.0 Kekuatan Dan Kelemahan Teori Behaviorisme ...
4.0 Rumusan ...
Bibliografi ...

1.0

Muka Surat
2 - 6
7 - 11
12 - 14
15 - 16
17

PENGENALAN

Konsep Pemerolehan Bahasa

Tidak kira sama ada bahasa yang disampaikan itu dengan cara lisan mahupun simbol yang
dizahirkan dalam bentuk tulisan. Bahasa juga merupakan antara alat komunikasi yang berkesan
yang hanya akan berlaku apabila wujudnya penutur dan penerima bahasa tersebut.
Berdasarkan teori pemerolehan bahasa, bahasa mampu dikuasai oleh seseorang individu
secara berperingkat (Soenjono, 2003). Ini termasuklah ketika peringkat kanak-kanak yang masih
bayi sehingga meningkat ke alam dewasa yang mampu menuturkan kata-kata yang difahami oleh
masyarakat sekeliling. Hal ini berpunca daripada perkembangan otak yang sememang berlaku
bagi setiap manusia yang normal yang mana mereka sendiri telah mempelajari bahasa tersebut
secara tidak formal yang berlaku disekeliling individu tersebut. Ia termasuklah komunikasi
dalam keluarga mahupun masyarakat jiran yang berlaku sehari-hari mereka membesar.

Konsep Teori Behaviourisme


Berdasarkan apa yang telah dikaji oleh Ivan Pavlov yang menyatakan bahawa setiap rangsangan
akan menghasilkan gerak balas. Rangsangan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam bentuk
tenaga yang dapat dilihat dengan mata kasar semata-mata, malah juga dapat berlaku dalam
pembelajaran seseorang. Seiring dengan konsep pemerolehan bahasa yang telah dijelaskan di
atas, sudah pasti individu yang duduk dalam sesebuah masyarakat atau keluarga mampu untuk
mempelajari bahasa yang digunakan oleh mereka bagi tujuan komunikasi.
Dalam pembelajaran pula, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengambil
tempat masing-masing ketika guru masuk ke kelas, murid akan terlazim untuk bergegas ke
tempat duduk masing-masing apabila guru melangkah masuk ke kelas. Maka dapat dilihat di sini
bahawa arahan guru adalah sebagai rangsangan manakala tindakan murid ke tempat masingmasing adalah gerak balas mereka sendiri yang telah terlazim. Hal ini dapat dijelaskan bahawa
pembelajaran telah berlaku ke atas setiap murid dalam kelas tersebut (Ahmad, 2006).
Sebagaimana Ivan Pavlov menyatakan bahawa setiap rangsangan akan menghasilkan gerak balas
dan gerak balas yang telah terlazim tersebut adalah pembelajaran.
Dalam kajian beliau, yang telah menggunakan anjing sebagai bahan uji kaji dengan
memerhatikan kelenjar air liur haiwan tersebut. Ini kerana beliau tahu bahawa anjing akan
2

mengeluarkan air liurnya apabila terdapat makanan di hadapan untuk dimakan (Todes, 2000).
Maka dengan itu Pavlov telah mewujudkan empat situasi yang berbeza terhadap anjing tersebut.
Antara situasi yang telah dijalankan sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual 1:
Situasi
1

Rangsangan
Gerak Balas
Makanan
ditunjukkan Anjing mengeluarkan

(RTT)
Loceng dibunyikan (RN)

Makanan

Catatan
air

liur (GTT)
Anjing tidak menunjukkan

apa-apa respons
diberikan Anjing mengeluarkan

(RTT)
Loceng dibunyikan tanpa Anjing
diberi makanan (RT)

air Dilakukan secara berulang

setelah loceng dibunyikan liur (RT)


4

kali
mengeluarkan

air

liur (GT)

Petunjuk:

* GTT : Gerak balas Tidak Terlazim

* RTT : Rangsangan Tidak Terlazim

* RT : Rangsangan Terlazim

* RN: Rangsangan Neutral


* GT : Gerak balas Terlazim
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Pavlov, dalam Situasi 1 apabila anjing diberikan
makanan (RTT) oleh itu ia menghasilkan tindak balas anjing akan mengeluarkan air liur (GTT).
Setelah itu, Pavlov telah mewujudkan situasi baru iaitu membunyikan loceng (RN). Ketika ini
anjing tidak memberi sebarang gerak balas mahupun mengeluarkan air liur sebagaimana yang
dilakukan dalam Situasi 2.

Dalam menjalankan eksperimen ini, Situasi 3 yang mana beliau telah memberi anjing makanan
(RTT) setelah mendengar bunyi loceng (RT) terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur
akibat pemberian makanan dan situasi ini telah dilakukan secara berulang kali. Setelah itu,
Pavlov telah menjalankan Situasi 4 yang mana menjalankan rancangan terlazim iaitu
membunyikan loceng namun kali ini tanpa makanan. Namun begitu, secara tidak langsung anjing
telah memberikan respons dengan mengeluarkan air liur dari mulutnya (GT).

Melalui eksperimen ini telah membuktikan bagaimana cara untuk membentuk perilaku
anjing apabila mendengar bunyi loceng ia akan bertindak balas dengan mengeluarkan air liur
walau tanpa kehadiran makanan ditunjukkan kepada anjing tersebut.
Pada awalnya anjing tidak memberikan respons ketika mendengar bunyi loceng. Namun setelah
dilazimi dengan secara terus menerus diberikan rangsangan berupa bunyi loceng, maka dengan
secara tidak langsung anjing mengeluarkan air liur walau tanpa mewujudkan makanan. Walau
bagaimanapun, extinction atau penghapusan akan berlaku sekiranya loceng dibunyikan tanpa
makanan secara berulang kali.
Seterusnya kajian ini telah dikembangkan oleh tokoh Teori Behaviourisme yang seterusnya iaitu
B.F. Skinner (1938) yang telah menghasilkan buku yang Behavior of

Organism. Skinner

merupakan pengikut kepada Ivan Pavlov dan mengambil keputusan untuk mengembangkan teori
ini yang mana beliau menyatakan bahawa teori ini mampu diaplikasikan di dalam kelas.
Antara pendapat Skinner yang telah dikembangkan adalah memberikan suasana yang kondusif
ketika melakukan aktiviti-aktiviti belajar. Sebagai contoh guru ataupun fasilitator melaksanakan
kegiatan membaca kepada aras yang senang dan menarik dengan menciptakan ruang baca yang
nyaman. Malah, kawasan ruang membaca tersebut juga dihiasi dengan warna dan gambar yang
menarik untuk menarik minat.
Selain itu, Skinner juga menyatakan pendapat beliau bahawa perlu membantu pelajar dalam
menyelesaikan sesuatu perkara secara bebas dan mudah. Lebih-lebih lagi perkara ini dituntut
ketika dalam situasi-situasi yang cemas atau menekan. Misalnya guru mendorong pelajar yang
pemalu untuk mengajar pelajar yang lain tentang cara memahami isi pelajaran.
Malah Skinner juga berpendapat bahawa guru hendaklah membantu pelajar untuk mengenal
sama ada perbezaan mahupun persamaan terhadap situasi-situasi sehingga mereka dapat
mengenal pasti dan menggeneralisasikan dengan mudah dan tepat. Sebagai contoh guru
melaksanakan meningkatkan keyakinan pelajar yang risau dalam menghadapi ujian. Melalui
kata-kata semangat yang diberikan ia mampu memberikan sebuah semangat baharu kepada
pelajar tersebut. Ini juga dikenali sebagai proses generalisasi.

Beralih kepada Edward Lee Thorndike yang telah menjalankan eksperimen lain namun masih
lagi di bawah teori ini. Bahan eksperimen yang digunakan oleh Thorndike adalah seekor kucing.
Beliau ingin menguji bahan uji kaji berkaitan hubungan rangsangan dan gerak balas melalui
sebuah proses yang sistematik (Dardjowidjojo, 2005).

Kucing lapar dimasukkan ke dalam sangkar yang dilengkapi


dengan pembuka apabila disentuh.

Daging diletakkan di luar sangkar. Kucing gagal untuk keluar.

Kucing tidak sengaja menekan tombol. Kucing berjaya keluar.

Kucing dimasukkan semula. Masa yang diambil untuk keluar


semakin cepat.

Rajah 1 Uji kaji Teori Behaviourisme oleh Thorndike

Berdasarkan carta aliran di atas bahawa kita lihat kucing yang telah digunakan oleh Thorndike
telah dizalimi dengan menjalankan perkara yang sama dengan hanya mengulangi aktiviti yang
sama. Pada awalnya, kucing yang lapar itu berusaha untuk mencari jalan keluar dengan berlaku
mundar-mandir dalam sangkar kerana ingin mencari jalan keluar untuk mendapatkan daging
yang diletakkan di luar. Bukan itu saja, pada ketika ini juga kucing telah gagal dalam
memastikan dirinya untuk dapat keluar.
5

Setelah mengambil masa yang lama, kucing tak semena-mena telah menekan tombol yang
merupakan kunci untuk membuka sangkar tersebut. Pada kali kedua kucing yang sma
dimasukkan ke dalam sangkar yang sama, namun kali ini, tempoh yang diambil oleh bahan uji
kaji mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan sebelumnya. Begitulah yang berlaku
seterusnya sehinggakan kucing berjaya mengeluarkan diri dengan mudah dan cepat.
Sebagaimana pendapat BF Skinner telah dihuraikan di atas, jelas bahawa teori ini sememangnya
sesuai dijalankan di dalam kelas. Malah, keberkesanan ini juga terjamin kerana ternyata sifat
manusia yang mampu untuk dibentuk dengan adanya rangsangan yang terlazim sehinggakan
dapat menghasilkan gerak balas yang positif.
Sesuai dengan hasil keputusan yang diperolehi daripada eksperimen Thorndike yang mana
menjelaskan bahawa seseorang itu mampu menjadi mahir dalam sesuatu kemahiran sekiranya ia
mengulangi dan melazimi dengan baik.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN APLIKASI TEORI BEHAVIORISME


Tarikh

: 9 April 2013

Masa

: 10.00 pagi- 11.30 pagi ( 1 Jam 30 minit)

Bilangan Pelajar

: 19 orang
6

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3 Inovatif

Tema

: Perpaduan

Tajuk

: Masyarakat Majmuk di Malaysia

Fokus Utama

3.2

Menulis huruf,suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan
kemas.

3.2.6

Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat :


1. Melabelkan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 jenis ayat tunggal dan ayat majmuk.
2. Menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 4 ayat tunggal dengan betul.
3. Mencatat sekurang-kurangnya 3 daripada 4 ayat majmuk secara mekanis dengan kemas.

Sistem Bahasa

: ayat tunggal dan ayat majmuk

Pengisian Kurikulum

1. Ilmu

: membezakan jenis ayat tunggal dan ayat majmuk

2. Nilai

: kerajinan, keberanian, dan kebebasan

3. Peraturan Sosiobudaya

: menggunakan kesantunan dan laras bahasa mengikut

keadaan
Kemahiran Bernilai Tambah :
1. Kecerdasan Pelbagai

: verbal lingusitik, visual dan ruang

2. Kemahiran berfikir

: membanding dan membezakan, mengelaskan

3. Belajar Cara Belajar

: menulis dengan tulisan yang kemas

Konsep 5P :
1. Penggabungjalinan

: kemahiran membaca dan menulis

2. Penyerapan

: penyerapan subjek PSK di bawah tema Malaysia


Negaraku

3. Pemulihan

: mencatat ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah


disediakan

4. Penggayaan

: membina 2 ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan


kata hubung yang disediakan

5. Penilaian

: murid menjawab latihan yang diberi

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid mempunyai pengetahuan mengenai kata hubung

Alat Bantu Mengajar

: kad teka-teki dan kad label

Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

1. Murid diedarkan kad teka-teki.

ABM :

(5m)
10.00
10.05 pagi

Masyarakat
majmuk

Malaysia

di 2. Murid diminta untuk memadankan Kad teka-teki


kad teka-teki di papan putih.
3. Murid ditanyakan mengenai gambar KP :
8

yang terhasil daripada kad teka-teki.


4. Murid

diterangkan

Visual

dan

mengenai ruang

pembelajaran hari ini.

KB :
Membanding
dan
membezakan
Nilai :

Langkah 1
(20 minit)
10.05

Mengenal

pasti

ayat tunggal dan

ayat majmuk

10.25 pagi

Keberanian
1. Murid dijelaskan ayat tunggal dan ABM :
ayat majmuk.

Kad label

2. Murid diperlihatkan contoh ayat


tunggal dan ayat majmuk oleh KP :
guru dipapan putih.

Verbal

3. Murid diminta untuk mengenal lingustik


pasti

ayat

majmuk

tunggal
dengan

menggunakan

dan

ayat

melabelkan KB :

bahan

bantu Mengelaskan

mengajar.
4. Murid

membincangkan

hasil Nilai :

perbincangan bersama guru.

Langkah 2
(20 minit)
10.25

Menulis semula 1. Murid diminta menyalin aktiviti suai KP :


ayat tunggal

kebebasan

dan padan yang ada di papan putih.

Verbal

2. Murid diminta untuk menyelesaikan linguistik

10.45 pagi

aktiviti suai dan padan di papan


putih.
3. Murid

BCB :
diminta

menyalin

semula Menulis

jawapan yang telah dibincangkan dengan kemas


bagi membentuk ayat tunggal yang
sempurna.
Langkah 3

Nilai :

Keberanian
Menyalin semula 1. Murid diberikan latihan berkaitan KP :
9

(35 minit)
10.45

ayat majmuk

11.20

dengan ayat majmuk.

Verbal

2. Murid diberi bimbingan oleh guru linguistik


dalam menyelesaikan latihan.

tengah hari

BCB :
Menulis
dengan kemas
Nilai :
Kerajinan

Penutup

1. Guru mengulas isi pelajaran pada


hari ini.

(10 minit)

2. Guru memberi peneguhan positif.


3. Murid diberi kerja susulan.

11.20

11.30
tengahari

10

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME

Pembelajaran
hanya perpusat
pada guru
Pelajar hanya
mendengarkan
KELEMAH
penjelasan guru
AN
Pelajar kurang
berkomunikasi
dan pemikiran
yang tidak
mengembang

Sesuai untuk
memperoleh
kemahiran yang
memerlukan
praktis dan
latihan
Pemerolehan
KEKUATA
maklumat
N
kemahiran yang
diperolehi
sangat
terperinci
Meningkatkan
daya tumpuan
pemikiran

Rajah 2 Kekuatan dan Kelemahan Teori Behaviourisme


Walaupun tugasan ini telah menjelaskan teori ini dengan sempurna, namun teori ini masih juga
seperti teori yang lain iaitu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan.
Sebagaimana yang kita dapat lihat pada rajah 2, masing-masing mempunyai tiga isi yang akan
dihuraikan sebentar lagi.
11

Kita tumpukan kepada kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam teori ini terlebih dahulu.
Seandainya pengajaran yang dijalankan menggunakan teori ini semata-mata, apa yang akan
berlaku adalah pembelajaran berpusatkan guru semata-mata. Hal ini dapat dijelaskan apabila
guru terpaksa memberi penerangan yang terperinci kepada mereka agar dapat mengetahui
sesuatu kemahiran tersebut dengan terperinci.
Pembelajaran yang berlaku menyebabkan murid mendapat maklumat dengan mudah dan tidak
memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam keadaan yang mencabar yang cabaran ini
dapat memberi pelaung kepada pelajar untuk berfikiran secara lebih jauh.
Malah, dengan cara pembelajaran ini juga telah mendorong pelajar belajar dalam keadaan yang
pasif dan bosan.
Seterusnya, rentetan pembelajaran yang berpusatkan guru ini mencetuskan bahawa murid perlu
mendengar penjelasan guru. Ternyata keadaan ini memerlukan pendengaran yang baik dari guru
apabila guru bertindak menyampaikan maklumat dalam keadaan komunikasi sehala sematamata. Ini kerana, dalam teori ini juga percaya bahawa melakukan apa yang didengar dan dilihat
mampu memberikan penghafalan yang baik. Walau bagaimanapun, ia masih lagi dalam konteks
tidak mencabar pelajar apatah lagi mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.
Hasil daripada ini, maka komunikasi antara pelajar guru serta pelajar dengan pelajar sangat
kurang. Sedangkan, pembelajaran yang berkesan adalah dengan mewujudkan komunikasi dua
hala. Ia kerana dapat mengembangkan pemikiran penutur dan sentiasa memikirkan sesuatu
perkara baharu apabila soalan-soalan yang bermain dalam pemikiran penutur dapat dijawab
mahupun diselesaikan dengan baik. Secara tidak langsung pembelajaran melalui teori ini
sebenarnya menyekat daya imaginasi pelajar dari terus berkembang.

12

Kini kita beralih pula kepada kekuatan teori ini. Antara kekuatan yang dapat dibincangkan adalah
teori ini sangat sesuai bagi sesuatu kemahiran yang memerlukan praktis dan latihan. Secara
amnya, tidak semua kemahiran yang diajar guru dapat dikuasai secara total dengan cepat. Oleh
itu, latihan dan praktis harus dilakukan di bawah bimbingan guru. Sebagaimana yang kita dapat
pada eksperimen Thorndike yang menggunakan kucing manakala daging pula adalah sebagai
matlamat kucing tersebut. Sebagai contoh kemahiran mengukir kayu yang diajarkan perlu
dilakukan latihan dan praktis di bawah bimbingan yang lebih pakar. Tambahan lagi dengan
bimbingan yang secara berterusan ini dapat memastikan bahawa pelajar menguasai sesuatu
kemahiran itu dengan baik.
Selain itu, melalui teori ini juga berlakunya pemerolehan maklumat kemahiran yang sangat
terperinci. Hal ini merupakan antara kekuatan teori ini kerana apabila guru yang mengajar telah
tahu bentuk-bentuk rangsangan yang bersesuaian dan bertepatan untuk menguasai sesuatu
kemahiran dapat diaplikasikan kepada pelajar. Melalui cara ini, kemahiran tersebut pasti dapat
dihadam dengan baik oleh pelajar.

Dengan menggunakan teori ini dalam pembelajaran, ia secara tidak langsung sebenarnya
meningkatkan daya tumpuan pemikiran pelajar. Hal ini dapat kita huraikan apabila pelajar
diberikan tugasan untuk diselesaikan, pelajar tersebut akan menumpukan perhatian sepenuhnya
dalam proses penyempurnaan tugas. Ia berlaku adalah hasil daripada kemahiran serta tunjuk ajar
yang telah diberikan oleh guru dan mereka hanya menggunakan ilmu yang telah diberikan untuk
memenuhi tugasan tersebut. Ia sebenarnya telah meringankan pelajar tanpa harus memaksa
mereka mencari ilmu atau kemahiran sendiri. Maka dengan itu, apa yang mereka harus lakukan
adalah perlu menguasai dengan sebaik mungkin tanpa perlu mencari ilmu tersebut secara susah.

13

4.0 RUMUSAN
Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini, jelas kita dapat lihat bahawa
teori ini sebenarnya dilaksanakan menggunakan pembelajaran berpusatkan guru. Ini bertepatan
dengan kajian yang dijalankan oleh Ivan Pavlov sendiri yang mana belaiu melaksanakan
rangsangan terlazim kepada subjek kajian untuk mengajar sesuatu perkara. Begitu juga dengan
kajian yang dijalankan oleh Thorndike yang telah memasukkan semula subjek kajian beliau iaitu
seekor kucing ke dalam sangkar khas secara berulang-ulang kali. Kedua-dua kajian ini telah
menggunakan tenaga pengajar untuk melazimi subjek kajian atau memberi tunjuk ajar subjek
kajian dalam mendapatkan sesuatu kemahiran.
Tambahan pula, dengan pendapat BF Skinner yang menyatakan bahawa guru perlulah
menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan pelajar dalam memperolehi ilmu, malah guru
juga perlu memainkan peranan dalam mendorong mereka mencapai serta menguasai kemahiran
itu. Pernyataan Skinner ternyata merupakan antara yang menjadi kekuatan teori ini bahawa
murid boleh memberikan daya tumpuan mereka terhadap pembelajaran serta kemahiran yang
diajar secara optimum. Sebagaimana yang telah dibincangkan, ia telah memudahkan murid untuk
menguasai kemahiran secara penuh tanpa membebankan mereka untuk mencari ilmu-ilmu lain
yang mengambil masa yang lama.
Tambahan lagi, apabila guru menggunakan teori ini untuk diaplikasikan dalam pembelajaran,
peniruan kemahiran itu adalah digalakkan kerana pelopor-pelopor teori ini berpegang kepada
peniruan secara positif dapat membantu seseorang individu menguasai kemahiran. Sebagaimana
yang telah dijelaskan dalam teori pemerolehan bahasa pada awal tugasan, bahawa kanak-kanak
yang baru lahir menggunakan teknik meniru cara pertuturan masyarakat sekeliling dalam
menguasai sesuatu bahasa (Shahabudin Hashim, 2006).
Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru bahasa dan lebih-lebih lagi sebagai guru Bahasa
Melayu, penggunaan teori adalah berbalik kepada keperluan seseorang guru untuk mengajar
(Arshad, 2008). Seseorang guru itu perlu menilai kepentingan dan keperluan kemahiran tersebut
14

untuk dikuasai oleh murid mereka serta kemampuan mereka untuk menguasai kemahiran
berbahasa. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu yang mengajar Tatabahasa kepada murid perlu
mengajar mereka terlebih dahulu tentang isi-isi tatabahasa yang diajar. Kata sendi misalnya, guru
perlu menerangkan apakah jenis kata sendi yang ada dan bagaimanakah kata sendi tersebut dapat
digunakan dengan baik.
Setelah mereka mengenali kata sendi, maka guru akan memberikan latihan kepada mereka dalam
menambahkan lagi kefahaman kepada mereka disamping memastikan mereka dapat menguasai
kata sendi tersebut dengan lebih baik.
Manakala bagi kemahiran bertutur yang dijalankan pada setiap hari Isnin dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2011 lagi, sudah tentu pelajar perlu menjalankan
aktiviti tersebut dengan sendiri kerana bertutur hanya dapat dipenuhi sekiranya pelajar sendiri
yang menuturkannya. Ketika ini, peranan guru hanyalah sebagai fasilitator yang mana juga
sebagai pemudah bicara. Maka dengan itu, pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan
murid.
Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa teori Behaviourisme ini boleh digunakan oleh guru
dalam melaksanakan sesebuah Pembelajaran Dalam Pengajaran (PDP) sekiranya seseorang guru
itu dapat mengenalpasti jenis-jenis rangsangan serta keperluan yang penting dalam menguasai
sesuatu kemahiran meskipun teori ini sebahagian besar adalah pembelajaran berpusatkan guru
semata.

(2810 patah perkataan)

15

Bibliografi

Ahmad, M. S. (2006). Psikologi Kanak-Kanak. Selangor: PTS Professional Publishing.


Arshad, M. (2008). Bahasa Melayu - Strategi Perancangan dan Pelaksanaan . Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Dardjowidjojo, S. (2005). Psikologistik: Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia. Jakarta:
Yayasan Obor Indonesia.
Shahabudin Hashim, M. R. (2006). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Skinner, B. (1938). The Behavior of Organisma. New York: Appleton Century Crofts.
Soenjono.

(2003).

Psikoliguistik.

Didapatkan

dari

PTS

Akademik:

https://books.google.com.my/books?
id=7sDMAgAAQBAJ&pg=PA231&dq=ivan+pavlov+kajian&hl=ms&sa=X&ei=ZAQFVZfZN5
aRuATs1oGoCQ&ved=0CEYQ6AEwBw#v=onepage&q&f=false
Todes, D. (2000). Ivan Pavlov- Exploring the Animal Machine. New York: Oxford University
Press, Inc.

16

17

Anda mungkin juga menyukai