Anda di halaman 1dari 1

Johnson Yek Chu Ong PPISMP MT 2 SJKC Ambilan Jun 2014

Refleksi
Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk mendengar taklimat berkenaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Daripada keseluruhan taklimat, saya
mengetahui ada enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya
bersaing pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Saya juga mengenali
PPPM ada 11 anjakan dalam PPPM yang menjadi transformasi dalam pendidikan Malaysia.
Saya tidak mengetahui keberkaitan PPPM dengan guru-guru di Malaysia. Saya telah
mengetahui kementerian pendidikan Malaysia akan mengambil 30 peratus daripada Institut
Pendidikan Guru (IPG) supaya guru yang dilatih mempunyai kualiti yang tinggi dan
wujudnya daya saingan antara Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pendidikan Tinggi Swasta. Hal ini telah menjadi satu dorongan untuk saya bersaing dan
menghasilkan kualiti guru yang tinggi. Saya memandang tinggi kepada profesion keguruan
dan bersiap sedia menghadapi transformasi baru ini. Hal ini kerana anjakan keempat dalam
PPPM telah menerangkan transformasi terhadap guru iaitu mentrasformasi profesion
keguruan sebagai profesion pilihan. Transformasi ini akan menjadi bangga setiap guru.
Saya berasa gembira dan mengambil perhatian kepada aktiviti yang dijalankan.
Selepas penerangan PPPM, kami telah menyertai bengkel sempena dengan taklimat. Kami
lebih terdedah dengan sistem pendidikan melalui aktiviti mengimpikan darjah atau kelas
masa hadapan. Kami membuat penerangan terhadap lukisan gambar sendiri. Saya sebagai
ketua kumpulan kecil saya bertugas untuk menerangkan lukisan kami dan sempurnanya
saya jelaskan kepada rakan-rakan lain. Kami juga berfikir secara mendalam sebab-sebab
kami menjadi guru. Kami yang akan menjadi guru pada masa depan perlu menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi dan mengajar pelajar dengan autonomi yang ada dalam cara
mendidik pelajar. Saya bersyukur mempelajari apa yang ingin disampaikan dan diajar dalam
bengkel ini.
PPPM akan Berjaya sekiranya semua warga pendidikan membuat sesuatu yang
out of the box dan tidak melaksanakan seperti business as usual kata YAB TPM. Ayat ini
sentiasa menjadi dorongan kepada saya untuk menjadi guru yang out of the box. Aktiviti
sepanjang hari itu sangat bermakna kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai