Anda di halaman 1dari 1

Cikgu Saki Sasamori

Unit Bahasa Melayu Kolej MARA Seremban telah menjemput seorang graduan dari
Universiti Tokyo Kasei iaitu Pn. Saki Sasamori pada hari rabu bersamaan 28hb Januari 2015
di dewan kuliah 1. Pn. Saki juga merupakan seorang pengarah di Kodomo Jimusyo Sdn Bhd
dan juga Pengarah Eksekutif Education Kanak-kanak (EKO). Objektif unit bahasa melayu
menjemput beliau ke Kolej MARA Seremban adalah untuk menunjang pelajar tahun satu dan
juga tahun dua program IB supaya lebih mengetahui tentang budaya dan adat orang Jepun.
Ini adalah antara usaha unit bahasa untuk lebih membantu pelajar memahami novel Isteri
Hanaoka Seishu yang mengandungi pelbagai adat dan budaya masyrakat Jepun.
Antara perkara yang diterangkan oleh Pn. Saki adalah mengenai lokasi Jepun di peta
Negara dan juga lokasi beberapa tempat di Jepun yang disebut dalam novel seperti Nate dan
sebagainya. Perkara ini sangatlah berfaedah kepada pelajar IB kerana dapat lebih memahami
dan menyelami latar-latar yang terdapat dalam novel Isteri Hanaoka Seishu. Beliau juga
bercerita tentang adat pakaian orang Jepun di mana beliau mengulas dengan lebih lanjut
tentang adat pemakain kimono dalam masyarakat Jepun. Budaya pemakain yang beliau
menceritakan sangat menarik perhatian pelajar IB tahun satu dan dua kerana merupakan
antara aspek budaya yang paling penting dalam pembelajaran.
Selain daripada itu Pn. Saki juga memainkan beberapa lagu Jepun untuk menceriakan
suasana dan menjemput pelajar kms turut menyanyi dan mengikut beberapa pergerakannya.
Pn. Saki seterusnya mengulas budaya orang Jepun yang menepati masa ini juga antara aspek
penting dalam budaya yang dapat dikaitkan dalam novel Isteri Hanaoka Seishu. Akhirnya
beliau menceritakan beberapa tempat menarik yang terdapat di Jepun seperti Hiroshima dan
Nagasaki, sebelum mengakhiri majlis beliau menerima beberapa solan daripada pelajar kms
yang ingin memperolehi info yang lebih mendalam tentang novel yang dikaji. Majlis ditutup
dengan pemberian sebuah hadiah sebagai tanda penghargaan kesudian beliau untuk
mengadakan ceramah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai