Anda di halaman 1dari 6

Sabar Membawa Berkat

Suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung yang
bernama Kampung Pulai Sebatang. Si suami, Andak berniaga kain batik dan si isteri,
Melor pula menguruskan kerja-kerja rumah.
Setelah beberapa lama berkahwin, mereka mendapat sepasang anak
kembar. Si abang diberi nama Akob. Si adik pula diberi nama Akib. Sejak kelahiran
kembar itu, rezeki Andak semakin bertambah.
Masa berlalu. Andak kini menjadi saudagar kain yang berjaya di kampung itu.
Rumah mereka sudah dibesarkan dan hidup dalam kemewahan. Malangnya
Akob berubah menjadi seorang yang bongkak dan sombong dan tidak menghormati
keluarganya.
Pak Andak sering menerima aduan tentang sikap Akob daripada orang
kampung. Puas sudah dia menasihati Akob, namun tidak diendahkannya.
Ah! Mak ni asyik tak boleh saja, tengking Akob kepada ibunya.
Kenapalah Akob jadi begini, keluh Pak Andak.
Entahlah, bang. Puas sudah saya menasihatinya, tetapi saya pula yang
ditengkingnya. Berbeza benar perangainya dengan Akib, kata Mak Melor.
Dulu masa kita susah, Akob tak begitu. Sejak hidup kita senang, perangainya
terus berubah.
Pada suatu hari, Pak Andak jatuh sakit dan meninggal dunia. Tidak lama
kemudian Mak Melor pula meninggal dunia.
Sejak kematian orang tuanya, Akob semakin liar. Dia berbuat sesuka hatinya.

Akob asyik berfoya-foya dan menghabiskan harta peninggalan orang tuanya.


Suatu hari, Akob menghalau Akib dari rumah.
Kau mesti keluar dari rumah ini! Aku lebih berhak ke atas harta ayah,kata
Akob dengan garang.
Tergamak abang menghalau saya dari rumah ini, kata Akib dengan hiba.
Aku tak peduli! Kau mesti keluar dari rumah ini! tengking Akob sambil
menunding ke pintu.
Akib sungguh sedih kerana terpaksa keluar dari rumah itu.
Ke mana aku hendak pergi? bisik Akib.
Akib berjalan ke arah matahari terbenam. Akhirnya, dia tiba di sebuah gua.
Lebih baik aku bermalam di gua ini. Hari pun sudah senja, kata Akib.
Malam itu, Akib bermimpi bertemu dengan seorang lelaki tua yang berpakaian
serba putih.
Wahai cucu, ambil geliga sakti ini. Esok pagi, berjalanlah ke arah matahari
terbenam. Kau akan sampai ke Negeri Cendana Pura. Pergilah ke istana. Kau
rendamlah batu geliga ini dan renjis airnya kepada puteri yang sedang gering.
Esok paginya, Akib terjaga dan mendapati ada sebiji batu di dalam
genggamannya.
Batu apa ni? tanya Akib lalu teringatkan mimpinya. Dia yakin mimpinya itu
benar.

Akib meninggalkan gua itu dan berjalan ke arah matahari terbenam dan tiba
di sebuah negeri.
Pak cik, apakah nama negeri ini?
Negeri ini bernama Cendana Pura.
Ini negerinya, bisik Akib.
Apakah yang berlaku sehigga semua orang bermuram durja?
Puteri kesayangan kami sedang gering, jawap lelaki tua.
Boleh saya tahu siapa raja yang memerintah negeri ini? tanya Akib.
Raja kami bernama Raja Indera Syah. Kenapa anak bertanya?
Saya ingin mencuba nasib mengubati tuan puteri itu, jawab Akib.
Lelaki tua itu terdiam.
Benarkah anak boleh mengubati tuan puteri kami? tanya lelaki tua itu.
Insya-Allah, pak cik.
Kalau begitu, marilah pak cik hantar anak ke istana, kata lelaki tua itu.
Pengawal

membawa

Akib

menghadap

Raja

Indera

Syah.

Setelah

mengangkat sembah, Akib menyatakan hasratnya untuk mengubati tuan puteri.


Setelah niatnya diperkenankan, Raja Indera syah sendiri mengiringi Akib ke
kamar puteri baginda. Kelihatan tuan puteri sedang terbaring lesu di atas
pembaringan.

Jelitanya puteri ini, detik hati Akib.


Akib merendam geliga saktinya di dalam segelas air lalu direnjiskannya ke
wajah tuan puteri. Sejurus kemudian tuan puteri itu berupaya bangun dan wajahnya
kembali berseri-seri.
Raja Indera Syah terkejut bercampur gembira dan terus memeluk puteri
baginda.
Beta amat terhutang budi kepada kamu. Kamu telah mengembalikan sinar
negeri ini, titah Raja Indera Syah dengan berseri-seri.
Patik hanya menjalankan tanggungjawab, tuanku, sembah Akib.
Siapakah nama kamu dan dari manakah asal kamu, anak muda?
Nama patik Akib, tuanku. Patik berasal dari Kampung Pulai Sebatang. Patik
anak yatim piatu. Sebenarnya, patik mempunyai seorang abang kembar. Namun, dia
menghalau patik dari rumah kerana ingin menbolot harta peningalan ayah kami.
Raja Indera Syah berasa kasihan kepada Akib dan tertarik dengan peribadi
Akib yang elok itu.
Esoknya, Raja Indera Syah memerintahkan bendahara mencanangkan berita
tentang Puteri Teratai Sari yang sudah sembuh dan berita perkahwinan Puteri
Teratai Sari dengan Akib.
Akib terkejut mendengar berita itu. Namun, dalam diam dia gembira kerana
bakal berkahwin dengan seorang puteri yang jelita.
Sejak berkahwin dengan Puteri Teratai Sari, Akib bergelar Raja Muda.
Walaupun

hidup

Raja

menghabiskan masa

Muda

Akib

senang-lenang

namun,

baginda

tidak

dengan sia-sia. Baginda membuka pusat rawatan dan

mengubati orang dengan geliga saktinya.

Berita kemasyhuran Raja Muda Akib sampai ke pengetahuan Akob. Dia


sudah insaf di atas segala perbuatannya dan meminta maaf kepada Akib.
Semasa aku dalam kemewahan, aku lupa segala-gala. Malah, aku tergamak
menghalau adik kandungku sendiri. Sekarang, apabila sudah jatuh miskin, barulah
aku sedar kesilapanku, kata Akob dengan sedih.
Akob mengambil keputusan untuk pergi ke Negeri Cendana Pura untuk
meminta maaf daripada adiknya.
Setelah sampai di Negeri Cendana Pura, Akob singgah di pasar. Dia berharap
mendapat sesuap nasi kerana sejak seminggu yang lalu dia hanya memakan buahbuahan hutan dan pucuk kayu.
Alangkah bertuahnya Puteri Teratai Sari. Raja Muda Akib bukan sahaja
kacak, tetapi sungguh baik budi perkertinya.
Yalah. Walaupun baginda dulu hanya rakyat biasa, baginda tidak lupa diri.
Layak benar baginda dilantik sebagai Raja Muda. Baginda berjiwa mulia.
Ramai sudah rakyat yang diubati baginda.
Baginda patut disanjung.
Boleh tumpang bertanya? celah Akob mendengar perbualan peniaga itu.
Ya. Apakah yang ingin kau tanya? tanya lelaki yang menjual songket.
Siapa Raja Muda yang kalian bualkan?
Raja Muda Akib.
Baginda berasal dari mana?

Kalau tak silap, baginda berasal dari Kampung Pulai Sebatang.


Terima kasih, kata Akob lalu segera beredar dari situ.
Sudah nyatalah kini adiknya yang bergelar Raja Muda di negeri itu.
Setelah bertanya kepada orang jalan ke istana. Akhirnya, hajat Akob
termakbul. Dapat juga dia berjumpa Akib dan meminta maaf kepadanya.
Abang banyak berdosa kepadamu. Abang juga berdosa kepada ayah dan
ibu. Abang menyesal. Abang terlalu asyik dengan harta dunia, kata Akob dengan
linangan air mata.
Sudahlah, bang. Lupakanlah perkara yang lalu. Saya sudah lama
memaafkan abang.
Akob dan Raja Muda Akib berpelukan. Kini barulah lega hati Akob. Raja Muda
Akib mengajak Akob tinggal di istana. Namun, Akob menolak. Oleh itu, Raja Muda
Akib telah memberikan wang kepada Akob untuk memulakan hidup baru.

Anda mungkin juga menyukai