Anda di halaman 1dari 5

GEOGRAFI EROPAH

JULAI
30 minit
__________________________________________________

GEOGRAFI EROPAH
TAHUN 5 & 6
Tiga puluh minit (30 minit)


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan aneka pilihan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi
tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.
4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan
pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak, termasuk muka hadapan






[Lihat sebelah

2

1. Benua Eropah adalah benua yang ___________ terkecil di dunia selepas benua
Oceania/Australia dengan keluasan 10,534,600 km
2
.
A. ke-2
B. ke-5
C. ke-3
D. ke-4

2. Negara seperti Portugal, Perancis, Jerman, Itali, Switzerland, Austria terletak di;
A. Utara Eropah
B. Selatan Eropah
C. Barat Eropah
D. Timur Eropah

3. Berikut ialah kota-kota utama yang terdapat di negara-negara Eropah. Pandanan
manakah yang SALAH
Ibu Kota Negara
A Berlin Jerman
B London Rusia
C Madrid Sepanyol
D Paris Perancis

4. Berikut adalah beberapa keadaan iklim di Eropah, KECUALI
A. Di bahagian pantai barat dipengaruhi iklim laut dari Samudra Atlantik, arus
hangat yang mengalir dari Samudra Atlantik menyebabkan kawasan pantai di
daerah tersebut tidak membeku.
B. Di bahagian Selatan dipengaruhi iklim Laut Mediteranian dan angin dari
kawasan gurun yang panas, sehingga keadaan cuacanya menjadi lebih panas.
C. Di bahagian Utara dipengaruhi iklim kutub yang dinggin.
D. Di bahagian tengah terjadi peralihan iklim sejuk yang kering ke iklim maritim
yang lebih basah
3

Berketinggian 3, 000 meter dari aras laut. Ia gunung tertinggi di
Greece. Masyarakat Greek memikirkan yang Tuhan tinggal di
gunung tersebut. Mereka percaya yang Zeus Bapa segala
Tuhan, duduk di atas puncak yang paling tinggi
5. Pernyataan di atas merujuk kepada?
A. Gunung Olympus
B. Pergunungan Alps
C. Pergunungan Carpathian
D. Pergunungan Caucasus


Gambar rajah 1
6. Gambar rajah 1 di atas ialah salah satu masyarakat di Utara Eropah. Pernyataan
manakah yang benar tentang Masyarakat Sami (The Lapps atau Laplanders) ini.
A. Tinggal di kawasan bandar Norway. Rata-ratanya tidak lagi mengamalkan
kehidupan berpindah rendah dan kehidupan tradisional mereka.
B. Hanya terdapat di negara Finland. Kehidupan tradisional mereka ini masih
mengamalkan kegiatan seperti memburu, memugut hasil hutan dan berdagang.
C. Tinggal di kawasan pedalaman Negara Norway, Sweden, Finland dan di
sebahagian negara Rusia. Sebahagian daripada mereka masih hidup nomad dan
mengamalkan kehidupan tradisional.
D. Seawal abad ke-20, masyarakat ini mengalami perubahan yang dramatik dari
segi politik, ekonomi dan budaya.
4

7. Manakah antara berikut pandanan yang BENAR tentang mesin dan penciptanya dalam
indusri tekstil di Eropah sekitar abad ke-17.
I Flying Shuttle John Kay
II Spinning Jenny James Hargreaves
III Water Frame Sir Richard Arkwright
IV Spinning Mule Samuel Crompton

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

Mengalir menganjur daripada Jerman, kemudian melalui
Ausria dan Selatan Eropah, dan berakhir di Lautan Hitam.
Panjang sungai ini ialah 2, 860 kilometer
8. Pernyataan di atas merujuk kepada salah satu sungai di benua Eropah, yang
dimaksudkan ialah?
A. Sungai Vistula
B. Sungai Rhine
C. Sungai Danube
D. Sungai Lena

9. Kedua-dua negara berikut terkenal dengan sumber ekonomi dan sistem perindustriannya
tersendiri. Manakah antara berikut yang TIDAK TEPAT
Norway Jerman
A Minyak Dan Gas Arang Batu
B Perikanan Minyak Dan Gas
C Pembalakan/Sumber Kayu Sumber Pengeluaran Gula
D Perlombongan (Tembaga) Pembuatan Kereta

5

10. Berikut ialah negara-negara di Eropah yang terkenal dengan pembuatan dan eksport
kereta, terutamanya kereta mewah seperti Ferrari, BMW, Porsche dan Aston Martin,
KECUALI;
A. New Zealand
B. Jerman
C. Itali
D. United Kingdom

11. Kesemua pernyataan berikut adalah BENAR tentang aktiviti perdagangan di Itali pada
zaman Renaissance, KECUALI
A. Dari segi geografi, kedudukan Itali adalah yang strategik, kerana dikelilingi
oleh Laut Mediterranean
B. Kedudukan yang strategik ini membolehkan Itali menjadi persimpangan utama
dan pusat perdagangan.
C. Sistem perdagangan tempatan tidak dapat berkembang dengan meluas kerana
tidak dapat bersaing dengan perdagangan anatarabangsa yang semakin meluas.
D. Bandar pelabuhan yang paling terkenal di Itali ialah Venice dan Genoa.

12. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang sebab kegiatan
perdagangan di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat?
I. Perdagangan diganggu orang Viking dan Magyar.
II. Tumpuan ekonomi hanya kepada kegiatan pertanian.
III. Terdapat campur tangan perdagang di timur jauh.
IV. Penggunaan mata wang sangat terhad
A. I sahaja
B. I dan II
C. I, II dan III
D. I, II dan IV

Anda mungkin juga menyukai