Anda di halaman 1dari 26

SEBAB DAN AKIBAT GANGGUAN EMOSI MURID

Pengaruh
keluarga

Persekitaran
sekolah tidak
kondusif

Kesesak
an di
dalam
kelas

Melakuk
an
kesalaha
n disiplin

Pergaduh
an,percer
aian,kem
atian

Tindakan guru

Guru
yang
negatif

Memusnahk
an motivasi
murid dan
berasa
tersingkir

Peristiwa dalam
keluarga

Demam,sel
esema,sakit
kepala,susa
h tidur,loya

Bersifat
positif
atau
negatif

Gaya pengajaran
guru

Kurang
bimbing
an guru

Gagal
menyiapk
an
tugasan

Susah
hati,murung,s
edih,marah,ti
dak tentu
arah,resah

Pengaruh rakan
sebaya

Disingkir
kan oleh
rakan

Kurang
yakin,penaku
t dan
menjauhkan
diri

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN YANG SESUAI BAGI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PERISIAN
MULTIMEDIA

CAKERA PADAT/
CD

INTERNET

APLIKASI

Aplikasi komputer

Perisian Kursus Pendidikan-

Pencarian maklumat-

Pemprosesan data-

Elemen teks, audio, video

courseware

Search engine

Microsoftword,

Grafik dan animasi

Pangkalan data-database

Komunikasi-forum, emel, chat

publiser, page maker

Sumber multimedia

Muat turun/ download

Persembahan-microsoft
power point

SEBAB DAN AKIBAT GANGGUAN EMOSI MURID


Melakukan kesalahan
disiplin

Persekitaran
sekolah

Demam,selesema,sakit
kepala,susah tidur,loya

Pengaruh keluarga

Peristiwa dalam
keluarga

Susah
SEBAB DAN AKIBAT
GANGGUAN EMOSI
MURID

hati,murung,sedih,
marah,tidak tentu

Kurang yakin,penakut
dan menjauhkan diri

Pengaruh rakan
sebaya

Memusnahkan motivasi
murid dan berasa
tersingkir

Tindakan guru

Gaya pengajaran
guru

Gagal menyiapkan
tugasan
PETA PELBAGAI ALIR

Pengenalan
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan
perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab,
kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak.
Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu
sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam
menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam
segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk
yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional
dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para
pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan
mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan
Universiti dan Laporan Carr-Saunders.
Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh
1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya
murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi
muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.

1.0 Peringkat perkembangan guru dan profesion guru

Peringkat Keprihatinan
Diri

Peringkat Keprihatinan
Terhadap Tugas

Peringkat Impak

Rajah 1 : Teori Keprihatinan Fuller, 1969


Prihatin diri

Teori
Keprihatinan
(Fuller 1969)

Apakah
pelajar suka
saya?

Apakah BBM
saya sesuai
dengan murid?

Peringkat
Keprihatinan Diri

Apakah yang
dikatakan
oleh guru lain
tentang saya.

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru


Rajah 2 : Peringkat Keprihatinan Diri

Bolehkah saya
mengajar
apabila
diselia?

Teori 5
Peringkat
Perkembanga
n Guru
Peringkat novis
Peringkat novis
lanjutan
Peringkat cekap
Peringkat mahir
Peringkat pakar

Rajah 3 : Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)


Cabaran Guru Permulaan

Kurang
berupaya
menangani
tugas harian
guru

Membentuk
kerangka
kognitif tugastugas guru

Dikatakan
pasif, tak
kreatif dan
imaginative

Cabaran Guru
Permulaan

Memahami
fakta, konsep
dan perkara
asas
pengajaran

Ciri-ciri guru

Belum mencapai
tahap yang
dikehendaki
pihak sekolah

Mula
mengaplikasik
an kaedah
mengajar

Rajah 4 : Cabaran guru permulaan

Masalah
penyesuaian diri
dengan reality
sekolah dan bilik
darjah

Guru Cekap

Guru Mahir

Ada kecekapan
pada tahap
minimum

Terbaik dalam
bidang

Guru mula kenali


Sahsiah guru pakar
Definisi Guru Pakarlebih banyak
prinsip, konsep dan
elemen dengan
merujuk situasi
role model
Guru pakar ialah khusus

Pengetahuan guru
pakar

Menjadi teladan
profesionalisme

Menguasai dan
menghayati
kandungan mata
pelajaran

kepada warga
guru yang
pendidikan
mempunyai
Guru
memiliki
kemahiran,
pengetahuan, kemampuan
Terlibat sepenuhnya
menyelesaikan
dalam kokurikulum
dan kepakaran
masalah PNP
tinggi dalam
Peka dan prihatin
Menjadi pakar
mata pelajaran
kepada
rujuk PNP
khususnya
keperluan pelajar
dalam PNP
Rajah 5 : Ciri-ciri guru

Berpegang eguh
kepada etika
perguruan dan
etika
perkhidmatan
awam

Berketrampilan

Bijak mengurus
masa, bahan dan
sumber

Mampu
mengenalpasti
keperluan dan
masalah pelajar

Rajah 6: Guru pakar

Guru pakar

Menyerlahkan diri
secara
profesionalisme

Idea
dan
Potensi
kemahirannya
boleh
mempengaruhi
polisi pengendalian
Berwawasan,
bilik darjah
proaktif,

responsive,
inovatif dalam
Dianggap rangka
sebagai
menjalankan
bidang
yang
tugas
sebagai
berautoriti
bercakap
dalam pendidik.
bidang
profesionalnya
Sumbangan
kepada
kemajuan
pendidikan
negara
Berupaya
menjana idea
baru dalam mata
pelajaran atau
bidang
pengkhususan
dan berkongsi
idea tersebut
bagi
meningkatkan
mutu pendidikan
Negara

Menjadi guru cekap

Ciri-ciri guru cekap

Prinsip Guru Cekap


Ciri guru berkesan

Kecekapan
profesionalisme

Kecekapan
melaksanakan visi
dan prinsip

Keutuhan peribadi

Kecekapan
menggunakan
teknologi
maklumat

Ciri peribadi
bermatlamat,
fikiran positif,
yakin dan sabar

Do It Right First
Time : setiap kerja
mesti cekap dan
kurang silap

Ciri mengajar
gaya tersendiri,
kepakaran,
bermotivasi

Penambahbaikan
berterusan

Ciri intelektual
suka membaca,
mempunyai
mental-life yang
segar,
mempunyai
kesungguhan
kendiri dan minda
sihat dan terbuka

Mencegah
masalah lebih
utama dari
menyelesaikan
masalah : guru
perlu proaktif

Berupaya
melahirkan
persekolahan
berwatak supaya
pelajar mempunyai
ilmu, berpesonaliti
sihat dan serba
boleh

Professional
dengan PNP di
sekolah

Menunjukkan
kesetiaan kepada
kerajaan, bebas
berpendirian

Rajah 7: Guru cekap

Ciri-ciri

Guru yang baru


memulakan
perkhidmatan selepas
tamat kursus
perguruan di IPG atau
university
Sosialisasi
didefinisikan sebagai
proses saling
mempengaruhi antara
individu dalam
konteks sosial sekolah
selepas penempatan
baru

Guru baru sering


berhadapan dengan
masalah sosialisasi

Fokus isu :
Guru baru sering menghadapi
masalah

guru besar dan guru

Ciri-ciri kelemahan
sosialisasi guru permulaan

Tidak cukup
kemahiran guna pusat
sumber

mempelajari peranan
sebagai guru di luar
bidang tugas
mengajar

Kurang yakin kawal


disiplin bilik darjah

masalah
pembelajaran dan
disiplin murid

Kurang mahir urus


aktiviti sukan

Rajah 8: Guru permulaan

Kurang kemahiran
sosial

2.0 Cara cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme guru
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986).
2.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)
Pada peringkat ini guru mula mempelajari cara mengajar. Selain itu juga guru mempelajari
fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Guru telah dapat menangani tugas - tugas
harian seorang guru contohnya mengambil kehadiran kelas dan menjadi guru kelas. Guru
juga telah dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru
profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.
2.2 Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)
Guru telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
Hasil daripada pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan
diri. Walaubagaimanapun bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan
momentum mengajar di sekolah dan motivasi guru novis lanjutan. Contohnya memberi
teguran dan penambahbaikan berterusan untuk memperbaiki pengajaran guru oleh
mentornya.
2.3 Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)
Guru telah memiliki kelayakan ikhtisas. Guru akan lebih memberikan fokus kepada
pembelajaran murid. Guru juga memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam
pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Guru telah berjaya memiliki pelbagai strategi
pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.
Contohnya berjaya membuat satu teknik pengajaran yang boleh difahami bagi murid kelas
pertama dengan murid kelas terakhir.
2.4 Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)
Guru mahir dalam bidangnya. Merupakan golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas
pelajar. Memiliki gaya pengajaran lancar dan spontan yang membolehkannya membuat
keputusan berdasarkan intuisi. Guru telah kaya dengan pengalaman dan dapat
menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi
pembelajaran secara kreatif dan unik. Contohnya mempunyai teknik dan cara tersendiri
dalam mengajar sesuatu topik tanpa menggunakan buku teks.

2.5 Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)


Merupakan guru yang gemilang dan terbilang. Guru telah dapat memahami dan menangani
maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.
Merupakan orang yang berautoriti dalam profesionnya. idea dan kemahiran boleh
mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. Contohnya menguasai
setiap topik dan boleh membantu setiap peringkat murid yang berbeza-beza tahap
pengatahuannya serta serba boleh untuk menjawab setiap persoalan murid yang pintar.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri
untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada
pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh 1980 ). Nilai tara

sesuatu

profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli
profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut.
Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh
setiap ahlinya.
Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru
haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan
sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil
daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan
berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi
kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru
diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam

pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal


dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik
kepada masyarakat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu
menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi
yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai methodmethod pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani
cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri
dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam
Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus
pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan
dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru
harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan
menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan
kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan
sesuatu program.
Guru harus

dapat

mambawa

isu-isu

semasa

untuk perbincangan

dan

mencari

penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar


kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang
dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara
memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk
menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang,
dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi
pemandu kelak. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar

ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang
terpuji.
Carta organisasi Sekolah Kebangsaan Parit No 5

Guru Besar
TN HJ OTHMAN BIN HASHIM
GPK Hal Ehwal
Murid

GPK
Pentadbiran

PN ZAITON BT
YAACOB

PN HJH SARAH BT HJ
ABD GHANI

Badan Displin
Dan Pengawas

TN HJ SELAMAT BIN
TAKIM

Setiusaha Sukan

Guru Kaunseling
TN HJ ABU BAKAR B
MOHAMAD

GPK
Kokurikulum

Pra Sekolah
PN RUPIAH BT
SUKARMAN

EN ISA B
ABDUL
RAHIM

Guru Panatia
Matapelajaran

Guru Kelas

Guru Data

EN ISA B
ABDUL
RAHIM

Guru Pusat
Sumber
PN RAMLAH
BT NGAH
Guru
Peperiksaan
EN ZAHFARSHAM B
ISHAK

Pembantu tadbir

PN SITI NORLAILA
BT ABAS
Juruteknik
Komputer
PN JURIAH
BT MD JALI

Pembantu
Pengurusan
Murid
EN MAHMUD
B ITHNIN

Pembantu Am
Pejabat
PN MAIMON
BT HARON

3.0 Peranan dan tugas Jadual


guru dalam
pengurusan
pentadbiran di sekolah
1: Carta
Organisasi dan
Sekolah

CIK ROHANA
BT LAMSIN

Semasa saya menjalani Pratikum 3 di Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Semerah Johor


Darul Takzim, saya telah mengenalpasti tugas setiap guru dalam carta organisasi yang ada
di sekolah tersebut. Peranan dan tugas pertama ialah Guru Besar. Guru Besar merupakan
tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua
hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan
ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan
kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar
tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan
pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh
kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang
dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.
Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan
sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat
pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu
merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka
matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran
guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran,
sentiasa

kelihatan,

memberi

ganjaran

untuk

guru,

menggalakkan

perkembangan

profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid. Edmond (1977), Sweeney
(1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa
Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi
matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada
guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar
berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk
mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu
turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru
Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid
untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat
dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan
secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan
suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK. Selain
itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan
sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka.
Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh

kakitangannya. Beliau

perlu

meringankan

tangan

dan

bersedia

untuk

menolong

kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di
dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak
sekolah. Jika kita berbuat baik kepadaorang lain, orang lain akan senang memberikan
pertolongan

kepada

kita

kelak

dan

begitulah

sebaliknya.

Pemimpin

yang

tidak

mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif.


Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru
Besar meminta pertolongan dari guru tersebut.
Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk muridmurid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah.
Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah.
Terdapat 3 jenis guru PenolongKanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan
GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan
pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal
pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar.
Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan
jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir
maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi
kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu samasama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru,
GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah
tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku
pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan
GPK 1 ini. Kesimpulannya, GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru
besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab
dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan
pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai
dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan
kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang
berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak
dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau

melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi
pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab
dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK
HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang
kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab
mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga
bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan
miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah
Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar
tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan
dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk
membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya
pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.
Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran
perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan
pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar
dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang
dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang
menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.
Guru

yang

dilantik

menjadi

ketua

panitia

kebiasaannya

dipilih

berdasarkan

kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai


seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai
oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang
tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas.
Ketua

panitia

bertanggungjawab

untuk

memastikan

kecemerlangan

panitia

yang

diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk
kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah
selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang

diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang
satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini
memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran,
mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru
Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka
terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat
penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan
mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang
ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi
sumbangan kepada kemajuan negara.
Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid
di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah
diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas
bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah
pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran
pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah.
Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat
untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas
masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan
organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik
darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.
Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik.
Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid
kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik
darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya.
Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan
mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan
sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.
Tuntasnya, guru bilik darjah atau guru Kemahiran Hidup merupakan tempat bergantung
murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang
paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam
melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

4.0 Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus EDU 3108
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman
sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.
Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa
saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat
juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya
ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai peringkat perkembangan guru di sekolah
rendah. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai tugas-tugas guru
dalam bidang pentadbiran dan pengurusan untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu
bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membuat
penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi setelah di terangkan oleh pensyarah saya
akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk membuat tugasan kerja kursus
pendek ini.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam
kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala
maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Notanota yang telah diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam
kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan
haruslah tepat dan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai
dengan murid sekolah rendah.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahanperubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahanperubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran
dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung
dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari
semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan
kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan
perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini
kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah

peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan
kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor,
peguam dan arkitek.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan

tahap

profesionalisme

keguruan.

Ini

kerana

penghayatan

tersebut

membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan


penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat

ditingkatkan

sekiranya

seseorang

guru

itu

benar-benar

menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang


tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat
di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan
pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan
telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 yang diberikan telah berjaya
saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya.

Rujukan buku
Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum

Books.
Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah
yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010. Asas Kepimpinan dan
Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar.
Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan Internet
Peranan sekolah dalam merialisasikan pentadbiran. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari
http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/peranan-sekolah-dalammerealisasikan.html
Bidang tugas unit peperiksaan. (n.d.). Diperoleh Ogos 19, 2013 dari
http://www.smktj.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:bidangtugas-unit-peperiksaan&catid=8:kurikulum&Itemid=16
Tanggungjawab guru penasihat sukan dan permainan. Diperoleh Ogos 20, 2013 dari
http://skhijrah.wordpress.com/kokurikulum/tanggungjawab-guru-penasihat-sukanpermainan-dan-rumah-sukan/
Bidang tugas guru perpustakaan. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari
http://pssmkcas.wordpress.com/2013/01/10/bidang-tugas-guru-perpustakaan-media/
Peringkat perkembangan guru. (n.d.). Diperoleh Ogos 21, 2013 dari
http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembanganguru.html
Penghargaan

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3108 saya. Saya bersyukur kerana
mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti peringkat
perkembangan bagi seorang guru, cara pengurusan dalam organisasi sekolah dan peranan
yang perlu dimainkan semasa bergelar seorang guru. Saya juga tahu bagaimana pihak
pentadbiran menguruskan sesuatu tugasan untuk melicinkan pentadbiran sekolah tersebut.
Saya ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang
bnyak membantu saya iaitu En Arman Bin Hj Md Jaferi. Beliau bnyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya
yang bnyak memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang organisasi sekolah dan peranan
persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Sekain itu, saya juga ingin mngucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan yang banyak menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya Mohamad Nur B Mohamad yang merupakan ketua opsyen yang memberitahu
langkah untuk membuat kerja kursus ini dan juga Noranis Lyana Bte Zambery yang sentiasa
memberikan maklumat semasa jika ada perubahan dalam soalan tugasan kerja kursus ini.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Wassalam.

Mohd Aidil Bin Othman


( GURU PELATIH IPGM KTHO )
PISMP SEMESTER 8
RBT/ PJ / BM
AMBILAN JANUARI 2010

Abstrak

Kerja kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih
terhadap peranan guru semasa di sekolah, peringkat dalam perkembangan guru dan cara
untuk menjadi guru yang pakar dalam pengajaran.
Pemilihan carta organisasi sekolah semasa berpratikum untuk kerja kursus saya ini
dilakukan bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih terhadap peranan pihak
pentadbiran sekolah dalam menguruskan sesuatu kerja. Pelaksanaan kerja kursus ini
khusus untuk melihat penguasaan guru pelatih yang bakal bergelar guru untuk
mengenalpasti setiap perkembangan dalam profesionalisme guru.
Melalui kerja kursus ini saya telah mencari sumber maklumat yang berkaitan asas
kepimpinan dan profesionalisme guru untuk penulisan kerja kursus. Setiap penulisan akan
disertakan dengan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Adalah diharapkan agar kerja
kursus yang telah dibuat ini akan dapat membantu saya atau sesiapa saja yang berminat
mahu meningkatkan tahap kepimpinan dan profesionalisme mereka dalam bidang
perguruan. Saya juga amat berharap agar dapat menguasai asas kepimpinan yang mantap
dan menjalani setiap peringkat perkembangan guru dengan baik sehingga menjagi guru
pakar .

Isi Kandungan
Bil

Perkara

Muka Surat

Biodata guru pelatih

Borang kolaborasi

ii

Surat akuan kerja kursus

iii

Abstrak

iv

Penghargaan

Pengenalan

vi

1.0 Carta alir peringkat perkembangan guru dan profesion guru

1-5

2.0 Cara cara mencapai peringkat perkembangan guru dan profesionalisme

6-9

guru
2.1 Peringkat novis
2.2 Peringkat novis lanjutan
2.3 Peringkat cekap
2.4 Peringkat mahir
9

2.5 Peringkat pakar


3.0 Peranan dan tugas guru dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah

10 - 14

10

4.0 Refleksi kursus EDU 3108

14-15

11

Refleksi

16

12

Bibiliografi/ Rujukan

17

13

Lampiran

18

Anda mungkin juga menyukai