Anda di halaman 1dari 17

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

BAHAGIA
NA

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

SOALAN BAHAGIAN

A: KEPENTINGAN

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN

ASAS KAUNSELING DALAM MEMBANTU PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Mengikut Crow and Crow (1983) yang dipetika dari buku Pengurusan
Bimbingan dan kaunseling oleh Mok soon Sang (2008), bimbingan di bawah konteks
pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul
kepada murid yang berkenaan. Murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi
intelek, rohani, emosi ataupun sosial merupakan Murid yang memerlukan proses
bimbingan yang tertentu. Biasanya di sekolah terdapat dua masalah yang boleh
dikenalpasti iaitu masalah akademik dan masalah sosia-emosi. Justeru, langkahlangkah bimbingan yang berprosedur dijalani agar dapat membantu murid yang
mengalami masalah yang berkenaan iaitu dengan memberikan nasihat dan panduan
yang sewajarnya agar murid dapat mengatasi masalah kendiri dengan bijak.
Istilah kaunseling menurut sabariah saron (2004) pula bermaksud proses
yang memberi implikasi bahawa kaunseling bukan satu peristiwa sahaja tetapi
melibatkan tindakan dan praktik yang berturutan dan bergerak ke arah matlamat
yang ditetapkan. Kaunseling juga dapat didefinisikan sebagai suatu proses
perhubungan yang dicipta dimana individu berusaha membantu individu lain untuk
memahami dan menyelesaikan masalah penyesuaian. Kaunseling telah digunakan
untuk melambangkan satu siri prosedur termasuk memberi nasihat, galakan,
maklumat dan interpretasi ujian.
Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang
yang mengalami masalah melalui perbincangan secara peribadi antara murid dan
guru. Menurut Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam
profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas.
Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri murid, minat, sikap dan matlamat
dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat.
Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang guru akan menggunakan potensi yang ada
dalam diri murid untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses
menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang
telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu,

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi membolehkan


sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah
murid secara professional. Di sekolah, proses kaunseling ini biasanya dijalankan
oleh guru khas kaunseling di mana mereka mendapat latihan daripada mana-mana
institusi bagi mengenalpasti dan membantu murid yang menghadapi masalah.
Sebagai seorang guru, pengaplikasian kemahiran asas kaunseling perlu
dikuasai untuk Kecekapan dalam mengatasi masalah yang ingin diselesaikan oleh
murid. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika
berhadapan dengan murid yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan
psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina
perhubungan, kemahiran menggalakkan murid bercakap, kemahiran membalas,
kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran
mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan,
kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran
meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,kemahiran berempati,
kemahiran menghadapi kesenyapan, dan lain-lain lagi.
Sebagai seorang guru eloklah kiranya dapat menguasai kemahiran asas
kaunseling bagi membantu murid menyelesaikan permasalahan yang dimiliki
semasa proses pembelajaran. Tidak semua murid memiliki kesediaan diri dalam
menerima pengajaran dan pembelajaran yang diberi, dengan memiliki pengetahuan
asas kaunseling, seorang guru dapat mengaplikasi kemahiran tersebut dan
seterusnya dapat memahami serta membantu murid keluar daripada kelompok
permasalahan yang dimilikinya.
Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah
murid, tetapi membimbing dan membantu murid membina sikap serta kemahiran
yang baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, secara tidak langsung guru dapat
membina satu hubungan yang baik dengan muridnya. Kemahiran asas kaunseling
juga harus diaplikasi didalam bilik darjah atau semasa berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran. Kemahiran ini dijadikan kelebihan yang nyata kepada seorang
guru dalam menganani konflik dalam pengajaran dan pembelajarannya. Berikut
merupakan kepentingan asas kaunseling dalam bilik darjah:

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

a) Kemahiran Mendengar
Menurut Ivey dan Ivey (1999), kemahiran melayan digunakan bagi membantu
murid

meluahkan

cerita

atau

permasalahan

mereka.Kemahiran

mendengar

merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.
Ianya boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di mana seorang guru
dapat mengetahui masalah yang diutarakan oleh muridnya melalui ungkapan yang
dinyatakan oleh murid. Biasanya dalam kemahiran mendengar, guru perlu lebih
banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan murid
(murid). Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh murid,
Guru perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk
mendengar semua percakapan murid tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri
murid semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa
segala tingkah laku murid itu turut memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Melalui kemahiran mendengar,
guru dapat memahami dan mengetahui masalah yang di hadapi oleh murid
sekiranya murid tidak membawa buku, datang lewat, menganggu rakan yang lain,
kemurungan dan lain-lain. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru
perlu sopan. Guru harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata
apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus
berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya, apabila guru
hendak menegur murid yang bercakap semasa guru sedang mengajar,dia boleh
berkata Perbualan kamu menyukarkan pengajaran saya Hamid dan bukan Hamid,
kamu ini bising sangat. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas dan
spesifik. Misalnya, apabila Hamid bercakap semasa cikgu sedang mengajar, dia
mengalihkan perhatian cikgu dan menyukarkan pengajaran. Sekiranya guru berkata,
Kamu ni kurang ajar, kenyataan ini umum dan tidak diberitahu Hamid masalah yang
sebenarnya dan bersifat menghina.
Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik
untuk tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang
murid bertambah baik, guru boleh berkata Usaha kamu telah membawa kepada

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

kejayaan

ini,tahniah!

dibanding

dengan

Tahniah

kamu

dapat

markah

tinggi!.Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam


menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang murid akan berasa dirinya
dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian kepada pandangannya.
Semasa mendengar, guru perlu sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh murid dan
memberikan respon yang wajar. Memberikan respon dengan cepat semata-mata
supaya guru boleh meneruskan kerjanya boleh menyebabkan guru terlepas pandang
perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh murid.Maka guru mesti sabar dan
memberikan respon seperti mengangguk kepala, mengerut dahi dan menjawab Aha
atau Oh, memfrasa semula apa-apa yang dikatakan oleh murid misalnya, Maksud
kamu.. atau Jadi kamu sebenarnya... Apabila guru memberikan respon, murid akan
terdorong untuk meluahkan rasa hati kerana dia merasakan guru berminat dengan
perkara yang hendak dikatakannya. Justeru, melalui kemahiran mendengar yang
baik, murid tidak segan silu untuk menyatakan masalah yang dihadapinya.

b) Kemahiran Berempati
Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang.
Dengan adanya kemahiran berempati ini, guru dikatakan berkeupayaan untuk
memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ murid
tersebut. Empati merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk
atau dunia murid. Menurut Ee Ah Meng (2000), Empati bermaksud keupayaan
sesorang untuk berfikir dan berasa seperti orang lain. Empati juga ialah proses
membenarkan diri kaunselor mengalami proses mental dan emosi yang dialami
murid sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini. Di dalam
proses kaunseling, komponen ini penting bagi memudahkan kaunselor membantu
murid menyelesaikan permasalahannya.
Dengan ini, murid akan merasakan bahawa guru itu memang seorang
pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya
kerana guru berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi
seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

kemahiran ini terlebih dahulu, guru perlu berupaya untuk membezakan antara emosi
dan sikap.
Sekiranya diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biasanya
guru memberi kesedaran dan penegasan dalam memahami rakan-rakan sekelas
yang lain dimana guru sebagai penyampai dan penegur kepada perlakuan yang baik,
seperti sekiranya terdapat murid yang tertinggal pensil, guru harus memberitahu dan
menyatakan

kepada

murid

lain

agar

berempati

supaya

dapat

membantu

meminjamkannya pensil. Guru juga harus menyatakan akibat sekiranya murid tadi
tidak dapat dipinjamkan, murid tadi tidak akan dapat menulis seperti mana murid lain.
Hal ini dapat memberikan murid lain kemahiran berfikir dengan mendalam akibat
berada pada tempat murid tadi.
Sebagai seorang guru atau guru bimbingan yang baik, perlulah menunjukkan
sikap empati yang sepatutnya ditunjukkan dan guru juga boleh membawa
pengalaman perasaan muridnya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi
memahami muridnya. ringkasnya, memahami diri murid memerlukan satu penilitian
yang mendalam.

c)

Kemahiran Refleksi Isi


Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh guru mengenai idea yang

disampaikan oleh murid. Idea ini dinyatakan semula oleh guru dengan menggunakan
perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Contoh sekiranya murid mengalami
masalah Akademik, sebagai seorang guru perlulah mendengar segala isi yang telah
disampaikan oleh murid dengan teliti kerana dengan refleksi isi yang tepat
membolehkan murid berasa bahawa dia didengari dengan betul dan difahami. Akan
tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh guru tersebut. Contohnya jangan

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang
sama berulang-ulang kali kerana murid akan berasa bosan.
c) Kemahiran Interpretasi
Kemahiran Interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh guru
untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada murid supaya murid
berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi
digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej
murid. Oleh yang demikian, guru perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih
dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan
betul. Ini adalah kerana sekiranya guru membuat interpretasi yang salah, ia boleh
menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu.
Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan
memberi fokus ke atas masalah murid.
Sekiranya ada murid di dalam kelas gemar membuat kerja lain seperti
bermain-main, menganggu rakan-rakannya dan membuat bising, tidak membuat
tugasan yang diberikan oleh guru dan suka ke kafe cyber menghabiskan masa
dengan melayari laman sosial facebook guru tidak boleh terus membuat tafsiran
yang negatif sebaliknya berusaha untuk mengetahui punca berlakunya masalah ini.
Guru juga perlu menggunakan kemahiran ini untuk menghuraikan kepada murid
tentang apa yang telah diceritakan oleh murid dengan melihat peristiwa yang berlaku
dari perspektif yang berlainan. Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, guru akan
menambah kenyataan yang dibuat oleh murid, terutamanya setelah guru dapat
memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana
murid

sendiri

mungkin

tidak

menyedarinya

secara

sengaja

atau

tidak

sengaja.Apabila murid memberikan maklumat kepada guru mengenai masalah


murid, tafsiran daripada guru boleh menimbulkan celik akal murid.
d) Kemahiran Menghadapi Kesenyapan
Guru perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling
berjalan. Guru perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan murid

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan
satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada guru dan murid untuk
memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.Selain itu, ia juga
memberikan peluang kepada murid yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi
berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali
sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah
fikirannya.
Seperti masalah disiplin yang oleh sesetengah murid seperti ponteng sekolah
dan bertindak kasar terhadap guru, guru tidak boleh terlalu terburu-buru untuk
bertanya soalan atau terburu-buru ingin mengetahui sebab berlakunya masalah
kerana pada waktu ini kemahiran kesenyapan digunakan sebagai alternatif untuk
mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada murid tersebut. Dikhuatiri jika
guru terburu-buru akan menyebabkan ketenangan emosi murid terganggu. Guru juga
perlu menghadapi sebarang keadaan dengan tenang dan jangan panik. Ini adalah
penting untuk mengekalkan keyakinan murid terhadap guru.
Di samping itu, memberi peluang kepada guru untuk mendengar apa yang
dikatakan oleh murid dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri murid
dengan lebih teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan muridnya
dengan lebih baik serta lain-lain lagi. Walaupun begitu, guru haruslah mengelakkan
kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita
yang diperbincangkan tadi.

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

SOALAN BAHAGIAN B: LAPORAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN


ASAS KAUNSELING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

Laporan Pengintegrasian Kemahiran Asas Kaunseling Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 6 Harmoni
Tarikh:

03 Mac 2015

Hari

Selasa

Masa

12.40 Tengahari Hingga 1.40 Tengahari

Tempat

Kelas Tahun 6 Harmoni

Pada tarikh 3 mac 2015 iaitu pada hari Selasa, guru telah mengajar subjek
Pendidikan Moral tahun 6 Harmoni dimana murid terdiri daripada 14 orang dan
dalam pelbagai keupayaan. Dalam mengintegrasikan kemahiran kaunseling dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya terdedah dengan penguasaan sedia
ada kemahiran asas kaunseling dalam menentukan kelicinan dan kelancaran proses
Pengajaran dan Pembelajarannya. Semasa pengajaran perancangan pengajaran
Pendidikan Moral, kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi
perangsang kepada murid supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor
mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan
menunjukkan kemesraan kepada murid.
Pada sesi permulaan pengajaran guru hendaklah menjalinkan hubungan yang
mesra supaya dapat meneruskan lagi proses perhubungan yang positif agar murid
berasa selesa untuk memberikan sebab alasan terhadap permasalahan yang di
hadapi. Di samping itu, set induksi yang dilaksanakan haruslah mampu menarik
minat murid dalam mewujudkan suasana yang gembira dan menjadikan murid
semakin minat untuk menjalankan sesi pembelajaran. Dalam tajuk Kebersihan

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

Kearah Kesejahteraan Bersama, murid dikehendaki melihat tayangan Video


berkenaan dengan Alam sekitarku, dulu dan kini.

Guru menggunakan teknik

perbincangan dalam kumpulan bagi membincangkan pendapat yang tersurat dan


tersirat, kemudian guru juga menggunakan teknik sumbangsaran bagi menjana idea
murid dalam membuat kesimpulan mengenai klip video yang di tonton. Guru
merangsang murid melalui soalan yang guru ajukan dan nilai murni yang perlu
disenaraikan murid, aplikasi melalui bimbingan serta sedikit rumusan nilai. Menurut
McAhsan

(1981:45),

sebagaimana

dikutip

oleh

Mulyasa

(2003:38)

mengemukakan bahwa kaunselor perlu membimbing murid ke arah pembentukan


sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Hal ini bermakna, guru perlu
membimbing sikap dan sifat postif murid kerana murid bertanggungjawab
mempamerkan sikap yang perlu ditunjukkan dan diamalkan sepanjang masa.
Ekspresi muka turut dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak
disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk mempamerkan ekspresi muka
atau wajah yang dapat menyakinkan murid. Wajah atau mimik muka adalah hasil
kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka, hidung dan
riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang pertama
ditekankan ialah, Pembentukan suasana yang kondusif. Pembentukan suasana yang
kondusif merujuk kepada keselesaan bagi guru atau murid. Keselesaan ini
dikhususkan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan
perabut, susun atur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang murid dari
melihat guru.
Kedua, Pembentukan suasana yang teraputik. Bagi pembentukan suasana
yang teraputik pula, suasana yang kondusif, suasana yang aman dan tenang tanpa
ganguan haruslah dicapai terlebih dahulu barulah suasana teraputik akan wujud
dengan sendirinya, suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan,
penghayatan perasaan dan penglahiran idea tanpa rasa terancam, suasana ini
adalah suasana yang teraputik. Berdasarkan daripada ini, guru boleh menjalankan
aktiviti pdp di luar kelas. Suasana yang tenang dan dekat dengan hutan menjadikan
pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk Alam Sekitar mampu membuatkan murid
lebih menghayati dan mendalami istilah tersebut.

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

Pada langkah pertama pengajaran, iaitu penerangan tentang alam sekitar.


Murid diminta untuk mengeluarkan buku teks Pendidikan Moral Tahun 6 m/s 98 dan
99. Murid dikehendaki membaca dengan jelas menggunakan nada dan intonasi yang
betul mengikut watak yang telah diberikan. Guru turut membimbing murid dengan
memperbetulkan ejaan murid ketika membaca untuk tujuan penilaian. Guru
menggunakan kemahiran mendengar bagi membuat penelitian penilaian ,menurut
Rogers (1951) dalam buku Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling oleh Mok Soon
Sang (2008) mengatakan tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa
kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Mengikut Amir Awang 1981,
mendengar dalam konteks kaunseling adalah proses yang aktif bagi bertindakbalas
pada mesej secara menyeluruh. Hubungan menolong yang baik adalah guru
membantu interaksi muridnya sehingga menjadi berkesan melalui pendengarannya
yang teliti dan rapi. Dalam menggunakan kemahiran mendengar, guru lebih banyak
mendengar daripada berucap atau memberi respons terutamanya memberi peluang
kepada murid untuk berfikir dan mengeluarkan kefahaman dan bakat yang
terpendam melalui pembacaan secara mekanis dengan nada dan intonasi yang
betul.
Guru juga menggunakan teknik perbincangan dan kolaborasi dalam kumpulan
iaitu murid akan berbincang untuk menggunakan nada dan intonasi yang betul. Pada
langkah pengajaran ini, guru menggunakan kemahiran kesenyapan, dimana guru
memberi peluang kepada murid untuk berfikir. Penghentian sementara boleh
digunakan dalam pelbagai erti. Kemahiran ini memberi peluang kepada murid untuk
mengadakan penerokaan diri, mencari idea dan perasaan semasa melaksanakan
aktiviti. Dalam kemahiran ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk
menjana idea dan menghubungkaitkan pengalaman sedia ada ke dalam aktiviti yang
diberikan.
Selain daripada kemahiran mendengar, Kemahiran memberi tumpuan juga
digunakan pada langkah kedua. Murid dikehendaki untuk membuat perbincangan
hasil penerangan yang diberikan oleh guru iaitu Jenis-jenis pencemaran alam
sekitar . Melalui penerangan berkenaan guru mengemukakan soalan berkenaan
dengan

Apakah

sebab

berlakunya

pencemaran

alam

sekitar,

teknik

perbincangan secara koperatif digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

dalam kumpulan untuk murid mengutarakan dan bertukar-tukar pandangan sesama


murid. Hasil perbincangan tersebut akan dirumuskan sendiri oleh guru bagi membuat
refleksi terhadap permasalahan yang berlaku.
Pada langkah yang ketiga, guru membuat penerangan tentang cara
mengatasi pencemaran alam sekitar. Dalam langkah ini, guru menggunakan
kemahiran interpretasi iaitu membuat tafsiran atau penjelasan tentang makna,
tujuan, dan implikasi sesuatu. Melalui interpretasi, guru menyemak persepsinya dan
meminta pengesahan dari murid. Interperstasi juga perlu menjauhi dari bersifat
penilaian. Guru yang mahir akan membuat pernyataan interpretasinya secara tentatif
atau kemungkinan sahaja. Interperasti juga boleh dinyatakan sebagai satu bentuk
hipotesis atau gerak hati (haunch) guru. Guru kemudiannya membuat interpretasinya
tersendiri. Melalui kemahiran ini, guru membina fakta berdasarkan permasalahan
yang berlaku pada hari ini berkenaan dengan alam sekitar sekiranya tiada usahausaha untuk membendung, apakah yang akan terjadi?.
Pada langkah keempat, Murid dibahagikan kepada 3-4 orang dalam satu
kumpulan dan turut diedar sebuah sampul surat yang mengandungi puzzle untuk
murid mencantumkan sehingga menjadi sebuah gambar. Gambar tersebut
merupakan salah satu jenis pencemaran Alam sekitar. Berdasarkan daripada gambar
jenis pencemaran Alam sekitar yang mewakili setiap kumpulan, murid-murid haruslah
melakonkan cara mengatasi masalah tersebut. Untuk mencapai perubahan diri,
murid dirangsang untuk melalui zon kurang selesa iaitu dengan membuat lakonan.
Guru mencabar murid secara berhemah dan terus terang bagi membolehkan murid
bertindakbalas secara tidak defensif. Melalui cabaran kesan lakonan yang dilakukan
kepada kumpulan yang lain akan menggalakkan murid melihat percanggahan atau
ketidakselarasan dirinya dalam keadaan yang selamat dan tidak terancam. Pada
masa yang sama, guru memodelkan kepada murid bagaimana untuk mencabar
orang lain secara asertif, berjaga-jaga dan penuh hormat. Ini adalah disebabkan
penilaian yang dilakukan oleh murid yang lain terhadap keberkesanan lakonan yang
ditonjolkan oleh murid dalam sebuah kumpulan akan menyebabkan murid yang lain
juga ingin menunjukkan bakat yang ada sekaligus melahirkan daya persaingan yang
sihat diantara kumpulan dengan kumpulan yang lain.

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

Akhir sekali di bahagian penutup pula, guru menggunakan kemahiran


penyoalan. Guru akan menggunakan soalan untuk meransang secara aktif pemikiran
dan tindakan murid. Pada bahagian ini, guru menyoal tentang keseluruhan isi
pelajaran yang telah dipelajari seperti. :
Apakah yang telah murid pelajari pada hari ini?
Apakah yang berlaku sekiranya pencemaran alam sekitar semakin
meningkat
apakah langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengelakkan
daripada berlakunya pencemaran alam sekitar
Kemahiran menyoal digunakan guru adalah untuk mengukuhkan lagi
pengetahuan murid disamping membantu murid untuk mengingat kembali isi
pelajaran yang telah mereka pelajari dan juga bagi mencapai objektif pembelajaran.
kesimpulannya, kemahiran asas kaunseling yang telah dijalankan dapat
membantu guru dalam menangani dan berhadapan dengan sebarang masalah
tingkahlaku murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Selepas pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan kemahiran asas kaunseling, guru
mendapati objektif pengajaran dapat disampaikan dengan lebih mudah dan dapat
diselitkan dengan unsur penyelesaian masalah akademik dan peribadi murid
disamping turut memasukkan elemen merentas kurikulum yang membantu
meningkatkan sahsiah murid.

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

RUJUKAN

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

RUJUKAN
Ee Ah Meng. (2000). Bimbingan Dan Kaunseling 2. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
Kamaruzzaman Bin Jalaluddin. (2010). Unsur-Unsur Kaunseling Terdapat Dalam
Proses kelompok Berstuktur Dan Peranan Kaunselor Dalam Amalannya.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Lee Keong Cheong et al. (2014). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor:
Okford Fajar Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Bimbingan & kaunseling. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication
&

Distribution Sdn Bhd.

Zainal Abidin et. al. (2006). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Open
University

Malaysia (OUM).

Zuraidah Abdul Rahman.(1997). Menterjemahkan buku Robert B. Myrick, Bimbingan


& Kaunseling Perkembangan Pendekatan yang kritis.Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

LAMPIRAN A
(RPH)

MOHD IKHWANI BIN ISMAIL (920919-12-5493) / EDU

LAMPIRAN B
(BUKTI
RUJUKAN)

Anda mungkin juga menyukai