Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAH


Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk
tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh
tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah. Antara tokoh-tokoh
atau pemimpin yang mengetuai penentangan adalah seperti
berikut:
ZAMAN PENJAJAHAN
Portugis di Melaka
Belanda di Perak
British di Perak
British di Sarawak
British di Sabah
Jepun di Tanah Melayu

TOKOH/PEMIMPIN
YANG MENGETUAI
PENENTANGAN
Sultan Mahmud Shah
Raja Haji
Dato Maharaja Lela
Rentap
Mat Salleh
Anggota Force 136

Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan


Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan
kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang
kuasa luar tersebut. Berdasarkan tugasan kerja kursus ini saya
dikehendaki memilih tiga tokoh pemimpin tempatan yang
menentang penjajah. Saya telah memilih tokoh pemimpin
seperti Sultan Mahmud Shah, Raja Haji dan Dato Maharaja Lela.

Sultan Mahmud Shah Menentang Portugis

Latar Belakang
Sultan Mahmud Shah merupakan sultan Melaka yang ke-8 dan terakhir.
Baginda ialah anak Paduka Sultan Alaudin Riayat Shah. Baginda
memerintah Melaka selepas kemangkatan ayahandanya. Sultan Mahmus
Shah memerintah Melaka dari Tahun 1488 1511 dan mangkat pada
tahun 1528 di kampar.
Sebab Penentangan:
Sebab-sebab beliau menentang Portugis adalah kerana baginda ingin
menawan semula Melaka yang telah ditawan oleh Portugis.
Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula
Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah
melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517,
baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka
tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat
kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini
disebabkan pembinaan Kota A Famosa oleh Portugis.

Raja Haji Menentang Belanda

Latar Belakang
Raja haji Fisabilillah Ibni Daeng Celak atau lebih dikenali sebagai raja Haji
adalah seorang pahlawan Bugis dan yang Dipertuan Muda Kesultanan JohorRiau-Lingga (1777-1784). Dilahirkan di Ulu Sungai Riau. Raja Haji meninggal
dunia di Teluk Ketapanng melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera
Sakti, Kepulauan Riau Indonesia.
Sebab Penentangan:
Raja Haji menentang Belanda kerana Belanda berusaha untuk menawan Riau.
Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya
menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874
tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk
Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

Dato Maharaja Lela Menentang British

Latar Belakang
Dato Maharaja Lela ialah orang Besar Berlapan perak dan penghulu di
Pasir Salak. Pada November 1874, Perak menerima Residen British iaitu
J.W.W Birch hasil daripada perjanjian pangkor. Pelantikan ini
menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang
mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.
Sebab Penentangan:
J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih
kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh
pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar
tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato'
Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain
merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada
tahun 1875.

PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada :
(a) Puan Nurul Husna guru Kajian Tempatan
kelas saya
yang telah memberi bimbingan dan
panduan dalam
menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
(b) Ibu bapa saya yang telah memberi
dorongan dan
Tunjuk ajar serta bantuan dalam usaha
menyiapkan
tugasan ini.
(c) Rakan-rakan sekelas yang turut
memberikan idea
dan komen dalam usaha menyiapkan
tugasan ini.

Rujukan:

Buku Teks kajian Tempatan Tahun 5


Buku rujukan kajian Tempatan
Nota-nota yang diberi oleh guru
Sumber internet

Isi kandungan:
Pengenalan
Tokoh 1 Sultan
Mahmud Shah
Tokoh 2 Raja Haji
Tokoh 3- Dato
Maharaja Lela

Anda mungkin juga menyukai