Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN

Secara sinonim guru mempunyai persepsi bahawa peranan kepimpinan guru terletak di
bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan
sebuah sekolah bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru
besar sahaja tetapi adalah didorong oleh kordinasi dan kolaborasi para guru selaku
pemimpin pengajaran manakala pengetua adalah sebagai penyelaras atau pentadbir. Guru
beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan
pelajaran yang disediakan dan secara teknikalnya bagi memastikan sukatan pelajaran yang
diperuntukkan perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003)
berpendapat bahawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam memastikan
sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan.
2.

DEFINISI KEPIMPINAN GURU

Cubaan (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai usaha atau tindakan mempengaruhi


pihak lain dengan secara informal atau tidak formal bagi bertujuan untuk mencapai matlamat
yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas
pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah
proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan
faham dan menjadi komited.
Southworth (2002), mendefinisikan peranan kepimpinan guru adalah berkait dengan
pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga
perkembangan murid. De Bevoise (1984), pula menegaskan bahawa peranan kepimpinan
guru ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang
diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid.
Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran
termasuk

pembelajaran

profesionnya

mahupun

perkembangan

murid

itu

sendiri.

Berdasarkan beberapa definisi di atas, kepimpinan adalah sebagai seni atau proses
mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka
yang mana keterlibatan mereka adalah secara suka rela dan berusaha ke arah
keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Sungguhpun demikian, apabila
kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan, seringkali kepimpinan dikaitkan
dengan peranan kepimpinan guru di sekolah dan bilik darjah.
Matlamat umum peranan kepimpinan guru ialah untuk menambah nilai (value added)
atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan suasana pembelajaran murid.
Kemahiran dan kecekapan peranan kepimpinan guru yang diamalkan pentadbir sebuah

sekolah perlu ada istilah perkongsian bersama atau didelegasi kepada guru-guru yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu
mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang
merangkumi penilaian guru dan murid, iklim sekolah, kurikulum dan kokurikulum, sumber
dan peralatan mengajar (ABM), kakitangan, kaedah membuat keputusan, matlamat
pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara
pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang sewajarnya.
Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan
guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan
kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan.
Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan tidak statik dan seringkali berubah-ubah seperti
program pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan
pengkhususan guru; pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah
pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa; dan perubahan kurikulum.
Ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan baru yang perlu diambil kira dalam
merealisasikan peranan kepimpinan guru.
Hook dan Vass (2000) mendefinisikan peranan kepimpinan guru bilik darjah sebagai
satu kemahiran di mana guru menggunakan gaya kepimpinan untuk ketrampilan dirinya dan
berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk
mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga
merupakan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat
menyakinkan serta mempengaruhi mereka. Peranan kepimpinan guru wujud dalam keadaan
dimana murid-murid memperolehi sesuatu maklumat atau input yang mereka tidak jangka
dapat capai di dalam setiap bilik darjah, atau setiap kali apabila terdapat perkembangan
yang positif yang secara langsung akan mempengaruhi personaliti mereka atau apabila
seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; atau
setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru.
Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan
memerlukan

guru

yang

memiliki

kemahiran-kemahiran

yang

merangkumi,

boleh

mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran


menghasilkan hubungan yang berkesan; memahami tingkah laku dan keinginan muridmuridnya; memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari
penyelesaian dan menganalisis maklumat. Bagi menghasilkan pengajaran berkesan,

Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga pendekatan iaitu Pendekatan Eksekutif;
Pendekatan Empati; dan Pendekatan Liberal.
Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik darjah
yang mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru
berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti
peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan
berkebolehan mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya
objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah
pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai
pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah
menerusi kolaborasi bersama murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan
pembelajaran. Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan
merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi
mencapai matlamat. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah
penakulan tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian
matlamat.
3.

CIRI-CIRI PERANAN KEPIMPINAN GURU

Menurut Shippen dan Shippen (2004), seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang
berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi yang
jelas di dalam bilik darjah Buhler (1995), mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel
serta keterbukaan (Zenger & Folkman, 2004), berkebolehan untuk memimpin dan menjadi
contoh serta teladan role model kepada murid-muridnya, bijak dan cekap membuat
keputusan yang memberikan kebaikan kepada muridnya dengan tidak menjejaskan
kepentingan organisasinya (Chek Mat, 2003), mengikis sifat mementingkan diri sendiri
sebaliknya mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid-muridnya (Shippen & Shippen,
2004) walaupun kadangkala mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri, membuat
pertimbangan yang seimbang dan rasional bertujuan mengelak perasaan ketidakpuasan
hati dalam kalangan muridnya, bersifat jujur dan merendah diri bagi tujuan membina jalinan
hubungan yang positif antara guru dan murid secara telus (Zenger & Folkman, 2004), dan
berusaha mengamalkan pembelajaran secara berterusan untuk tujuan mempertingkatkan
serta menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001), ilmu
pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara pembelajaran berterusan akan meningkatkan
keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Impaknya, situasi pengajaran dan
pembelajaran didalam bilik darjah menjadi lebih realistik, sistematik dan terkawal.

Lashway (2002), telah membincangkan peranan kepimpinan guru untuk menjana


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran daripada program Leading Learning
Communities yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals
(NAESP).

NAESP

telah

merumuskan

peranan

kepimpinan

guru

untuk

menjana

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu; dengan mendorong murid-murid supaya


mengutamakan usaha belajar; menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi;
menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran ke arah piawaian yang standard;
menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan mengaktifkan
sokongan komuniti atau pihak yang berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah.
4.

GAYA KEPIMPINAN GURU ABAD KE-21

Berikut merupakan gaya kepimpinan guru abad ke-21 yang bersesuaian dengan keperluan
murid, bahkan menepati FPK:
a) Menjadi Pemimpin Pengajaran yang Berkesan
Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan
dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu
keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas; tugasan dan tanggungjawab; dan
keperluan mempraktik kemahiran dan kepakaran.
Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah wajib menguasai pengetahuan
yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat memberi
respon yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu murid yang mana keyakinan diri
murid dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus menekankan
pada matlamat setiap tugasan dan murid pula patut memahami prosedur menimba ilmu
dangan penemuan diri. Peranan kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran
yang mana merangkumi dua aspek iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta
kemahiran teknikal. Kemahiran intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka
mood, tujuan, motivasi dan perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini
akan berjaya menguasai murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Guru yang berada di dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan
pergerakan anggota badan murid. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan
mengenal sifat murid di dalam kelas membolehkannya memupuk budaya murid minat untuk
belajar dan meneroka khususnya subjek Sejarah yang menekankan fakta dan peringatan
serta hafalan. Disamping itu, Guru Sejarah perlu menguasai kemahiran ICT dan teknikal

termasuk pengurusan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, Video, carta dan
sebagainya bagi memperlihatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berintraktif dan
kepelbagaian. Dalam masa yang sama guru boleh menggunakan borang, bahan edaran
serta keratan akhbar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
kondusif dan mencabar.
Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuh
penentu utama guru yang berkesan iaitu; dapat mencapai matlamat akademik dan
sosialisasi, mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam, penerangan
yang jelas dan terperinci; menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat;
membetulkan salah faham permahaman fakta atau content dalam kalangan murid;
memperkembangkan pengalaman murid dan mendambarkan diri sebagai seorang guru
yang reflektif.
b) Membentuk Agenda Bilik Darjah
Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan peranan
kepimpinan guru. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan
akademik dan sosial murid-murid. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama
dalam agenda bilik darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin.
Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu
respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu
keputusan ke atas tingkah laku murid. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan
difahami oleh murid pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan
pertimbangan atas had yang telah dipersetujui dan dipatuhi dari segi empat hak asasi murid
iaitu; hak murid untuk belajar; hak guru untuk mengajar; haksetiap individu untuk aspek
keselamatan dari segi fizikal dan psikologi; dan hak setiap individu untuk taraf
penghormatan dan kemuliaan.
Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalah hak
mutlak guru dalam mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik darjah. Dalam pada itu,
guru dapat memenuhi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa atas perlindungan
hak individu dalam aspek keselamatan. Murid mesti berasa kondusif dan selamat sebelum
menjalani proses pembelajaran yang berkesan. Hak dan tanggungjawab adalah dua perkara
yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab peranan kepimpinan guru berfokus pada
tingkah laku murid untuk membuat keputusan atau pemilihan secara positif. Sebagai
seorang guru, usaha mendorong murid untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab

ke arah peranan kepimpinan guru yang berkesan adalah rumit. Guru harus mendorong
murid supaya bertanggungjawab ke atas perlakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan
yang diingini.
Di sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan dan undang-undang
sekolah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kita perlu menekankan peraturanperaturan yang mesti dipatuhi oleh murid bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajran berjalan seperti yang dirancangkan. Guru mesti membezakan antara peraturan
dan rutin. Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan murid dapat belajar
dalam suasana yang kondusif. Disini tanggungjawab peranan kepimpinan guru akan
memberikan taklimat tentang peraturan dalam pertemuan pertama dengan murid murid
yang menyentuh perkara-perkara mengenai; peraturan bercakap/berbisik, respons kepada
soalan, guru keluar kelas, agihan buku dan bahan mengajar, permulaan pelajaran dan akhir
pelajaran, bagi memastikan mereka akur dan patuh pada pra-peraturan yang diberikan.
Kedua, menetapkan bahawa akan jaminan keselamatan fizikal dan psikologikal harta
sekolah. Ketiga, untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga
peraturan adalah satu panduan untuk guru bagi memastikan murid memahami serta
mematuhi kehendak peraturan yang telah diwartakan oleh sekolah.
Rutin berbeza dengan peraturan kerana rutin mengutamakan aspek pentadbiran dan
prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjah terurus dengan baik. Rutin
merupakan satu set perilaku yang perlu dilaksanakan untuk membantu kejayaan murid.
Selain itu, rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual
kedatangan murid, menyemak keadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat
bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya.
c) Kemahiran-kemahiran yang diperlukan
Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan
wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, pengarapan misi kelas dan murid harus jelas dan
mudah difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik
darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkaraperkara berikut: Penekanan kepada Pengajaran Asas; Jangkaan guru bahawa semua murid
berkebolehan mencapai kecemerlangan berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara; Kewujudan satu sistem objektif pengajaran yang jelas untuk mengawasi Prestasi
Murid; dan mengimplimentasikan pelaksanaan pengajaran Sejarah secara berkesan,
bersistematik dan mempunyai keunikan apabila mempelajarinya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah guru harus bertindak
membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi
pengajaran, guru hendaklah membuat refleksi untuk merancang dan bersedia untuk
memulakan pengajaran. Semasa proses pengajaran guru harus bertindak untuk
memaksimakan segala ilmu dan kaedah penyampaian berkesan dalam menguasai mood,
suasana serta interaktif dua hala bersama murid. Selepas pengajaran, guru refleks apa
yang telah dilakukannya, dipertuturkan dan direncana di dalam bilik darjah. Guru subjek
sejarah digalakkan menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta
membaiki kesilapannya. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru
boleh mengamalkan pembelajaran kolaboratif. lni bermaksud murid dalam keadaan positif
dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahliahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik.
Seterusnya, murid berfikir untuk penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya.
Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz
kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli
mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, murid
perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan
samada daripada medium guru, buku atau internet. Dalam konteks ini, guru sebagai
pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran murid serta hasil tugasan mereka.
Dengan kaedah pendekatan ini, murid berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan
dan keyakinan diri khususnya dalam penerokaan pencarian fakta atau urutan sejarah dari
setiap penemuan dan aktiviti yang dilakukan. Di akhir sesi, guru harus memberi pujian dan
sokongan serta ganjaran ke atas usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam penglibatan
mereka dalam proses pembelajaran yang aktif dan memanipulasi ruang bilik darjah sebagai
sumber berinteraksi yang berkesan.
5.

KESIMPULAN

Justeru itu, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep kepemimpinan ini
kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat rumit. Jika dilihat dalam konteks
guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan
pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah.
Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan
kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain.
Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan
suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik darjah yang
efektif, guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria
dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak dan suasana interaksi ini
lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga faktor yang mempengaruhi bilik darjah
iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan faktor emosi.
Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam bilik darjah merupakan
aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan. Perkara ini termasuklah
suara guru yang sesuai, lantang dan jelas menyampaikan pengajaran. Di samping itu, sikap
positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa kepada
kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang menekankan
kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu membimbing murid ke arah nilai
positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana
kelas sedang bising, dan apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam
kelas menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.
Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan islam. Menurut
perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah
orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah,
membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. Seorang pemimpin
seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada
agama. Tidak kiralah sama ada guru tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun
Buddha, kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar
kepercayaan yang utuh. Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan
mencernakan peribadi terpuji selaras dengan tuntutan agama. Manakala konsep etika dan
amalan keagamaan seharusnya member kekuatan jatidiri kepada para guru yakni pemimpin
di dalam memimpin sesebuah organisasi terutamanya memacu kecemerlangan pendidikan
di sekolah. Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan
berwibawa seperti yang dianjurkan, beberapa peranan penting harus lah dimainkan oleh
seseorang pendidik.peranan paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role model
kepada setiap murid di sekolah. Guru haruslah berupaya dan berkemampuan untuk
memberikan contoh tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan dengan seorang murid
yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang diberikan mestilah sesuai
dan bertetapan dengan ciri sikap dan perilaku serta akhlak guru itu sendiri. Seorang guru
yang baik mesti mampu untuk merubah murid menjadi baik dan begitulah sebalikya.

Kepemimpinan juga adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk
menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Ini
bermaksud, kepemimpinan juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan,
tindakan dan nilai ahli-ahli dalam kumpuannya.konsep asas kepemimpinan yang seterusnya
adalah merujuk kepada kepimpinan diantara pemimpin dengan pengikut. Walaupun
pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan
daripada paksaan. Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua
arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan
hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha daripada pengikut-pengikutnya.
Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang
berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan
perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu
yang menggariskan hala tuju dan membentuk murid ke arah merealisasikannya dengan
nilai-nilai kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk
memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna.
Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan
pengetahuan dan maklumat para murid. Justeru, guru perlulah menunjakkan kepimpinannya
dengan

sentiasa

bersedia

dan

boleh

menyesuaikan

diri

dengan

keadaan

iaitu

mempamerkan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya, dalam zaman
globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan
mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah yang
lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan perkembangan
budaya dan persekitaran murid.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan
guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah.
Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan
malah turut menjulang kepimpinan guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin
sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan
sejawatanya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk
kerjasamaantara mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesanbiasanya dibantu oleh
penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama
harmoni dalam kalangan komuniti tersebut. Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya
kepimpinan sesama guru ini adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama,

berinteraksi serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan kuasa pujukan


daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah dirancangkan.
Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas
dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan
dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli
masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang
belakang kepada kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk
melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak
mereka. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mesyuarat
PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik serta mengikis kebimbangan ibu
bapa terhadap kreadibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka.
Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama
kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam mesyuarat agung
PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan beban tugas sesama ahli
dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala melalui kepimpinan guru.
Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang
mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada Cuma
persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka penumpang
akan berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar
tersebut. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke
destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran
akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek
pembinaan insan salam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. , kepimpinan
pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan
aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui
perubahan secara sukarela. Oleh itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula
daripada guru kepada pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan
ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan sekolah.

RUJUKAN
Cuban, L. (1984). Transforming the frog into a prince: Effective school research, policy and practice
at the district level. Harvard Education Review, 54(2), 129- 151.De Bevoise, W. (1984).
Synthesis of research on the principal as instructional leader.Educational Leadership, 41, 1420.
Fenstermacher, G., & Soltis, J. (1998). Approaches to teaching (3rded.). New York:
College. Field, R. (2004). Leadership in classrooms. Dimuat turun September 15,2005,
daripada: www.bus.ualberta.calrfield.
Hallinger, P., Murphy, J., Well, M., Mesa, R. P., & Mitman, A. (1983). School
effectiveness:Identifying the specific practices, behaviors for principals. NASSP
Bulletin,67(463),83-91.
Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident peranan kepimpinan guru. London: Fulton.
Kane, M. (2001). Leadership requirements and leadership development. Dimuat Turun September
15,2005, daripada: www.execuiteveevolution.com.
Lambert, L. (2003). Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. School
Leadership and Management, 23(4),421-430.
Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders. ERIC Digest, 160. University of Oregon,
Clearinghouse on Educational Management. Dimuat turun September 21, 2005, daripada:
www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing- Instructional-Leaders. Htm
Sashkin, M., & Sashkin, M. G. (1993). Leadership and culture building in schools.D

Anda mungkin juga menyukai