Di dalam sebuah kampung, ada sebuah keluarga yang sederhana.
Dalam keluarga itu, ada seorang anak muda yang bernama Erik. Erik seorang budak yang degil. Dia juga suka melawan cakap ibunya. Apabila disuruh membaca buku, dia lansung malas. Satu tabiat Erik yang tidak baik ialah kegemarannya melastik burung. Kemudian burung itu akan dikurungnya di dalam sangkar. Kadang-kadang burung yang dilastiknya itu akan patah kakai. Malang sungguh nasib burung itu. Sudahlah kaki burung itu patah, dikurungnya pula seperti di dalam penjara. Erik hanya ketawa melihat burung itu. Cuti sekolah sudah bermula. Setiap hari Erik bersama-sama kawannya Kamal dan Chiam akan pergi melastik burung walaupun dilarang oleh ibunya. Pada suatu hari, ibu Erik berkata cuti sekolah begini, duduklah di rumah. Boleh bantu ibu buat kerja atau mengulangkaji pel;ajaran. Erik lansung tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Dia pergi juga, lagipun Kamal dan Chiam sedang menunggunya. Lewat petang barulah Erik balik. Di tangannya kelihatan seekor burung punai.
Erik menggosok-gosok burung itu sambil mnemasukkannya ke dalam
sangkar. Ibu, lihatlah burung yang baru saya bawa balik ini, kata Erik memberitahu ibunya. Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat tingkah laku Erik itu. Janganlah pergi melastik burung lagi. Tak baik menyeksa burungburung tu. Mereka pun mahu hidup bebas seperti kita juga, nasihat ibu Erik. Tapi Erik menjawab, Alah, ibu ni. Saya dah berjanji dengan Kamal dan Chiam, esok kami akan pergi ke hutan untuk melastik burung lagi. Ibu Erik berasa kecewa dengan sikap anaknya itu. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak menasihati Erik. Hendak dipukul, sudah dua belas tahun umur anaknya itu. Pada keesokan harinya, awal-awal lagi Kamal dan Chiam datang ke rumah Erik. Erik sudah lama menungggu. Di tangannya sudah tersedia lastik dan beberapa biji batu. Selepas itu, mereka bertiga pun masuk ke hutan. Di dalam hutan memang terdapat pelbagai jenis burung yang cantik-cantik. Tiba-tiba kamal ternampak seekor burung hingggap di dahan sebatang pokok. Erik, Chiam, lihat di sana! kata Kamal sambil menuding jarinya ke arah burung tersebut. Apabila melihat burung itu, Erik terus menarik lastiknya. Tapi Chiam menahannya. Jangan, Erik! Kau tengok, ada sarang tebuan di pokok itu, kata Chiam. Kemudian, Kamal pula menyambung, Yalah, ada sarang tebuan. Kita jangan cari nahas. Lebih baik kita pergi saja dari sini.
Namun, Erik lansung tidak mempedulikan nasihat kawan-kawannya.
Dia terus menarik getah lastiknya dan kemudian mencari sasaran. Batu yang bagaikan peluru itu dilepaskan ke arah burung. Sayangnya, batu itu tidak hinggap pada burung. Sebaliknya, telah terkena pada sarang tebuan. Apa lagi, tebuan-tebuan itu pun keluarlah dari sarang dengan bunyi yang berdengung. Lari! Lari! tempik Chiam. Tebuan-tebuan itu kelihatan seperti sepasukan askar yang hendak menyerang musuhnya. Tiga sekawan itu bertempiaran lari untuk mencari perlindungan. Mereka terus dikejar oelh tebuan-tebuan itu. Aduh! Aduh! Sakitnya, jerit Erik setelah beberapa ekor tebuan hinggap di badan dan mukanya. Manakala Kamal dan Chiam bernasib baik kerana tidak jauh dari situ terdapat sungai. Jadi mereka berdua terjun ke dalam sungai itu untuk mengelakkan dari dikejar oleh tebuan-tebuan itu. Erik yang dalam kesakitan berlari pulang. Muka dan badannya bengkak-bengkak. Ibu, tolong! Sakitnya jerit Erik memanggil ibunya. Kenapa ni? Itulah ibu dah cakap, jangan pergi. Tengok, sekarang apa dah jadi, kata ibu Erik sambil menggosok-gosok badan Erik yang bengkak itu. Aduh, sakitnya. Saya tak mahu melastik burung lagi. Maafkan saya, bu, Erik berjanji dengan ibunya. Baguslah kalau begitu, balas ibunya. Keesokan harinya, Kamal dan Chiam datang
melawat Erik. Nak
pergi melastik burung lagi, Erik? usik Kamal. Aku dah serik,
akibatnya sungguh teruk, kata Erik. Kemudian mereka sama-sama