Anda di halaman 1dari 1

Tuesday, 16 July 2013

Tangan Hancur Terkena Mercun buatan Sendiri

KOTA BHARU Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan


menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir
menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan uji kajinya itu meletup ketika berada
dalam genggamannya.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu itu menyebabkan
mangsa,
Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan jari manis, manakala tapak tangannya turut
terkoyak.
Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan kira-kira pukul
5 petang pada hari kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan perubatan yang merawatnya
bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung itu tibatiba meletup.
Menurut mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang besi itu dan ketika
sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga terkena tangannya, cerita sumber
itu kepada Kosmo! di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my

Anda mungkin juga menyukai