Anda di halaman 1dari 5

UCAPAN

Apakah Ucapan?
Ucapan adalah untuk didengar oleh orang ramai.
Ucapan perlu menghidangkan isi yang bernas, berkualiti
dan terkini serta menggunakan gaya bahasa yang
sesuai untuk pendengaran.
Bahasa yang sesuai baku, tepat, indah dan berkesan.
Bahasa yang ada rentak irama, dan bahasa yang puitis

Panduan Asas
1. Kata alu-aluan (Senarai panggilan mengikut protokol,
dimulakn dgn ucapan terim kasih)
2.Pendahuluan (boleh dmulakan dgn ucapan
kesyukuran,imbasan pengalaman atau latar belakang
sesuatu atau pantun)
3.Isi-isi (topik yang berkaitan)
4.Penutup (meringkaskan isi atau kesimpulan)

Panduan Menulis Ucapan

Memperbanyak penggunaan perenggan deduktif.


Mempelbagaikan penggunaan perenggan, iaitu ada banyak
perenggan deduktif, ada sedikit perenggan induktif dan ada sedikit
sahaja perenggan eklektik.
Mengelakkan penggunaan perenggan yang kacau atau tidak dapat
dikenal pasti sistem penyusunannya.
Menggunakan ayat yang jelas subjek dan predikatnya.
Menggunakan perkataan atau frasa yang menunjukkan urutan.
Menggunakan kata ganti diri yang dapat mengintimkan pengucap
dengan pendengar seperti saya, kita, dan anda. (Hati-hati
menggunakan kata ganti ini.)
Menggunakan mutiara kata seperti madah pujangga, lidah pendeta,
peribahasa dan simpulan bahasa.
Menggunakan penanda wacana.

JENIS-JENIS UCAPAN

Ucapan Impromptu
Ucapan yang dihafal
Ucapan yang dibaca daripada teks
Ucapan dengan cukup persediaan (extemporaneous)
Ucapan pidato
Ucapan E-kad
Ucapan demagog
Ucapan Hormatan
Ucapan Deklamasi
Ucapan pidato gesaan

Anda mungkin juga menyukai