Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARY

JALAN INTAN BAIDURI 5D,


52100 KUALA LUMPUR.

UJIAN FORMATIF 1 /2014


BAHASA MALAYSIA
PENULISAN TAHUN 5
MASA :
SATU JAM LIMA BELAS MINIT
______________________________________________________________________________

NAMA: ..............................................................................
TAHUN :...........................................................................

ARAHAN
Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B,
anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

.
Bahagian A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[10 markah]
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Bahagian B
[Masa yang dicadangkan: 40 minit]
[30 markah]

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah kata.
1

Kelas tambahan banyak faedahnya kepada murid-murid.


Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.
Atau

2.

Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di


suatu kawasan hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis
surat kepada Guru Besar untuk meminta keizinannya.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Atau

3.

Anda dan keluarga telah melancong ke suatu tempat peranginan yang


menarik.
Ceritakan pengalaman anda ketika berada di sana.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 20 minit]
[20 markah]

Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di
bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50
patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.
Pada hari itu, ibu dan ayah ke bandar untuk membeli barang-barang
keperluan rumah. Ibu berpesan kepadaku supaya menjaga adik-adikku dengan baik.
Sepanjang pemergian mereka, aku menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru di dalam bilik. Aku membiarkan saja dua orang adikku, Amira dan Faris
bermain bersama-sama. Biarlah! Lagipun, kulihat mereka leka bermain.
Tiba-tiba, aku terkejut mendengar bunyi pasu bunga pecah dan diikuti oleh
tangisan adikku. Bagai dipanah halilintar, aku segera berlari ke ruang tamu. Kulihat
adikku, Amira menangis sambil memegang kakinya. Aku menjadi panik apabila
melihat kaki adikku berdarah. Faris menyatakan bahawa dia terlanggar pasu bunga
itu lalu pecah. Mira pula terpijak serpihan pasu yang pecah itu.
Aku segera mendapatkan tuala bersih di dapur dan merendamkan kain
tersebut di dalam air sejuk. Kain yang basah itu, aku tekapkan pada bahagian yang
luka setelah kupastikan tiada serpihan pasu yang terlekat di kakinya. Sesudah itu,
aku menyapu ubat pada lukanya itu.
Tidak lama selepas itu, ibu dan ayahku pulang. Aku menerangkan apa-apa
yang telah berlaku kepada adik. Aku meminta maaf kerana cuai sewaktu menjaga
adikku.

Disediakan

Disemak

Disahkan

NORFAZLI AHMAD

ASMAH NORAZEEAH BT RAZALI

..

KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai