Pengujian
Pengujian
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi
pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu
dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.
Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai
pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan
membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau
keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah ditetapkan
atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.
KONSEP PENGUJIAN
Pengujian dalam bilik darjah merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti
kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor
ataupun efektif. Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk
mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran
para pelajar.
Menurut Cronbach (1970), Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contohnya :
Skala bernombor :
i.
ii.
iii. 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
Sistem berkategori:
i.
ii.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar dikukuhkan lagi
oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)
yang
menegaskan bahawa Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat
yang diperolehi daripadanya
pengadilan.
Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa
baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat
persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan
skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada
pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.
Dalam bilik darjah, pengujian adalah untuk mengukur perubahan tingkah laku murid
berkaitan dengan aktiviti pembelajaran murid. Kaedah yang lazimnya digunakan untuk
mengesan pencapaian murid secara formal ialah dengan menggunakan kertas dan pensil.
Ianya terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang mana murid perlu memberi tindak
balas. Pengujian dapat mengukur ciri-ciri tingkah laku dalam masa terhad kepada
sebahagian aspek pembelajaran sahaja seperti kognitif, afektif atau psikomotor.
CIRI-CIRI PENGUJIAN
Sesuatu
ujian
yang
berkualiti
perlu
mempunyai
elemen-elemen
kesahan,
Kesahan
Merujuk kepada takat sesuatu ujian yang dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada
empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.
Kesahan isi adalah untuk menentukan setakat mana sesebuah ujian meliputi bidang ujian
yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan
terlebih dahulu.
Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian untuk meramal kebolehan sebenar
seseorang pelajar untuk menjalankan sesuatu ujian pada masa hadapan dalam situasi yang
lain. Contohnya seorang pelajar memperolehi 8A dalam peperiksaan percubaan di sekolah
juga harus memperoleh pencapaian yang sama dalam peperiksaan SPM yang sebenar.
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau mental manusia. Contohnya, markah
seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.
Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu sepadan dengan
pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Sebagai contoh, jika pelajar
memperolehi skor yang tinggi dalam satu ujian, dan apabila ujian tersebut diulangi, guru
mesti menyemak yang pelajar tersebut mempunyai skor yang hampir sama untuk
menentukan kesahan serentak.
ii.
Kebolehpercayaan
Merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat
markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah
yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu
dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.
iii.
Keobjektifan
Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan guru dalam memeriksa jawapan
pelajar yang ramai. Sebuah ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi jika
pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi guru yang
memeriksa ujian ini. Sebaliknya, ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana
pemarkahan mungkin berbeza antara dua orang pemeriksa yang lain walaupun keduaduanya menanda berdasarkan skima pemarkahan yang sama.
iv.
Kebolehtadbiran
Merujuk kepada kelicinan pelaksanaan sesebuah ujian di dalam bilik darjah atau dewan
peperiksaan. Ciri kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan dewan
peperiksaan, pengedaran kertas soalan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta
pemarkahan.
TUJUAN PENGUJIAN
i.
JENIS-JENIS PENGUKURAN
i.
Skala Nominal
Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang
paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan
seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan. Contohnya, guru ingin
mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaan perlu meletakkan
nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan.Misalnya, etnik
Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan
etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor 1 dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan
yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4.
Dalam skala nominal ini, kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili
kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina,
nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik. Nombor yang digunakan di
sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan, iaitu
etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor
untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. Ciri-ciri utama skala
nominal adalah seperti berikut:
Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan
ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain.
Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi
ii.
Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.
Skala Ordinal
Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada
daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang
cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah
mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik
kepada kategori yang lebih baik.
Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi
pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markah
keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini
menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Ciri-ciri
utama skala ordinal adalah seperti berikut:
Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif.
Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.
Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau
lebih berbanding kategori lain.
iii.
Skala Sela
Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap
unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa
kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Skala
sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela mempunyai
ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak numerik yang
sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur.
Contohnya, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala
sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B
yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat
50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan
pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak
mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0)
merupakan suatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu
skala sela tidak mempunyai nilai mutlak. Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:
Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif.
Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.
Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau
lebih besar daripada yang lain.
Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari.
Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran.
iv.
Skala Nisbah
Skala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala sela dan
juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong. Misalnya, perbezaan
antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. Malah kita boleh
mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45. Contoh ukuran berskala nisbah ialah wang, jarak
dan tinggi.
TUJUAN PENGUKURAN
Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran
yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.
Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.
Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada
keputusan pengukuran.
Untuk
pensijilan
sebagai
tahap
pencapaian
akademik
dalam
sesuatu
peringkat
persekolahan.
Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan yang tertentu.
KONSEP PENILAIAN
Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks
pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat
analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih
berkesan.
Banyak definisi telah diberikan kepada istilah penilaian. Antaranya ialah Gay (1985)
berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan
yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan
pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang
lebih bersifat kuantitatif.
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian,
ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan
itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian
dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan pelajar sekolah
rendah.
Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisian dan
penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang
dijelaskan secara ringkas seperti berikut :
Peringkat
Interpretasi&
tindakan
Peringkat
analisis
Peringkat
Pemeriksaan&
pengukuran
Peringkat
Pentadbiran
ujian
Peringkat
Persediaan
ujian
Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktivitiaktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Kepentingannya di antara ketiga-tiga sistem ini dapat
dilihat dalam rajah 1 di bawah.
pengujian
pengukuran
penilaian
menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali
dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya,
penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan
menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.
JENIS-JENIS PENILAIAN
Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian
mengesan penguasaan,
penilaian
pencapaian. Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian ini boleh digolongkan kepada dua
jenis iaitu penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan,
dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.
Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar
dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Cara penilaian ini merupakan dalam bentuk
tidak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz matematik, memeriksa
hasil kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah. Penilaian formatif ini biasanya digunakan
untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara individu supaya
dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta.
Oleh itu penilaian ini kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan. Di samping
itu, penilaian formatif juga digunakan untuk mengesan kemajuan pelajar di dalam kelas
melalui ujian kertas pensel dalam bentuk formal. Ujian kertas pensel lazimnya diadakan
selepas beberapa unit kemahiran ataupun pembelajaran telah diajarkan. Keputusan ujian ini
akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan
selanjutnya.
Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit
pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal atau dua penggal. Cara penilaian yang
digunakan adalah bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan
amali atau bertulis, skala radar dan senarai semak. Penilaian sumatif ini biasanya digunakan
untuk menentukan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Keputusan ujian
itu akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan
semula kedudukan pelajar dalam kumpulan yang sesuai.
Tujuan penilaian sumatif ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam kelas atau
membuat perbandingan pencapaian mereka di antara kelas. Oleh itu, penilaian ini biasanya
dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun
persekolahan. Selain daripada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, penilaian sumatif
juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, yang
mana keputusannya digunakan untuk menggredkan pelajar mengikut peringkat pencapaian
dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan.
TUJUAN PENILAIAN
Sistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini ialah :
i.
dan pembelajaran supaya membuat penafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
ii.
v.
PENUTUP
Kesimpulannya, seseorang guru merupakan orang yang berperanan penting dalam
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik
darjah. Guru yang menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang
dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan
seterusnya melaksanakan tindakan
REFLEKSI
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan walaupun dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang guru dan ketua keluarga. Tugasan ini banyak memberikan saya input-input baru
yang sangat berguna untuk saya praktikkan di sekolah nanti. Tugasan ini juga menjadikan
saya lebih memahami apa itu pengujian, pengukuran dan juga penilaian.
Banyak ilmu baru yang saya perolehi setelah menyelesaikan tugasan ini. Ia memberikan
saya satu dimensi baru dan menjadikan saya seorang yang teliti atas sesuatu tugasan yang
diberikan. Ilmu yang saya perolehi ini akan saya gunakan dan akan saya kongsikan kepada
rakan-rakan yang lain di tempat kerja. Selain itu, saya telah memperolehi satu pengalaman
baru yang mana sikap bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu
tugasan yang diberikan merupakan faktor kejayaan seseorang. Pengalaman dalam
menjayakan tugasan ini cukup berharga buat saya. Saya berharap agar ilmu yang saya
dapat ini akan terus berada dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang
kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya
tempuhi. Antara masalah yang paling ketara ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi
untuk melaksanakan penyelidikan dan mengumpulkan maklumat. Walaubagaimanapun
masalah ini dapat diatasi dengan baik dengan mengurus masa yang betul dan sistematik.
Selain itu, kurangnya pengalaman dan ilmu yang cetek juga menyebabkan saya terpaksa
menyelidik dan membuat kajian dengan bersungguh-sungguh
KURSUS: KDPM-SABK-PA2
0911-0136
RUJUKAN
Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2010), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
Mok Soon Sang (2009),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian.
Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.