Anda di halaman 1dari 2

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur merupakan ibu kota negara Malaysia yang menjadi

tumpuan pelancong dari segenap lapisan masyarakat sama ada dari
dalam atau luar negara. Oleh itu, pada cuti persekolahan yang lalu aku
dan keluargaku telah bercuti ke Kuala Lumpur. Tujuan kami ke sana untuk
bercuti sambil makan angin. Kami bertolak dari Kedah pada pukul 8.00
pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 1.00 petang. Kami menginap di
rumah ibu saudaraku yang terletak di Taman Ampang Hilir Selangor. Kami
berehat sebentar sambil menjamu selera di rumah ibu saudaraku.
Selepas itu, abahku membawa kami ke Muzium Negara. Dari luar
bangunan muzium itu aku melihat sebuah kolam air pancut yang cantik.
Ramai pelancong yang terdapat di situ. Kemudian kami pun masuk ke
dalam muzium. Saya melihat pelbagai barangan purba dipamerkan.
Antaranya senjata, pakaian tradisional, keris, barangan tembaga,
gambar-gambar bersejarah dan banyak lagi. Kami sempat menyaksikan
adat perkahwinan orang Melayu dan Cina. Kami tidak dibenarkan
mengambil gambar semasa di dalam muzium.
Keesokan harinya kami melawat ke Sunway Lagoon yang berdekatan
Subang Jaya. Sunway Lagoon ialah kawasan istirehat yang terdapat
beraneka permainan air yang menarik dan menjadi tumpuan ribuan
manusia. Setelah puas bermandi-manda saya dan keluarga saya makan
di sebuah restoran. Makanan di situ sungguh enak dan lazat. Kami
meneruskan lawatan ke Menara Berkembar Petronas. Saya berasa
bangga kerana berpeluang melihat menara berkembar yang tertinggi di
dunia. Aku bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Kemudian abah
membawa kami melawat ke Petro Sains. Semasa berada di ruang
pameran Petro Sains kami diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ.
Satu dokumentari tentang ciptaan sains telah ditayangkan. Terdapat juga
pelbagai jenis pameran seperti hidupan pada zaman dahulu iaitu
dinasour. Saya terpegun dengan ciptaan dinasour yang begitu unik.
Selain itu, terdapat maklumat bercetak tentang penemuan baru sains,
ciptaan sains yang inovatif dan banyak lagi.
Sebelum pulang ke rumah ibu saudaraku, kami bersolat di sebuah masjid
yang cantik dan bersih yang terletak berhampiran Menara Berkembar
Petronas. Kuala Lumpur wajar menjadi kebanggaan rakyat jelata. Saya
kagum melihat puluhan bangunan bagaikan berlumba mencecah awan.
Kami sekeluarga sempat singgah di Pasar Seni dan membelibelah di Jalan
Tuanku Abdul Rahman. Pengalaman melawat ke Kuala Lumpur tidak dapat

saya lupakan. Dalam perjalanan pulang ke Kedah aku sentiasa tersenyum

mengenangkan tempat-tempat menarik yang telah saya lawati. Lawatan
ini berjaya membuka mindaku supaya lebih cenderung dengan kamajuan
teknologi terkini dan meningkatkan pengetahuanku tentang kehidupan
manusia pada zaman silam.

Anda mungkin juga menyukai