Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN: GANGGUAN HYPERAKTIVITI DAN MASALAH TUMPUAN

Apakah itu "ADHD"?


Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang
mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif.
Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh
profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih
serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali
jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD.
Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan
tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti
kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu
lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.
Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan
diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di
setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki
berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD
tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan
tidak didiagnosa dengan tepat.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat
bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan
masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda.
ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit
sebanyak dibawa ke alam dewasa.
Apakah tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga


kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di
rumah, di sekolah dan sebagainya :1. Hiperaktiviti

Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat


duduk

Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan
masa kelihatan kekok

Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah


secara senyap

Selalu banyak bercakap

Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh


motor

2. Tempoh tumpuan yang singkat

Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci


atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau
aktiviti-aktiviti lain

Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja
harian atau tugas

Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu


tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau
kerja rumah)

Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan


sekolah, mainan dan sebagainya)

Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

3. Tingkah laku impulsif

Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami


kemalangan

Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau
tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda
menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang
hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada
kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus
berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka
hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka
bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap
pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian
selanjutnya.
Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?
ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalahmasalah lain.
Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya
kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.

Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah


untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya
membaca dan matematik.
Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap
kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada
hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan
dan terpaksa meluahkan emosi mereka.
Masalah ADHD :

Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakanrakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.

Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada


mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang
berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa
sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa
salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar
yang dialami oleh anak mereka.

Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai ADHD?

Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran


yang lain

Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis petit mal

Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali

Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau


kemurungan

Menghadapi masalah di rumah

Punca ADHD

Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti
dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD
bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Menonton televisyen

Alah pada makanan

Gula yang berlebihan

Keadaan hidup yang miskin

Sekolah bertaraf rendah

Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca
ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan
sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka
mendapatkan bantuan sewajarnya.
Diagnosis dan rawatan ADHD
Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar
yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh
menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan
perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal
pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan
mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu
bapa dan guru sekolah.
Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin
yang

melibatkan

bidang

perubatan,

psikologi,

sosial

dan

pendidikan.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.


Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan
pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang,

dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada
jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan
bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru.
Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain,
berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu
mengawal diri sendiri.
Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang
dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa
30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang
kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari
untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh
tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah
sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai
apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau
terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu
dikurangkan.
Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk
ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang
boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah
laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.
Bolehkah ADHD sembuh?
Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanakkanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif
mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku
hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau
senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi
mereka kebebasan bergerak.

Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau


masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan
terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa

Anda mungkin juga menyukai