Anda di halaman 1dari 6

Murugan A/L Balasundram

Kelas Pk/Pj1
Punca kecacatan bukan lagi faktor baka....
Pengambilan ubat
Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit
yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku
akibat kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau
bagaimanapun, segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada
janin terutama pada peringkat 1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada
peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu
trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan normal
otak, jantung dan organ-organ lain.
Masalah timbul apabila anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di
dalam badan bayi perlu disingkirkan daripada badan melalui proses metabolisme ubat
yang berlaku di hati ataupun penyingkiran melalui buah pinggang. Organ-organ ini
masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi akibat bahan kimia
ubat yang digunakan.
Wanita-wanita hamil juga memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau
bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat
vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K dapat berkumpul di dalam badan
dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yang dikandung. Wanita hamil tidak
disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpa mendapat nasihat doktor
ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupaya memenuhi keperluan vitamin dan zat galian ibu.
Penggunaan Aspirin ketika hamil harus dielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan.
Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkan dengan kelahiran bayi yang kurang berat
badan dan juga mati ketika dalam kandungan. Penggunaan aspirin semasa trimester
ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihan semasa melahirkan anak.
Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantung anak yang baru lahir.

Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein. Kopi
mempunyai kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau
pun tidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan
kecacatan janin manusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan
meminum kopi kepada hanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada
600mg kafein adalah dibenarkan.
Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya
mereka yang bekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat
menyebabkan kecacatan bayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti
dapat memberi kesan yang sama. Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet
makanan ini mempunyai kesan tidak baik pada pembentukan jasad bayi di peringkat
awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awal digalakkan memakan
makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet.
Sinar-X
Sama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada
matahari, batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos
radiasi yang tinggi dan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan
kepada radiasi yang berlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan
dos radiasi yang sedikit tetapi pendedahannya berlarutan, juga membahayakan.
Sinar-X yang dianggap sebagai kaedah terpenting perubatan adalah bahaya kepada
janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu yang mengandung hendak
melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesan penyakit di dalam
perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincang terlebih
dahulu dengan doktor pakar Sinar-X.
Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepada doktor. Ini kerana persenyawaan
benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu pada hari yang ke-14
selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 dan ditakdirkan
kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan ia
dapat mencacatkan bayi. Menghalakan SinarX jauh daripada bahagian pelvis juga

adalah langkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya


didedahkan kepada Sinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang
terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan
mempunyai anak yang menghidap leukemia.
Jangkitan kuman
Kuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapat menimbulkan
kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukan jasad
dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu proses
pertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit
adalah disebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus.
Berbagai-bagai jenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun
malam. Organisma ini membiak dan membawa bersama penyakit.
Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-mana. Kuman inilah yang
menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus dan staphylococcus, demam skarlet
atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea dan apendisitis. Protozoa juga sel
organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Penyakit yang
bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripada bakteria.
Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit dengan
memasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia menyebabkan gangguan. Antara penyakit
yang dikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela.
Kuman sifilis amat membahayakan bayi. Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa
menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorang wanita mengandung, maka kuman
sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin dan merosakkannya menyebabkan janin itu
gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahir cacat.
Pemakanan
Kekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebuluran dapat
menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapi
jika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap
mengalami masalah kekurangan zat protein. Satu-satunya khidmat ibu yang hamil untuk
anak di dalam kandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik.

Dadah dan arak


Walaupun penagihan dadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di
kalangan wanita yang sedang hamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti
morfin, kokain dan sebagainya, ada kemungkinan perkembangan janin boleh terganggu
dan salah satu daripada masalah adalah kecacatan janin.
Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yang
mengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam
mulut dan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap
tembakau bertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada
laporan yang menunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol
dalam arak dapat menyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan
serta menjejaskan perkem-bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina
kemungkinan dapat menyebabkan kerencatan pertumbuhan ataupun gangguan
pertumbuhan otak bayi.
Cubaan menggugurkan anak
Amalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaan
menggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akarakar kayu, ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun
men-dapat suntikan daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat
memaksa haid keluar ataupun menggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal
memaksa haidnya keluar dan kehamilan berkembang terus tanpa disedari. Percubaan
itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin serta menyebabkan kecacatan pada
anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalah dianggap sebagai
penganiayaan pada janin.
Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik di sisi undang-undang mahupun
agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahu mengandung, lebih baik
menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksa ataupun
menganiaya janin.
Umur ibu

Ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan mempunyai kesihatan yang kurang
baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang dikhuatiri. Walau
bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah yang
berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat
mereka berada di bawah jagaan doktor pakar.
Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanya meningkat selepas ibu itu berumur
45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun dua dalam 100 kelahiran. Bagi
ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi Sindrom Down adalah satu
dalam 200 kelahiran. Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi Sindrom Down di
kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walau
bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu
menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan
dua bulan, bagi mengesan kecacatan Sindrom Down.
Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah pada usia 23 hingga 29 tahun.
Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dan normal. Ibu yang
berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahir prematur
ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini kerana
sistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa
apabila telur mula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini
sistem hormon endokrin bekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir
peringkat ini, barulah kilang pituitari mengeluarkan hormon yang digelar prolaktin.
Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkan hormon progesterone yang menyediakan
rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistem pembiakan sudah matang.
Kekurangan oksigen
Bayi dalam kandungan mendapatkan oksigen melalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk
ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawa ke jantung dan dari sana ia
dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah dan terbina bagi
membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalam
aliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu.
Kesan kekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah
kerosakan otak. Sebarang kerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan

cepat dan kesannya berkekalan. Sel otak lebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di
dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapat tumbuh semula seperti sel kulit apabila
luka. Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak. Lagipun otak mengawal
pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak maka bahagian yang
dikawal turut rosak.
Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawal otot-otot dan
koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mental
adalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan
berfikir. Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian
otak yang berkenaan. Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan
oksigen. Sekalipun langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan
bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi, epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku
kerana sebab-sebab lain.
Kenan
Kecacatan tidak boleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap
anaknya cacat kerana kenan atau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan,
kecacatan anak hanya disebabkan oleh semua perkara di atas terutama baka.
Kemalangan
Kemalangan melibatkan kepala dapat menjejaskan fungsi otak seseorang.

Anda mungkin juga menyukai