Anda di halaman 1dari 2

Karangan.

BAHAGIAN B.

Kemalangan jalan raya semakin kerap


berlaku.
Tulis satu karangan tentang usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk mengelakkan
berlakunya kemalangan.
Soalan:

Kemalangan jalan raya semakin meningkat. Keadaan ini


berlaku disebabkan pertambahan kenderaan yang berada di jalan
raya. Selain itu, sikap pemandu turut menyumbang kepada masalah
tersebut.
Oleh sebab kemalangan jalan raya menyebabkan kerugian
kepada mangsa dan Negara, langkah-langkah untuk membendung
perlu dilakukan.
Sikap pemandu merupakan salah satu penyebab berlakunya
kemalangan jalan raya. Oleh itu, pemandu perlu diingatkan agar
bertimbang rasa di jalan raya.

Keadaan kenderaan yang sudah uzur juga boleh menjadi


penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh itu, kereta-kereta
yang terlalu uzur perlu dilarang menggunakan jalan raya. Jika tidak,
nyawa pemandu dan orang ramai mungkin terjejas.
Kempen keselamatan jalan raya perlu diteruskan dari semasa
ke semasa. Radio dan televisyen haruslah memainkan peranan yang
lebih berkesan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang
pemanduan berhemah.
Guru-guru juga boleh memainkan peranan dengan memberikan
peringatan kepada murid-murid tentang keselamatan jalan raya dari
semasa ke semasa. Sekolah juga boleh mengadakan kempen
keselamatan jalan raya dengan lebih kerap.
Jika langkah-langkah di atas dapat dilakukan, kemalangan
jalan raya akan dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai