Anda di halaman 1dari 6

PROFESION PERGURUAN PERLUKAN

TRANSFORMASI MENYELURUH
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
PELBAGAI isu berkaitan profesion perguruan mula menarik perhatian khalayak dengan
ramai pihak cuba mengutarakan idea juga pandangan untuk penambahbaikan profesion
perguruan di negara kita.
Profesion ini dilihat sebagai antara satu kerjaya cukup penting dalam mengembleng
aspirasi pembangunan negara kerana guru bertanggungjawab membentuk, mendidik
dan melahirkan modal insan keperluan negara. Dengan kata lain, guru komponen
utama dalam sistem pendidikan negara yang meliputi komponen lain seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekolah, pelajar dan ibu bapa.
Hakikatnya, jika komponen guru ini gagal berfungsi dengan baik, keseluruhan sistem
pendidikan kita tidak dapat bergerak untuk mencapai matlamat ditetapkan.
Untuk mengelakkan masalah itu, segala usaha dilakukan kerajaan secara berterusan
demi menambah baik kerjaya mulia ini, antaranya mengumumkan peluang kenaikan
pangkat serta gaji yang lebih menarik.

Sebelum ini, kerajaan cuba mewujudkan sistem kerja sembilan jam selepas
melaksanakan kaji selidik di 19 buah sekolah di Melaka Tengah. Kajian ini dilaksanakan
melalui jawatankuasa dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan
kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), serta wakil Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebagai usaha memantapkan perkhidmatan perguruan
di negara kita. Hasil daripada kajian itu kerajaan bersetuju untuk melaksanakan projek
perintis bekerja sembilan jam di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan
Sarawak.

Lantaran cadangan ini, pelbagai pihak meliputi individu guru serta kesatuan perguruan
dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bukan saja dari empat buah negeri terbabit
tapi dari seluruh negara melontarkan rasa tidak puas hati serta keberatan untuk
bersetuju dengan pelbagai alasan dan justifikasi logik dan wajar.
Dan akhirnya polemik projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam di
empat buah negeri menemui titik noktah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan projek berkenaan tidak
akan diteruskan.
Pengumuman itu sekali gus dilihat cukup melegakan golongan ini di seluruh negara
biarpun projek perintis ini dikatakan bertujuan memantapkan lagi perkhidmatan
perguruan.
Keputusan ini juga membuktikan betapa kerajaan prihatin dan bersedia untuk
mendengar denyut nadi pelbagai lapisan rakyat walaupun sesuatu keputusan itu sudah
dibuat dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
Ternyata kerajaan sekali lagi bijak menangani isu berkepentingan awam dengan
berhemah dengan melihat profesion perguruan ada keistimewaannya tersendiri. Ia
berbeza dengan perkhidmatan awam lain justeru guru tidak boleh dibebankan lagi
dengan perkara lain.
Walaupun ramai yang masih bertanggapan bahawa kerja guru mudah, boleh balik awal,
kerja separuh hari dan mempunyai cuti yang panjang namun tidak ramai sedar, tahu
dan menyelami hakikat sebenar tugas seorang pendidik.
Tidak ramai sedar guru perlu bekerja hingga lewat petang walaupun mengajar sesi
pagi, terpaksa bekerja di hujung minggu serta melayan pelbagai kerenah pelajar dan
ibu bapa sepanjang masa.

Itu belum lagi soal tugas perkeranian yang semakin bertambah dan hakikatnya waktu
kerja guru bukanlah mengikut jadual kerja seperti penjawat awam tapi berterusan 24
jam sehari.
Kita juga seharusnya mengalu-alukan usaha KPM yang begitu berusaha keras untuk
melaksanakan pelbagai perubahan demi memantap dan memartabatkan profesion
perguruan di negara kita. Untuk menjayakannya, diharap KPM akan dan sentiasa tampil
dengan satu pelan transformasi profesion perguruan lebih komprehensif, menyeluruh
dan berpandangan jauh.
Pelan ini penting agar kita dapat terus memantau dan menambahbaik kerjaya guru dari
semasa ke semasa mengikut peredaran zaman dan keperluan hakiki. Sewajarnya
elemen seperti kelayakan asas u, perjalanan kerjaya perguruan merangkumi sistem
pembelajaran sepanjang hayat dan kenaikan pangkat serta kaedah pengajaran dan
jadual waktu kerja dijadikan komponen utama dalam pelan transformasi terbabit.
Dan bagi menjayakannya pihak kesatuan perguruan, NGO dan guru wajar dibabitkan
bersama selain diharap akan menyokong segala cadangan dan usaha pembaharuan
ingin dilaksanakan sekali gus memantapkan lagi profesion perguruan dan sistem
pendidikan negara.

Penulis Ketua Bahagian Perancangan Korporat, Universiti Putra Malaysia, Serdang,


Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23


http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Profesionperguruan

HUJAH2
Profesion perguruan sering menjadi perbualan masyarakat dalam pelbagai isu
seperti gaji, masa berkerja, peranan dalam masyarakat dan juga status profesional
profesion guru . Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh
sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik
itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang
meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion.
Jacques(2003) menyatakan sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf profesional jika
mempunyai

autonomi

profesional;

bertanggung

jawab;

berorganisasi;

adil;

berpendidikan ; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; natural; akauntabel


dan terpelajar.
Manakala Lieberman pula menyatakan profesion bertaraf profesional ialah,
memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas; menggunakan
keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya;
mendapat latihan kursus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa
tertentu; mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan
wang dan saran semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai
autonomi dalam bidang tugas; mempunyai organisasi untuk mengawal kemasukan ahli
dan mengawal mutu perkhidmatan serta mempunyai etika kerja yang perlu
dipatuhi.
( Amir Hassan Dawi,2002 dan Sufean Husin, 1996).Musgev(1972), pula
menganggap bahawa suatu kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya
tersebut

menggunakan

ilmunya

hanya

untuk

kebaikan

pelanggan.

Menurut

Kizlik(2000), satu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi perkhidmatan
kepada masyarakat; boleh membuat keputusan keatas pelanggan; mempunyai bidang
pengkhususan tertentu; mempunyai taraf pengetahuan yang tinggi; mempunyai
pengetahuan dan tingkah laku yang tidak dipunyai oleh

non-profesional; mempunyai

organisasi profesional sendiri; mempunyai standard kreteria yang perlu dipatuhi oleh

ahli baru; mempunyai program penyediaan ahli baru; dipercayai dan diyakini oleh pihak
awam; dan mempunyai authoriti dalam bidangnya.
Saya sependapat dengan mereka (Jacques, 2003; menteri pendidikan 2000;
Wan Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Amir Hassan Dawi, 2002), bahawa
profesion perguruan adalah profesional.
Kenyataan ini disokong oleh beberapa hujah. Hujah dari Kementerian pendidikan
berpendapat bahawa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan profesion
yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang, tempat, masa dan
ketika (Menteri Pendidikan, 2000)
Sufean Hussin (1996) berpendapat bahawa, terdapat banyak kreteria yang
menunjuk perguruan adalah bertaraf profesional dan kreteria-kreteria yang dinyatakan
adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman.
Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin, 1996 sependapat bahawa, guru-guru
terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi, mampu menjalankan tugasnya sebagai
pendidik profesional yang cekap; menggunakan sumber sedia ada sebaik yang
mungkin.
Hujah lain pula menyatakan, latihan perguruan adalah setara dan bermutu
sepertimana yang ditentukan oleh badan penilai yang berautoriti dan mempunyai
pengalaman dalam profesion perguruan (Elliot, 2002).
Profesion guru juga mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-tanduk
ahli. Contohnya ialah, Kesatuan Guru-Guru Melayu Bersatu(KGGMB) dan Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK). Terdapat empat puluh lapan kesatuan
guru yang boleh disertai oleh guru-guru (Menteri Pendidikan,2000). Selain dari itu,
Suruhanjaya Perkidmatan Pendidikan(SPP) ialah suruhanjaya bebas yang mengawal
kemasukan kedalam profesion perguruan.
Berdasarkan hujah-hujah ini jelaslah bahawa profesion perguruan adalah
profesion bertaraf profesional sebaris dengan kerjaya profesional lain seperti Peguam,
Perubatan dan kejuruteraan.

Anda mungkin juga menyukai