Anda di halaman 1dari 3

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.
Pertama-tamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dalam keheningan pagi yang
berbahagia ini kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat
SMKST bagi Tahun 2010, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari
guru. Justeru, tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada
semua guru di sekolah ini. Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun
sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang
telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa
memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas
dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan keparcayaan yang
sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke
arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan
Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada
insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang
untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap
jasa guru yang tidak ternilai.
Cabaran pendidikan alaf baru kini semakin bertambah. Walaupun kita telah berjaya
membina suatu sistem pendidikan yang amat dibanggakan, perkembangan politik
dan ekonomi global menuntut satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
dunia. Persaingan pasaran kerja sangat sengit. Persaingan ekonomi peringkat global
pula semakin kompetatif. Oleh itu, kualitilah yang bakal menentukan sama ada kita
berjaya dalam persaingan tersebut atau sebaliknya. Pendidikan yang berkualiti
banyak ditentukan oleh pihak guru. Jika kualiti guru dapat ditingkatkan ke tahap
yang cukup tinggi, pastilah pendidikan kita dapat mencapai tahap gemilang,
InsyaAllah.
Kita seharusnya rasa bersyukur kerana setelah 54 tahun negara kita mencapai
kemerdekaan, sistem pendidikan kita telah berkembang dengan begitu pesat.
Kemajuan pendidikan kita berada pada tahap yang sangat membanggakan
berbanding dengan negara-negara lain yang seangkatan dengan negara kita. Kita
juga harus sedar dan insaf bahawa cabaran mendidik adalah jauh lebih getir dan
mencabar. Justeru kesedaran itu harus diterjemahkan kepada bentuk tindakan di
mana kesungguhan untuk terus bersatu dan berkerja tanpa rasa jemu bagi
mencapai matlamat membina sebuah negara bangsa yang maju dan bermartabat.
Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,....
R. Smith pernah berkata, berilah peluang kepadaku untuk mengelola pelajaran

nescaya aku akan berjanji mengubah alam. Guru mempunyai potensi besar
mempengaruhi dan merubah pemikiran pelajar. Menurut Imam Al Ghazali, guru
mesti ada tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan mampu memperlakukan
mereka sebagai anak sendiri. Seterusnya Imam Al Ghazali pernah berkata, hak
seorang guru adalah lebih besar daripada hak seorang bapa. Ibu bapa menjadi
sebab ianya lahir ke dunia sedangkan guru menjadi sebab anak itu memperolehi
hidup kekal abadi. Tanpa guru, apa yang diperolehi oleh anak akan hancur. Dalam
pembentukan sahsiah pelajar pula, guru mempunyai peranan yang sangat penting.
Prof. Mohd Kamal Hassan berkata, contoh teladan pendidik inilah yang banyak
membantu pembentukan akhlak pelajar. Justeru, mereka seharusnya dilengkapi
dengan ciri-ciri akhlak mulia, berilmu, kasihkan ilmu dan luas pembacaan,
mempunyai azam yang kuat dan tegas, berkebolehan menimbulkan motivasi
kepada pelajar, bersedia menerima dan menguasai kaedah baru dalam pendidikan
dan sebagainya.
Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), kerajaan telah memberi peruntukan yang
sangat besar dalam membangunkan prasarana bidang pendidikan dan
menyediakan kemudahan-kemudahan ICT di sekolah-sekolah. Dalam dunia serba
mencabar ini terutamanya dengan kecanggihan teknologi dan kepesatan
telekomunikasi, warga pendidik tidak seharusnya hanya menyediakan masa depan
untuk pelajar sahaja. Sebaliknya mereka harus juga menyediakan diri agar tidak
terpinggir dengan arus perubahan kerjaya keguruan yang sentiasa relevan dengan
keperluan dan tuntutan semasa.
Impak daripada sistem pendidikan yang dirancang pada masa ini hanya akan dapat
diukur selepas tahun 2020. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik
berusaha untuk meletakbetulkan (reposition) dan merekaraya (reengineer) sistem
pendidikan supaya berkualiti dan berjaya melahirkan modal insan mengikut acuan
kita sendiri. Pendekatan pendidikan yang kita warnai kepada anak-anak didik kita
seharusnya lebih berupaya mencungkil bakat, kebolehan dan kreativiti agar mereka
menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...
Dalam usaha menilai kembali peranan guru dan mengembalikan semula peranan
tersebut pada landasan yang betul, para pendidik harus bekerjasama dengan ahli
masyarakat setempat dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan anak-anak
didiknya. Walaubagaimana pun, masyarakat harus disedarkan agar mereka tidak
hanya meletakkan pengharapan kepada guru sahaja, sebaliknya ia menjadi tugas
bersama. Usaha sama harus dijalin agar masyarakat umum tidak mudah melenting
dan mula menuding jari kepada golongan guru apabila berlaku gejala sosial dalam
kalangan pelajar.

Saya juga ingin mengingatkan guru-guru sekolah ini agar menunjangi tugas utama
iaitu membangunkan modal insan. Dalam konteks untuk merealisasikan perubahan
ke arah membina dan membangunkan modal insan yang gemilang, seseorang
pendidik itu seharusnya kaya ilmu, segar dan subur ciri kependidikannya malah
harus memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berupaya membawa perubahan atau dalam
konteks teoritisnya dinamakan kepimpinan transformasional.

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...


Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik
sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik
anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini
benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak
mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan
suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah
letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka
lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru
sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah
dengan wang ringgit.
Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgucikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat
disanjung tinggi.

Anda mungkin juga menyukai