Anda di halaman 1dari 12

BAB 10

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA


Ekonomi tradisional
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu t radisional.
1.
2.
3.
4.
5.

Bercucuk tanam
Menagkap ikan
Menternak binatang
Perlombongan
Memungut hasil hutan

Ekonomi Tradisional
Sara Diri
Jenis Ekonomi
Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan
Tanaman makanan
Ternakan makanan
Teknologi kuno/mudah
Air semulajadi
Tangkapan Ikan tradisi
Tenaga manusia dan haiwan
Modal/Tenaga kecil
Tiada Pengkhususan

Mengamalkan ekonomi secukup hidup.


Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak dan menangkap ikan.
Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan
sedekah disimpan untuk satu tempoh.
Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber bekalan makanan.
Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.
Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.
Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.
Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.

Ekonomi Dagangan
Maksud ekonomi dagangan
Kegiatan untuk ekspot
Skala besar
Buruh Upah yg banyak
Modal Besar
Teknologi
Pemasaran meluas
Lebihan pengeluaran

Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.
Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.
Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.
Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
Melibatkan lebihan pengeluaran.

Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.


1.
2.

Pertanian dagangan
perlombongan

Jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ubi kayu
Tebu
Lada hitam
Gambir
Tembakau
Kopi
getah

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.


Rangkaian Ekonomi
Ekonomi tradisi terpinggir
Wujud dwiekonomi
Ketidakimbangan kemajuan Ekonomi
Tingkat Industri pelombongan
Kemasukan Buruh/Imigran

Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di
kawasan bijih timah dan penanaman getah.
Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri
di pantai Timur.
Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.
Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Penyumbang pendapatan British
Wujud Tanaman Komersial
Sistem Kangcu dan lada Hitam
Pajakan Tanah kepada org Cina
Luas Ladang Lada hitam
Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina
Kekuasaan British dalam Ekonomi
Wujud Dwiekonomi
Tumpuan pertanian Ekspot.
Usaha tanaman Getah

Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.
Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada
hitam,gambir,tembakau dan kopi.
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran
melalui Sistem Kangcu.
Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi serta mendapat
konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan dwiekonomi.
British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,lada
hitam dan ubi kayu.
Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

Sistem Kangcu
Johor
Gmbair/lada hitam
Cina Pajak
Kangkar
Saiz besar
Buruh Cina

Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.


Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.
Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.
Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.
Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.


Tanah subur
Revolusi industri permintaan tinggi.
Ridley bawa masuk getah
Pameran dan pengagihan getah percuma
Cara penorehan
Harga getah tinggi
Modal asing
Syarikat Perwakilan
Galakan British sewa tanah, cukai
rendah.
Kemudahan infrastruktur
Pekerja asing
Kopi jatuh.

Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.


Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai
industri terutamanya industri kereta.
Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.
Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara
percuma.
Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan
kering,yang tidak merosakkan pokok.
Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan
peralatan elektrik.
Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di
Tanah Melayu.
Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery
Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang
rendah kepada peladang getah.
Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan
pelabuhan dan pusat pentadbiran.
Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
Berlaku kejatuhan harga kopi.

Langkah-langkah British menstabilkan harga getah.


Sekatan Stevenson
Had pengeluaran
Kupon had penorehan
Peraturan Getah A/B
Kuota rendah
Premiumtanah naik
Sekat melayu
Sekat getah tanah sawah

Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.


Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.


Dagang sejak abd ke-9
Dimiliki pembesar
Kaedah mendulang
Pasarkan ke Cina, India, Jepun.
Membuat alatan.
Buruh Cina dipantau pembesar.
Dapatkan kebenaran
Jual semula kpd pembesar.
Harga ditentukan pembesar.
Penglibatan Pemodal Eropah
Melayu.
Melayu pajak tanah.

gugat

British minat sebab keuntungan tinggi.


Abad -20 dikuasai Eropah.
Modal kecil Cina gagal bersaing.
Intensif modal.
Gubal undang-undang.
Cina merosot British kuasai.

Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.
Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato
Kelana Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau
sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula kepada mereka.
Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.
Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal
Eropah dalam sektor ini.
Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah
kerana tidak berupaya menyediakan modal.
Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan
permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.
Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan
teknologi kapal korek.
Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua
peringkat perusahaan melombong bijih timah.
Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi
baru dalam perlombongan bijih timah.

Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.


1.
2.
3.

Kwangtung
Kwangsi
Fukien

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.


1.
2.
3.
4.

Sistem Tiket kredit


Sistem pengambilan kakitangan
Sistem pengambilan rumah kongsi
Kemasukan berkumpulan

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.
Kurang buruh tempatan
British benar masuk
Kemiskinan di negara sendiri.
Melayu tidak tentang
Hubungan tTradisi yg sudah ada.
Peluang kerja.
Kestabilan Politik.

Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.
British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan
perlombongan.
Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.
Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.


1.

Sistem Tiket Kredit

Dikumpul dari kg.


Ketua bayar wang
Buat perjanjian
Sin Kheh diawasi.
Tiket dibekalkan.
Pemborong buruh.
2.

Sistem Pengambilan kakitangan

Majikan hantar pegawainya.


Tambang dibiayai majikan.
Pegawai Iring buruh.
3.

Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Dilakukan Pegawai Di Cina.


Pegawai yg biayai
Diserah tuan rumah kongsi .
4.

Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-kampung di negara China oleh khehtau atau ketua.
Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam
suatu tempoh yang tertentu.
Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima bayaran daripada bakal majikan.
Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau
berhutang.
Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada
majikan dengan bayaran tertentu.

Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di
Tanah Melayu.
Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah
dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Kemasukan Secara Berkumpulan

Tajaan Charles Brook

Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di

Persetujuan ketua Foochow Sarawak.


Sektor pertanian.

Singapura.
Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di
Sibu dengan Charles Brooke.
Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

Maksud kangani
Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.
Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.
1.

Sistem Buruh Bebas

Sendiri
Atur
Bebas
2.

Sistem Kontrak

Majikan biaya
3.

Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.
Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.

Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya
untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.

Sistem Kangani

Lesen
Wang Pendahuluan
Pengurus agensi

Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga
buruh.
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu.


Mata wang - Melaka
Melayu lain.
Mata wang Sepanyol
Wang Kertas
Wang Negeri Selat.
Penjajah tubuh bank
Kemudahan pinjaman.
Dana luar cepat.
Bank ejen pembayar

Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.
Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan
jongkong tampang di Pahang.
Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan
di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk
mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat.
Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah digunakan untuk perdagangan di NegeriNegeri Selat.
Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.
Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah
dan bijih timah.
Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan
pengimport.

Mercantile Bank -Pertama


Bank Eropah
Perkhidmatan utama org Eropah.
Bank Tempatan
Bank di Sarawak
Melayu tubuh bank.

Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The Chartered Bank,Hong Kong and
Shanghai Bank dan Algemence Bank Nederland.
Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan
perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.
Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya
Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan
Ban Chiang Bank.
Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking
Corporation Bhd.

Perkembangan insurans di Tanah Melayu.


Perkembangan Perdagangan
Jenis Perkhidmatan
Insurans Maritim
Insurans Kebakaran
Cawangan Insurans Luar.
Syarikat perwakilan
Syarikat Insurans Tempatan
Pengasingan khidmat insurans
Ordinan Insurans.

Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.


Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan
dan kemalangan,serta insurans nyawa.
Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan
laut merupakan sistem pengangkutan utama.
Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang
beribu pejabat di luar negara.
Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal
Insurance Company dari England.
Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau
Pinang.
Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan
daripada insurans kebakaran.
Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

Dasar British Terhadap Pertanian


Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan
Tanaman baru
Komersilkan tanaman
Tanaman Ladang
Pemilikan tanah
Lindung tanah Melayu

Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.
Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu


Elemen utama.
Sistem Pemilikan tanah Melayu.
Tiada Rekod

Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.


Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti

Rekod Bertulis
Mudahkan Pentadbiran
Jadikan Cagaran
Nilai Komersial tanah
Ketentuan Cukai
Permohonan Tanah
Kebenaran Pejabat Tanah.

pemilikan terhadapnya.
Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai
dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat
Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan
rotan.

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu


Permohonan Pejabat Tanah
Kuasa residen
Kebenaran Pejabat Tanah
Sistem Wang
Urusan dengan wang
Melayu Pinjam Wang
Melayu Jual Tanah.

Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui
Pejabat Tanah.
Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan
rotan.
Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.
Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.


1.
2.
3.
4.

Akta Tanah Simpanan Melayu


Land Order
Land Settlement Order
Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi


AktaTanah Simpanan Melayu.
Jamin eko./politik.
Elak pindah milik.
Kuasa isytihar
Tak Benar tanam komersial.
Padi dan kelapa.
Land Order hak milik di Sarawak.
Lindungi drp Cina.
Land Settlement Order.
Warisan dan pemilikan
Elak pajakan,pecah..
Pembahagian jenis tanah
Imigran - Tanah campuran

Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.


Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.
Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.
Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.
Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.
Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.
Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.

Warta Hak Pribumi.


Peg Daerah kuasa Sabah.
Sebelum 1888 tak sah
Peg Daerah kuasa niaga.
Tiada Tuntut ganti rugi.

Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.


Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.
Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.


Lindungi drp ceroboh
Lindung tanah pribumi
Pindah milik melalui pewaarisan.
Bahagi kpd 3 kaw.
Tanah campuran-imigran.
Kuasa Pegawai Daerah.
Urus niaga tanah dimaklumkan
Berhak ganti rugi

Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan
dan penjualan tanah.
Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman.
Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.
Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa
Pegawai Daerah.
Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.


Larang tanam
Kurang orang Melayu
Premium dikenakan tanah baru
Pembukaan Tanah baru dilarang.
Lindungi pemodal Eropah
Kuota Rendah
Melayu tidak minat

Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan penanaman padi.
Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah berkurangan.
Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.
Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Rancangan Stevenson 1922 semasa
kejatuhan harga getah.
Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.
Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.


Elak Libat dlm getah
Tak mahu Gantung impot padi
Tiada jaminan beras luar.
Melayu disekat tanam getah.
Elak Ancam Getah Eropah.

Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.


Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan
berlaku di Tanah Melayu.
Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.

Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.
Tidak beri keutamaan
Keutamaan kpd penjajah.
Galakan kpd Eropah.
Tiada insentif kewangan.
Melayu disekat tanam getah.

Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.


Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang mengaut keuntungan negara.
Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.
Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah

Lindungi peladang Eropah.


Kuota Rendah
Premium tanah naik.

Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga getah.
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota yang rendah untuk penjualan
getah oleh orang Melayu.
Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Kesan-kesan Dasar Ekonomi British


Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Bijih timah
Petroleum
Perkembangan Pengangkutan
Pertanian
Kedudukan Strategik
Ada Pelabuhan
Pusat Pengumpulan hasil

Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan Seremban.
Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.
Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.
Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam.

Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.


Petempatan berbeza
Pekerjaan ikut kaum
Bahasa berbeza
Tiada kesepaduan kaum
Pendidikan Vernakular

Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan
bandar dan kaum india tinggal di estet
Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh
getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.
Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.


Pendidikan Vernakular
Guna Bahasa Ibunda
Sek. Melayu- Neg.Selat.
Sek Melayu Tlk Belanga.- Pertama
Kemudian - Seberang Perai,K.Kangsar,
Bt Gajah.
Sek .Perempuan 1885
Kolej Melayu -Elit
Sek.Melayu-Peringkat Rendah
Guru- MPSI
Ladang- Tamil
Bandar Tamil - Barat
Sukatan - India

Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.


Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa penggantar.
British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.
Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.
Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.
Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu
sebagai petani.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan
sistem pendidikan di negara India.
Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
penggantar.

Saudagar Cina tubuh sek.


Dialek masing-maing.
Enakmen daftar sekolah.
Mubaligh Kristian sek Ingg.
Sek. Ingg Elit - Bandar
Sek Ingg. Ikut England
Universiti Malaya.

Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di
Kuala Pilah.
Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.
Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di
Sekolah Cina.
Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.
Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang
atasan.
Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak lewat.

Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.


Kurang maju tumpu bahan mentah.
Barangan diimport
Tujuan eksport kasut getah.
Kasut Bata - Klang
Fung Keong, Kinta Rubber Works
berasaskan getah
United Engineer kapal korek
Mengetin nanas.
Pemodal Cina

Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British memberi tumpuan terhadap pengeluaran
bahan mentah bijih timah dan getah.
Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang
kasut getah untuk dieksport ke China.
Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan
barangan berasaskan getah.
Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.
Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk eksport.
Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.
Perkembangan Lombong & Petanian
Cepat penghantaran
Jln Keretapi Pertama
Perkhidmatan utk Timah
1918 Keretapi ke Sempadan Siam
1931 ke Timur
1923 Sambung ke Singapura
Buka tanah baru
Pelabur luar datang
Muatan yg banyak
Jln raya berturap
Sepanjang 2400km jln raya
Kenderaan bertambah
Hubung Perlis - Singapura
Mudah hubungan Barat Timur

Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk
dieksport.
Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur
dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok Anson.
Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan
kereta api.
Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah
dibina.
Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.
Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai

Komunikasi Tel. Telegraf, pos...


Tambah kecekapan

Timur.
Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada
perkembangan ekonomi.
Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.

Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Lombong Timah
Cepat penghantaran
Hubungkan dengan kawasan timah
Hubung seluruh Bahagian TM
PembukaanTanah Getah
Pelabur Luar - Getah
Muatan
Luar
Pelabuhan

Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.


Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.
Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.
Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.
Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap.
Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah.

Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.
Bina Hospital
Pusat Kesihatan
Pusat Kesihatan Kecil
Sabah bina hospital
Sarawak di Kuching, Sri Aman, Sibu
Sumbangan orang Perseorangan
Institut Penyelidikan Perubatan
Lembaga Sanitary
Jabatan Kesihatan

Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam usaha mengawal wabak penyakit berjangkit
mudah merebak.
Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudah merebak.
Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang
dan tiga buah di Negeri Sembilan.
Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.
Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang
memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.
Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan
langkah pencegahan.
Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan
bandar di Kuala Lumpur.
Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai