Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROGRAM

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 H


PERINGKAT SEKOLAH 2015 M

Pada 21 Januari 2015 M bersamaan 30 Rabiulawal 1436 H, panitia Pendidikan


Agama Islam telah menganjurkan satu Program Sambutan Maulidur Rasul di
peringkat sekolah. Program ini melibatkan semua murid Islam Sekolah
Kebangsaan Bagan Ajam. Program ini telah diadakan di kantin sekolah dan
berlangsung pada jam 7.30 pagi hingga 10.15 pagi. Murid-murid yang
terlibat dalam program ini adalah murid-murid Islam Pra sekolah hingga
Tahun 6.

Ucapan pengerusi majlis


Pelbagai atur cara telah diatur sepanjang Majlis Sambutan Maulidur
Rasul 1436 H. Atur cara tersebut dimulai dengan ucapan pengerusi Majlis
oleh ustaz Mohd Rosli bin Che Yon. Seterusnya di ikuti bacaan doa oleh Ustaz
Zamri bin Baharom. Bacaan doa ini dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah
dan di ameenkan oleh murid beramai-ramai.

Bacaan Doa

Ucapan guru besar SKBA

Setelah selesai bacaan doa,Majlis diteruskan lagi dengan ucapan


perasmian oleh guru besar SKBA iaitu En Mohd Husni bin Man. Majlis
diteruskan lagi dengan ceramah Maulidul Rasul oleh PU Thowi.

Ceramah oleh PU Thowi

Majlis seterusnya pula adalah taklimat ringkas oleh ustaz Zailan b Aboo
Hassan. Taklimat ini adalah bertujuan memberi pencerahan kepada murid
mengenai perjalanan perarakan selawat yang akan berlangsung selepas
ceramah.

Taklimat ringkas dari ustaz Zailan


Perarakan membawa sepanduk dan selawat nabi bagi semua kelas Pra
sekolah hingga tahun 6 di iringi oleh guru-guru Islam. Perarakan tersebut
turut diserikan dengan iringan muzik selawat.

Perarakan selawat
Setelah selesai berarak,murid diberikan sedikit jamuan makanan.
Setelah itu, pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti biasa setelah
waktu rehat tamat.
Diharapkan melalui Majlis ini,murid akan dapat mempelajari sesuatu
dari Majlis yang dianjurkan. Hal ini penting agar dapat menanamkan
semangat cintakan rasul S.A.W,nabi junjungan besar lagi mulia iaitu nabi
Muhammad S.A.W..

GAMBAR SEKITAR MAJLIS

Murid khusyuk mendengar ceramah

Te
tamu yang dijemput dan perarakan selawat

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.................................................
..................................
( Pn.Ernidawati binti Amran )
AJK Dokumentasi Program
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh: 22 Januari 2015.

Anda mungkin juga menyukai