Anda di halaman 1dari 8

Pada 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435 H, telah diadakan majlis

khatam quran. Majlis ini adalah anjuran panitia agama islam yang bertujuan
bagi melahirkan rasa kecintaan mereka terhadap al-quran yang ditinggalkan
Nabi kepada umat Islam.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.05 tengah hari.
Atur cara bermula dengan berkumpulnya semua murid Islam di dewan.

Setelah keadaan terkawal, acara majlis pun bermula.

Majlis bermula dengan ucapan pengerusi oleh ustaz Zailan Bin Aboo Hassan.

Setelah itu,acara majlis khatam al-quran pun bermula dengan diketuai oleh
ustaz Zamri b Baharom

Setelah segalanya selesai, bacaan doa dipanjatkan agar majlis khatam ini
diberkati dan al-quran sebagai syafaat di hari akhirat nanti.

Inilah saat yang dinantikan oleh semua murid dan guru iaitu pertandingan
azan. Seramai 5 orang terlibat dalam pertandingan ini. Ini kerana mereka
telah disaring terlebih dahulu sebelum memasuki acara penentuan
keputusan pertandingan azan.

Peserta pertandingan azan

Inilah antara hadiah yang ditawarkan kepada para peserta yang menang
dalam pertandingan azan tersebut.

Setelah berakhirnya pertandingan azan, guru besar selaku penasihat panitia


agama Islam member sedikit ucapan perasmian seterusnya menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
Majlis berakhir dengan pemberian duit raya dan bersalaman dengan para
guru. Akhirnya bersurai dan tamatlah sudah majlis pada hari berkenaan.

Sekian.

Disediakan oleh :

(ERNIDAWATI BT AMRAN)

LAPORAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN


PERINGKAT SEKOLAH
2014
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN AJAM

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014


JUMAAT (25 JULAI 2014/ 27 RAMADHAN
1435H

Anda mungkin juga menyukai